Bab 9: Bertemu Nina, Si Adik Azwan

47 7 1
                                    

Pada malam itu...

Raby yang sedang duduk di atas katilnya hanya memandang beg kecik milik Azwan yang ada di atas mejanya itu. Dia tertanya-tanya mengapa sang jejaka itu sama sekali tidak membenarkan dirinya melihat aka yang ada di dalamnya.

Walaupun begitu, Raby yang benar-benar ingin tahu terus saja mendekati beg kecil itu & ingin melihat isinya.

"Takpe ke kalau aku tengok ni? Tapi dia takkan tahu pun kan jadi, tengok sikit je. Tolonglah aku nak tahu sangat ni,"kata Raby sambil cuba menahan dirinya daripada melakukan hal itu.

Walaupun begitu, dia tetap saja mencapai beg itu & ingin membukanya tetapi dia terus saja memberhentikan langkahnya sebaik saja mengingati apa yang dikatakan oleh Azwan.

"Tapi, aku rasa mungkin ia pilihan yang terbaik untuk tak bukannya,"kata Raby lalu terus saja meletakkan beg itu ke tempatnya semula.

Pada pagi itu, di ruang tamu...

Kelihatan Alisya & Ayuni sedang menonton televisyen bersama. Pada saat itu, kelihatan Raby sedang berjalan menuruni tangga & berjalan menuju ke arah pintu rumah mereka.

"Sya, aku nak keluar kejap. Kalau ada apa-apa telefon nanti!"kata Raby sambil menyarung kasutnya.

"Baiklah, hati-hati jalan tu,"kata Alisya sambil memakan roti.

Raby terus saja memandang telefon pintarnya untuk melihat alamat rumah Azwan yang telah dihantar melalui mesej. Dia sebenarnya mempunyai  sebab tersendiri untuk tidak memberikan Azwan alamat rumah sewanya itu apatahlagi dia risau yang housemate dia akan salah faham nanti.

Di sebuah kawasan perumahan...

Raby terus saja turun dari bas sebaik saja bas itu mulai berhenti di sebuah perhentian yang ada berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan yang ada di situ. Sang wanita itu terus saja berjalan sehingga tiba dihadapan sebuah rumah 2 tingkat yang ada di situ.

"Besar jugak rumah Azz ni. Aku tak sangka dia tinggal kat sini,"kata Raby lalu terus saja berjalan menuju ke halaman rumah itu.

Tiba-tiba, Raby terus saja memberhentikan langkahnya sebuah saja terdengar seseorang menegurnya dari sebelah.

"Assalamualaikum, maaf menganggu ya. Kamu ni siapa?"tanya seorang wanita dalam lingkungan umur 60 tahun lebih sambil memandang Raby.

"Waalaikumussalam, makcik. Nama saya, Rabiatul Adawiyah. Saya ni kawan Azwan. Saya datang sini nak hantar barang dia. Makcik ni siapa pulak?"tanya Raby.

"Oh, kawan Azwan rupanya. Panggil je Makcik Hana. Dia dah keluar tadi. Katanya nak pergi masjid sebab nak tolong orang bersihkan masjid,"kata Makcik Hana.

"Ouh, macam tu ya. Dia ada cakap tak bila dia nak balik rumah?"tanya Raby.

"Hmm, rasanya tengah hari nanti kot tapi takpe, adik perempuan dia ada kat dalam rumah tu. Cubalah bagi salam & tanya kalau dia ada ke tak tu,"kata Makcik Hana.

"Oh, baiklah, terima kasih,"kata Raby lalu terus saja berjalan menuju ke pintu.

Raby terus saja mengetuk pintu rumah Azwan sambil memberikan salam. Tiba-tiba, pintu itu mulai dibuka oleh seseorang. Raby hanya memandang orang itu.

"Assalamualaikum, adik. Ni rumah Azwan ke?"tanya Raby.

"Waalaikumussalam, ya. Akak ni siapa pulak?"tanya orang itu.

"Nama akak, Rabiatul Adawiyah. Akak ni kawan Azwan,"kata Raby sambil tersenyum.

"Oh, kawan abang Azrean rupanya. Nama saya Nur Amanina Nasuha. Panggil je Nina,"kata Nina sambil memandang Raby.

"Baiklah, Nina,"kata Raby.

"Marilah masuk dulu sementara menunggu Abang Azrean balik,"kata Nina sambil berjalan pergi ke rua g tamu.

"Eh?? Abang Azrean? Tapi takkan nama Azz ni Azwan ke? Peliknya,"kata Raby perlahan lalu terus saja menanggalkan kasutnya & berjalan pergi ke ruang tamu.

Di ruang tamu...

Raby hanya memandang Nina ya g sedang menghidangkan teh dihadapannya. Dia tidak mengetahui yang Azwan memiliki seorang adik perempuan.

"Jadi, umur Nina ni berapa tahun?"tanya Raby.

"Umur Nina dah 15 tahun,"kata Nina sambil memandang Raby.

"Oh, beza 5 tahun dari Azz rupanya tapi aku tak tahu pun dia ada adik perempuan. Agaknya macam manalah hidup dia bila ada abang yang cerewet macam tu,"kata hati kecil Raby.

Tak lama kemudian, pintu rumah mulai dibuka oleh seseorang. Raby yang mendengar suara seseorang memberi salam hanya berpaling.

"Assalamualaikum, abang dah balik,"kata Azwan sambil menutup pintu.

"Waalaikumussalam, ni kawan abang datang ni. Abang pergi jelah layan dia,"kata Nina yang mulai bersikap dingin & terus saja berjalan menaiki tangga malah menuju ke biliknya tanpa berpaling ke arah Azwan.

"Peliknya, kenapa Nina tiba-tiba bersikap macam tu?"tanya Raby pada  dirinya sebaik saja melihat perubahan sikap Nina.

"Kau dah datang rupanya. Maaf aku lupa nak bagitau awal-awal yang aku keluar tadi,"kata Azwan sambil duduk di sofa yang lainnya.

"Takpe, Azz. Apa-apapun ni beg kau,"kata Raby sambil menghulurkan beg kecil itu kepada Azwan.

"Oh, terima kasih. Kau takde tengok isi dalam beg ni kan?"tanya Azwan sambil memandang Raby.

"Takde pun, lagipun buat apa aku nak tengok kalau tu kau punya,"kata Raby.

Azwan terus saja menghelakan nafas lega sebaik saja mengetahui hal itu. Suasana mulai teras sepi malah terasa sangat kekok kerana hanya mereka berdua saja yang ada di situ.

"Alamak, apa aku nak buat ni? Di sini cuma ada aku & Azz. Apa aku kena buat ni?"tanya Raby yang mulai rasa kurang senang dengan hal itu.

Pada masa yang sama, kelihatan Nina sedang bersiap untuk keluar & sedang membuka pintu. Azwan yang sedar akan hal itu terus saja berjalan mendekati adiknya.

"Nina, nak pergi mana tu?"tanya Azwan.

"Kau ni sibuk jelah. Suka hatilah kalau aku nak pergi mana-mana pun. Kau fikir kau je ke yang boleh buat apa yang kau suka dalam rumah ni sebab kau tu abang aku hah?"kata Nina sambil berjalan keluar dari rumah & menghempaskan pintu.

Raby yang melihat hal itu terkejut & terdiam. Dia tidak menyangka yang Nina akan bersikap seperti itu terhadap Azwan walaupun sang jejaka itu bercakap dengan baik sekalipun.

"Apa dah jadi ni? Mereka ada masalah ke?"tanya Raby pada dirinya.

Azwan hanya terdiam & terus saja berjalan mendekati ruang tamu lalu duduk di sofa semula.

"Kau tak dengar apa-apa kan tadi?"tanya Azwan.

"Takde lah, Azz. Kenapa tanya soalan macam tu ni? Aku tak faham lah,"kata Raby yang berpura-pura tidak tahu.

"Baiklah, kalau macam tu,"kata Azwan.

"Apa-apapun, aku nak minta diri dulu. Maaf kalau tak boleh duduk lama kat sini,"kata Raby.

"Yelah, lagi bagus kalau kau pergi dari sini dengan cepat. Lagipun, perempuan tak boleh duduk kat sini dengan lelaki yang bukan mahram macam aku ni,"kata Azwan.

"Assalamualaikum, aku pergi dulu,"ucap Raby lalu terus saja bergegas ke arah pintu keluar.

"Waalaikumussalam,"jawab Azwan sambil memandang Raby.

Di dalam bas...

Raby hanya memandang keluar tingkap sambil termenung mengingati apa yang terjadi. Dia tidak menyangka yang kehadirannya ke rumah Azwan bakal membongkar sebuah rahsia yang dia tidak ketahui.

Walaupun Azwan bersikap dingin & cerewet pada yang lain, dia sebenarnya seorang yang baik malah Seorang abang yang mengambil berat. Akan tetapi, dia tidak tahu akan sebab atau punca mengapa Nina bersikap kasar pada Azwan walaupun sang jejaka itu bercakap dengan baik padanya.

"Mesti ada sesuatu yang dah berlaku diantara mereka berdua sampai jadi macam tu agaknya,"kata Raby perlahan.

Bersambung...

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now