Bab 5:Disebalik Kedinginan Azwan

65 10 0
                                    

Raby masih terdiam selepas mendengar pertanyaan Azwan. Dia tidak pasti mahu bercakap atau terus berdiam diri saja.

"Ya, nama saya Rabiatul Adawiah. Panggil je Raby,"kata Raby yang cuba memberanikan dirinya.

Azwan hanya mengangguk lalu menyambung menyiapkan lukisannya. Raby hanya memandang Azwan. Raby perasan akan ada sesuatu yang dia lupa untuk tanyakan.

"Nama awak Nik Azwan Zulki kan?"tanya Raby.

"Ya, itu nama aku,"jawab Azwan sepintas lalu.

"Apa yang patut saya panggil awak? Azwan? Nik atau Zulki?"tanya Raby yang mulai keliru dengan panggilan Azwan.

"Haih, panggil je apa-apa & jangan ganggu aku,"keluh Azwan lalu melukis.

Raby hanya mampu menahan geramnya selepas mendengar apa yang Azwan cakap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raby hanya mampu menahan geramnya selepas mendengar apa yang Azwan cakap.

"Geramnya! Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia ni,"kata Raby dalam hatinya.

Suasana senyap seketika, Raby sedang termenung memikirkan nama panggilan Azwan. Tiba-tiba, dia mendapat sebuah idea untuk panggilan Azwan yang paling senang dia ingati.

"Apa kata saya panggil awak, Azz. Boleh kan?"tanya Raby sambil memandang Azwan.

"Apa-apa jelah. Asal kau tak ganggu aku je,"rungut Azwan.

Raby semakin geram pulak dengan Azwan ni. Kejap dingin, lepaskan tu caring & lepas tu annoying pulak tu. Apa yang Alisya cakap pasal Azwan ada juga yang betul. Dia kadang-kadang boleh jadi pelik jugak.

Setelah beberapa jam...

Raby mulai mengemas barangannya kerana jam sudah menunjukkan 4.15 petang pada ketika itu. Dia harus pulang kerana ingin pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur kerana pada hari itu adalah gilirannya pula menguruskan hal itu.

"Maaf, Azz. Saya kena balik dulu. Dah lewat ni,"kata Raby sambil memandang Azwan.

"Baiklah, kalau ada apa-apa maklum kat aku,"kata Azwan yang mulai dingin lalu berjalan pergi.

"Haih, mengada dingin pulak mamat ni. Hentah apa lah yang dia fikir tu?"kata Raby perlahan lalu pergi ke pasar raya dengan menaiki kereta grab yang dia tempah melalui aplikasi yang ada di dalam telefon pintarnya.

Ketika di pasar raya...

Raby sedang sibuk memilih & mencari barang-barang yang ada di dalam senarainya itu. Ketika dia sedang berjalan menuju ke kaunter bayaran, dia terlihat seorang wanita tua tidak sengaja terjatuhkan beg plastik yang berisi buah limau mandarin. Dia mahu saja menolong perempuan tua itu tetapi terlebih dahulu, dia terpandang seorang pemuda yang memakai cermin mata & rambut berwarna biru sedang menolongnya.

"Mari saya tolong  puan ya,"kata pemuda itu sambil mengutip buah-buah limau mandarin itu lalu mengisinya ke dalam beg plastik semula.

"Terima kasih ya, anak muda. Saya tak tahu apa nak balas pada kamu,"kata perempuan itu sambil tersenyum.

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now