Bab 4:Kerana Sebuah Assignment

61 9 1
                                    

Di dalam kelas Raby...

Pensyarahnya, Puan Kamariah sedang mengajar mereka seperti biasa. Raby menumpukan perhatian penuh pada pengajaran Puan Kamariah ketika itu. Setelah itu, Puan Kamariah memberikan mereka sebuah kerja untuk menyiapkan sebuah Assignment berkaitan dengan bidang perubatan yang mereka sedang pelajar ketika itu.

Puan Kamariah berpesan kepada mereka bahawa kalau mereka mahu markah tambahan, mereka perlu meletakkan beberapa buah lukisan contoh yang berkaitan dengan bidang perubatan mereka. Disebabkan dia tahu ada beberapa orang pelajar yang tidak pandai melukis dia telah memanggil beberapa orang pelajar dari kelas bidang seni bina untuk membantu.

"Baiklah, semua. Disebabkan saya tahu ada di antara kamu akan merungut sebab tak boleh melukis, saya mengambil keputusan untuk menggabungkan setiap seorang daripada kamu dengan penuntut dari bidang seni bina untuk membantu. Jadi pastikan kamu semua mampu buat yang terbaik,"kata Puan Kamariah lalu membaca senarai nama setiap pelajar & ahli yang akan membantu mereka dalam menyiapkan assignment itu.

Raby juga dapat melihat Alisya turut berdiri di situ. Raby hanya tersenyum sambil memandang Alisya. Alisya melambaikan tangannya perlahan ke arah Raby sebaik saja dia terpandang Raby.

Setelah mengumumkan setiap nama pelajar & ahli mereka kini hanya tinggal 2 orang saja yang belum ada ahli. Raby berasa berdebar-debar saja menunggu namanya dipanggil.

"Ayato Yuji kamu akan menjadi membuat assignment bersama dengan Faridah Ain & Rabiatul Adawiah pula akan bersama dengan Nik Azwan Zulki,"kata Puan Kamariah.

Sebaik saja nama Azwan disebut, para pelajar yang lain mulai berbisik sesama sendiri. Raby berasa sedikit gementar setelah mendengar nama ahlinya itu. Dia risau kalau-kalau Azwan masih marahkan dirinya atas kejadian yang sebelumnya.

"Kamu budak baru di sini kan, Rabiatul? Jadi Nik Azwan Zulki sila angkat tangan kamu ,"kata Puan Kamariah.

Azwan masuk ke dalam kelas Raby lalu memandang ke arah Raby. Semua pelajar memandang ke arah Azwan & suasana di situ mulai sepi seketika. Azwan mengangkat tangannya sambil memandang ke arah Puan Kamariah.

"Baiklah, Azwan. Ini ahli yang kamu yang perlu kamu bantu ya. Layan dia dengan baik ya sebab dia pelajar baru kat sini,"kata Puan Kamariah.

Azwan mengangguk perlahan lalu memandang ke arah Raby. Akibat dari pandangan Azwan, Raby semakin gementar.

"Baiklah, kamu semua perlu hantarkan assignment ni 3 minggu depan ya. Pastikan kamu siapkan assignment tu sebelum hantarkan pada saya atau siaplah kamu,"kata Puan Kamariah sebelum keluar dari situ.

"Ummm, h..hai,"ucap Raby sambil menggeletar ketakutan.

Azwan hanya memandangnya lalu menulis sesuatu di atas kertas lalu meletakkannya sebelum keluar dari situ. Raby memandang surat itu lalu membacanya.

"Jumpa kat taman Uni petang ni. Pastikan kau bawa apa yang kau perlukan,"

Raby membaca tulisan itu lalu melipat kertas itu & meletakkannya di dalam buku nota miliknya agar dia tidak terlupa akan pesan Azwan. Dia menghembuskan nafas lega sebaik saja Azwan sama sekali tidak marah padanya tadi.

Pada waktu rehat...

Seperti biasa, Raby akan makan bersama dengan Alisya & Ayuni di kantin Uni.

"Kau biar betul, Raby? Kau pasti ke yang kau tak nak tukar si Azwan tu dengan orang lain?"tanya Alisya yang serba sedikit risau.

"Tak, aku takkan buat macam tu. Kenapa kau tanya?"tanya Raby pula sambil meminum jus limaunya.

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now