Bab 7: Kecuaian Yang Membawa Masalah

54 10 1
                                    

Keesokannya...

Di perpustakaan universiti...

Jam 2.30 petang..

Kelihatan para pelajar sedang sibuk melakukan kerja masing-masing begitu juga dengan Azwan yang masih menyiapkan hasil kerja assignment milik kumpulannya.  Tapi Azwan nampak tak begitu senang pada hari itu kerana Raby, ketuanya datang lambat.

"Haih, mana pulak mak cik ni pergi? Takkanlah aku kena duduk sini sampai malam?"rungut Azwan.

Dia bukannya apa. Bagi dia masa adalah sesuatu yang tidak patut dibazirkan apatah lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang penting. Walaupun begitu, Raby lah satu-satunya manusia yang berani mencabar kesabarannya itu. Apa boleh buat? Bersabar jelah si Azwan tu tunggu Raby datang.

Beberapa minit kemudian...

Raby datang ke arah Azwan dengan tergesa-gesa sehingga tiba dihadapan meja Azwan. Sang jejaka itu hanya memandang Raby.

"Lambat lah kau ni. Mana kau pergi hah?"tanya Azwan.

"Maaf, Azz! Tadi aku ada urusan dengan Alisya,"kata Raby sambil meminta maaf.

"Huh, apa-apa jelah. Ni fail kau,"kata Azwan laku menghulurkan sebuah fail kepada Raby.

"Thanks, Azz! Nasib baik kau yang jumpa. Kalau tak habislah assignment ni,"kata Raby lalu duduk di kerusi.

Ketika Raby sedang duduk, dia tanpa sengaja tertumpah air minumannya ke atas kertas assignment milik Azwan. Raby hanya terkaku sebaik saja dia menyedari yang dia telah membuat satu kesilapan yang besar lalu memandang Azwan.

 Raby hanya terkaku sebaik saja dia menyedari yang dia telah membuat satu kesilapan yang besar lalu memandang Azwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raby, kau tahu tak berapa lama aku lukis semua ni?"tanya Azwan yang kelihatan mulai serius & mulai merenung Raby.

"Ummm, 3 jam?"kata Raby perlahan sambil menggigil ketakutan.

"1 jam untuk setiap satu lukisan tu aku buat tahu tak? Haih, menyusahkan betul lah kau ni. Kau sedar kan yang kita ada masa sehari je lagi nak hantar. Kalau macam ni, kau akan gagal tahu,"kata Azwan laku bangun.

"Nanti, Azz! Maafkan aku!"kata Raby yang kelihatan serba salah.

"Kau lukis jelah sendiri. Aku dah takde mood lagi nak lukis. Aku pergi dulu,"kata Azwan lalu mencapai barang-barangnya & berlalu pergi.

Raby hanya menundukkan mukanya. Dia berasa sangat bersalah tentang apa yang jadi walaupun begitu, dia ada masa ke nak siapkan lukisan untuk assignment dia tu? Sekarang ni semua kertas lukisan tu dah basah kerana tumpahan air minumannya.

"Nampaknya aku mungkin akan gagal siapkan assignment ni. Kalaulah aku tak cuai tadi,"kata Raby.

Dia panik & cemas dengan keadaan itu. Dia baru saja melakukan sebuah kesilapan yang teruk. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan baginya. Dia terus saja mengelap tumpahan air itu & cuba mencapai mana-mana lukisan yang masih baik.

Di taman universiti...

Azwan hanya duduk dibangku sambil minum sekotak jus. Geram je rasa dengan apa yang jadi disebabkan kecuali Raby tadi. Dia hanya mampu merungut je. Tapi dia tak boleh buat apa-apa melainkan berdoa untuk sesuatu yang lebih baik kerana setiap perkara pasti ada hikmahnya.

Pada masa yang sama, Azwan turut teringat akan peristiwa yang baru berlaku tadi. Dia termenung seketika lalu memandang tangannya yang berbalut itu. Setiap kali fikir pasal benda tu, mesti dia teringat pasal Raby.

"Argh, kenapalah kau mesti menyusahkan aku, Miss.Cuai?"kata Azwan perlahan.

Pada masa yang sama, raby berjalan dengan langkah longlai kerana kecewa dengan apa yang telah terjadi. Apa yang dia boleh buat cumalah mengeluh & mengucap panjang. Mungkin betul cakap Azwan, katanya Raby seorang yang cuai & kadangkala cerewet.

Tapi dia buat-buat tak ngaku. Mana boleh, takkan nak biarkan Azwan je yang selalu betul kan? Raby terus saja berjalan sehingga tiba di rumah.

"Assalamualaikum,"ucap Raby sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, dah balik pun kau, Raby,"kata Ayuni.

"Aku nak masuk bilik & nak mandi dulu,"kata Raby lalu berjalan menuju ke biliknya.

Ayuni berasa pelik dengan Raby. Baginya , Ayuni lihat seniornya itu kelihatan seperti bad mood saja. Walaupun begitu, dia tidak mahu menganggu & mahu memberikannya masa. Mungkin dengan cara tu, Raby datang menenangkan dirinya setelah bersibuk diri melakukan kerja di universiti.

Raby terus saja berjalan masuk ke dalam bilik & meletakkan assignment miliknya di atas meja. Dia hanya duduk di meja itu sambil termenung memikirkan jalan penyelesaian yang ada.

"Sempat ke aku? Bukannya satu tapi hampir semua lukisan Azz aku rosakkan. Kalau aku nak minta orang lain lukis takpe ke? Habislah! Apa aku kena buat ni?!"kata Raby yang mulai panik tentang hal itu.

Pada malam itu....

Setelah beberapa puluhan kali untuk cuba melukis sama seperti Azwan, Raby tetap saja gagal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah beberapa puluhan kali untuk cuba melukis sama seperti Azwan, Raby tetap saja gagal. Dia terus saja termenung sambil mengeluh di situ.

"Mungkin aku patut mengalah je. Mungkin betul cakap Azz, aku memang cuai & sekarang aku faham kenapa dia terlalu marahkan aku,"kata Raby pada dirinya.

Dia hanya menutup mukanya tanda kecewa sehingga tanpa sedar air matanya mulai berlinangan. Dia terlalu takut & kecewa untuk gagal dalam menyiapkan assignment seperti itu walaupun dengan bantuan orang lain.

"Mungkin aku patut mengalah je. Lagipun aku bukannya gagal dalam hidup pun. Mungkin aku patut terima saja hakikat,"kata Raby sambil mengesat air matanya itu.

Rabu hanya termenung & mulai mengingati saat Azwan memarahi dirinya ketika keadaan itu berlaku. Dia sedar yang Azwan pasti benar-benar kecewa kerana kesemua hasil usaha dia melukis untuk membantu dirinya menyiapkan Assignment hanya dipersia-siakan kerana kecuaian Raby.

"Mungkin aku patut minta maaf pada dia nanti. Sekurang-kurangnya, dia takkan benci aku walaupun dia masih marah,"kata Raby sambil menghelakan nafasnya.

Bersambung....

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now