Bab 8: Terselamat Kerana Azwan

51 8 0
                                    

Keesokannya, di universiti...

Raby hanya duduk di mejanya sambil memandang pensyarahnya, Puan Kamariah datang ke kelasnya. Dia mulai berasa kurang senang pada saat itu.

Pada saat itu juga, kelihatan para-para pelajar seni bina yang datang malah ditugaskan untuk membantu pelajar kelasnya menyiapkan assignment mulai berjalan masuk & bertemu dengan ahli pasukannya.

Raby yang melihat Azwan hanya terdiam. Dia masih risau kalau-kalau sang remaja itu masih marah pada dirinya. Walaupun begitu, semua yang difikirkan oleh dirinya itu sama sekali tidak betul sebaik saja Azwan meletakkan sesuatu diatas mejanya.

"Tolong ubah sikap cemerkap kau tu. Kau bertuah sebab aku masih sudi tolong tahu, Miss. Cuai,"kata Azwan perlahan sambil meletakkan kertas-kertas lukisan yang dirinya lukis bagi menggantikan lukisan-lukisan yang terdahulu.

Raby hanya terdiam sebaik saja melihat malah mendengar apa yang dikatakan oleh Azwan. Dia benar-benar tidak mempercayai apa yang berlaku.

"Baiklah, semua. Sekarang sila serahkan semua Assignment kamu semua pada saya,"kata Puan Kamariah sambil memandang mereka.

Tiba-tiba, setiap kertas Assignment yang diletakkan diatas meja para penuntut mulai terapung & mendarat malah tersusun di atas meja pensyarah mereka. Puan Kamariah hanya tersenyum puas sebaik saja melihat semua susunan Assignment itu.

"Baiklah, kamu semua boleh pergi sekarang. Kelas dah tamat pada hari ni,"kata Puan Kamariah lalu terus saja menggunakan kuasa miliknya untuk membawa Assignment itu ke biliknya.

Azwan yang melihat keadaan itu terus saja berjalan keluar tanpa berkata apa-apa. Raby yang melihat hal itu sebenarnya mahu menghalang Azwan tetapi tidak mempunyai kesempatan kerana langkah sang jejaka itu lebih pantas dari apa yang dia sangkakan.

Pada petang itu, Di taman universiti...

Raby hanya berjalan melalui taman itu untuk mencari kelibat sang jejaka itu. Dia hanya melihat keadaan di sekeliling kawasan itu. Dia benar-benar berasa bersalah sebaik saja mendapati yang Azwan berjaya menyiapkan kesemua lukisan itu sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

Dia benar-benar berasa bersyukur kerana sang jejaka itu masih sudi menolongnya selepas apa yang terjadi. Tiba-tiba, Raby memberhentikan langkahnya sebaik saja terpandang Azwan yang sedang duduk di sebuah bangku.

Azwan hanya duduk di bangku itu sambil membaca buku malah memakai sebuah cermin mata & dikelilingi oleh ramai kucing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azwan hanya duduk di bangku itu sambil membaca buku malah memakai sebuah cermin mata & dikelilingi oleh ramai kucing. Tanpa sedar, hati Raby mulai terdetik sebuah perasaan geram, cemburu, terkejut & lain-lainnya lagi.

"Aku tak sangka yang mamat ni suka sangat dengan kucing,"kata Raby pada dirinya.

Raby tanpa melengahkan masa, terus saja memberanikan dirinya untuk mendekati Azwan yang sedang kusyuk membaca buku itu. Azwan yang sedang akan kehadiran Raby terus saja menutup bukunya.

"Assalamualaikum, Azz,"ucap Raby.

"Waalaikumussalam, Miss. Cuai. Apa lagi yang kau nak?"tanya Azwan sambil mengusap kepala kucing-kucing yang ada di sekitarnya.

"A..aku nak minta maaf tentang apa yang jadi. Maaf sebab menyusahkan kau untuk siapkan semua kerja tu sendiri. Aku mengaku yang bukan senang nak lukisan semua tu jadi, Please forgive me, Azz,"kata Raby sambil menghulurkan sekeping coklat sebagai tanda minta maaf kepada sang jejaka itu.

"Haih, baiklah, aku maafkan kau tapi dengan satu syarat, kau cubalah ubah sikap cemerkap kau agar menjadi lebih fokus & dapat melakukan pekerjaan dengan baik. Dengan cara tu, kau akan jadi penuntut yang cemerlang dalam pelajaran,"kata Azwan sambil mengambil kepingan coklat itu.

"Insyaallah, aku akan cuba. Jadi, k..kau dah tak marah pada aku lagi kan?"tanya Raby.

"Mungkin adalah sikit tapi aku harap kau berubah nanti. Apa-apapun aku minta diri, aku nak pergi kerja sekarang,"kata Azwan lalu terus saja menanggalkan cermin matanya & terus saja berjalan pergi dari situ.

Raby hanya memandang Azwan yang mulai berjalan pergi dari situ & mulai mengalihkan perhatiannya terhadap kucing yang masih ada di situ.

"Awww, comelnya semua kucing ni,"kata Raby sambil mengusap kepala & badan kucing-kucing itu.

Pada saat itu, Raby terpandang sebuah beg kecil yang masih lagi ada di atas bangku taman itu & sedang digigit oleh salah seekor daripada kucing yang ada di situ.

"Haih, nampaknya bukan aku sorang je Miss. Cuai kat sini,"kata Raby sambil memandang beg itu lalu terus saja mengambil beg itu & menghubungi Azwan.

Walaupun begitu, panggilannya tidak dijawab sehingga Raby mengambil keputusan untuk terus saja membawa beg itu balik tanpa memeriksa isi dalamnya.

Di rumah sewa....

Kelihatan Alisya sedang menyiapkan assignment nya di atas meja di ruang tamu sambil ditemani oleh Ayuni yang sedang menonton televisyen. Pada masa yang sama, kelihatan Raby sedang berjalan masuk ke dalam rumah itu.

"Assalamualaikum, aku ada belikan pau ni. Korang nak makan tak?"tanya Raby sambil membawa beg plastik berisi pau yang masih suam itu.

"Boleh jugak, tolong bawak kat sini,"kata Alisya sambil menulis assignment miliknya.

"Nak jugak, Kak Raby!"kata Ayumi sambil tersenyum senang.

"Alright, nanti aku letak pau ni dalam pinggan dulu ya,"kata Raby lalu terus saja berjalan ke arah dapur.

Pada malam itu, Di rumah Azwan...

Azwan berjalan masuk ke dalam biliknya sambil mengeringkan rambutnya sebaik saja dai baru selesai daripada mandi. Sementara itu, sang jejaka itu terus saja duduk di atas katilnya sambil melihat telefon pintarnya.

"Raby telefon aku ke? Kenapa lah agaknya ya?"tanya Azwan pada dirinya.

Walaupun begitu, dia hanya buat tidak endah pasal hal itu. Pada saat itu, dia hanya memandang jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

Dia tanpa melengahkan masa terus saja mencari beg kecil nya. Walaupun begitu, dia sedar yang beg itu telah hilang & dia terus saja menepuk dahinya tanpa pasrah dengan dirinya kerana tertinggal beg itu. Dia tanpa melengahkan masa terus saja menghubungi Raby.

Pada waktu itu, kelihatan Raby sedang membaca buku di ruang tamu bersama dengan 2 orang sahabatnya itu. Tiba-tiba, telefonnya mulai berdering & dia tanpa melengahkan masa, terus saja menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Raby. A..aku nak tanya ni, kau ada nampak tak beg kecil yang ada kat atas bangku kat taman uni tadi?"tanya Azwan.

"Waalaikumussalam, ada je dengan aku ni, Azz. Kau pun satu jugak, banyak cuai lah. Tulah, suka sangat kan sindir aku ni, cuai. Sekarang, tengoklah siapa yang cuai,"sindir Raby sambil ketawa kecil.

"Diam jelah, mak cik. Kau jangan buat apa-apa dengan beg tu apatahlagi tengok apa yang ada kat dalam beg tu. Jadi bagi alamat rumah kau & biar je aku datang ambil nanti,"kata Azwan.

"Eh, mana boleh. Kat uni nanti tak boleh ke?"tanya Raby.

"Uni apanya? Kan esok cuti 2 hari. Mana boleh macam tu,"kata Azwan sambil geram dengan Raby yang mulai lupa akan hal itu.

"Yelah, aku lupa. Kalau macam tu, esok aku datang rumah kau jelah. Boleh tak?"tanya Raby.

"Suka hati kau lah, janji hantar barang aku balik sudah. Nanti aku hantarkan alamat. Assalamualaikum,"kata Azwan.

"Waalaikumussalam, Azz,"kata Raby sebelum panggilan itu tamat.

Bersambung....

Rahsia Si Mr.ArkitekWhere stories live. Discover now