DHIYA mengeluh lagi. Fail sijil dipeluk kemas. Badan juga sudah mula melekit dengan peluh. Masuk kali ini, sudah banyak tempat yang dia pergi untuk memohon kerja. Namun, satu pun tiada jawatan kosong.
"Apalah nasib kau, Dhiya. Kena mandi bunga agaknya baru melekat kerja dengan kau." Dhiya bercakap seorang diri.
Sedang dia berjalan sambil memikirkan masa depannya, laluannya terhalang dengan tubuh seseorang yang sedang bercakap di telefon di kaki lima.
Apabila dia ke kanan, lelaki itu juga bergerak ke kanan. Apabila dia ke kiri, lelaki itu turut bergerak ke kiri. Hendak keluar dari laluan kaki lima itu, agak mustahil kerana hujan sedang lebat mencurah ke bumi.
Dhiya mengeluh. Sudahnya dia berdiri tegak di belakang lelaki itu. Selepas lelaki itu bergerak, dia juga akan mula bergerak. Itulah rancangannya.
Sebaik saja lelaki itu selesai bercakap di telefon, Dhiya tersenyum. Yes, akhirnya! Namun, senyumannya mati sebaik lelaki di hadapannya berpaling.
Mereka saling bertatapan.
"Huh! Kat mana-mana pun mesti terserempak dengan dia!" Dhiya membebel perlahan.
Siapa lagi kalau bukan lelaki kereta Navara? Fahmi.
"Kau ingat aku nak sangat ke terserempak dengan kau? Daripada jumpa perempuan macam kau, lebih baik aku terserempak dengan orang gila."
"Memanglah awak suka terserempak dengan orang gila. Sebab awak dengan orang gila takde beza pun. Sama aje!" Dhiya melawan semula.
Hujan yang kian lebat langsung tidak mengganggu mereka bertekak.
"Mulut jahat."
"Normallah kalau perempuan mulut jahat. Yang tak normalnya kalau lelaki mulut jahat mengalahkan perempuan. Baik jadi pondan aje!"
Puas hati Dhiya demi terlihatkan Fahmi menggigit bibir. Menahan marah agaknya.
"Siapa pondan, hah? Kau kata aku pondan ke?"
"Saya tak kata awak pondan. Tapi saya kata, lebih baik jadi pondan. Terasa ke?" Dhiya jegilkan mata.
Dhiya undurkan kaki apabila lelaki itu mendekatinya.
"Hei! Awak nak buat apa, hah?"
Dhiya pandang kiri kanan. Mencari sesuatu untuk dijadikan alat pertahankan diri. Tiada apa-apa yang dia temui. Sudahnya, fail di tangan diangkat tinggi, bersedia untuk dihentak ke muka lelaki itu.
"Apasal? Takkan takut dengan pondan kut?" Dia tersenyum sumbing.
Berlagak macam berani, padahal penakut! Gertak sikit pun dah pucat.
"Jangan buat benda tak senonoh. Saya jerit nanti!" Dhiya mengugut.
Lelaki ini memang sengaja mengujinya.
"Jeritlah. Ingat aku heran?"
Dhiya menghentak fail sijilnya ke tubuh lelaki itu beberapa kali.
"Argh! Kau gila ke apa?"
Sementara lelaki itu mengelak serangan Dhiya, Dhiya mengambil peluang yang ada dan terus melarikan diri. Selamba saja dia meredah hujan.
Biar basah, asalkan terlepas daripada lelaki jahat!
"SIAPA perempuan tadi?" Serra bertanya apabila sampai di hadapan Tengku Fahmi.
Sebaik saja keluar dari Klinik Sentosa, dia sempat melihat Tengku Fahmi diserang seorang perempuan. Hatinya mula rasa tidak senang.
"Siapa?" Tengku Fahmi buat-buat tidak mengerti maksud Serra,
"Saya nampak perempuan tadi pukul awak. Siapa dia? Kenapa dia marahkan awak?"
Selama ini dia tahu Tengku Fahmi tiada kekasih. Tetapi aksi Tengku Fahmi dengan perempuan tadi seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Aneh.
"Tak kenal pun. Tiba-tiba dia serang saya. Gila agaknya." Tengku Fahmi menjawab.
Malas menceritakan semua kepada Serra. Tidak penting pun.
"Erm, saya ingatkan dia kekasih awak. Mujurlah." Serra tersenyum.
"Kenapa mujur pulak?"
"Yelah. Maknanya saya masih lagi bertakhta di hati awak. Walaupun awak menafikan, tapi saya tetap tahu. Awak masih sayangkan saya, kan?"
Serra tersenyum manis. Nampaknya mereka masih lagi ditakdirkan untuk bersama. Jodoh Tuhan.
"Dah siap, kan?" Tengku Fahmi melirik plastik ubat di tangan Serra.
"Dah." Serra angguk kepala.
"Erm, awak balik sendiri. Saya ada hal nak diuruskan. Satu lagi Serra, saya tak suka awak buat macam ni."
"Saya buat apa?" Serra bertanya hairan.
Apa pula kesalahannya kali ini?
"Saya tahu awak sengaja cakap awak tak larat nak bangun sebab awak nak saya ambik berat pasal awak. Jangan try too hard sangat, Serra. Luka yang saya pendam selama bertahun-tahun lamanya takkan pulih dalam masa sesingkat ini. Sekuat mana pun awak mencuba, saya takkan biarkan diri saya dipermainkan sekali lagi. Never!"
Tadi Serra menelefonnya dan mengatakan dia demam dan tidak larat hendak bangun. Serra juga merayu-rayu meminta dia membawanya klinik.
Yang dia geram sangat, apabila dia sampai di hadapan rumah sewa Serra, perempuan itu elok saja boleh berjalan. Dasar penipu.
"Salah ke kalau saya minta peluang untuk merebut semula hati awak, Fahmi?" Serra bersuara sayu.
Terluka dengan kedinginan Tengku Fahmi.
"Tak payahlah Serra. Saya dah lama putus harapan pada awak."
Serra hanya memerhatikan langkah Tengku Fahmi yang semakin menjauh. Ternyata lelaki itu sudah tidak sama seperti dulu.
YOU ARE READING
IZINKAN AKU BAHAGIA
RomanceTajuk: IZINKAN AKU BAHAGIA Penulis: AALIN AMILY Harga: RM24 / RM27 Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. "Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!" - Tengku Fahmi "Kasut bos kasut kulit, kan...