PAAN melangkah dengan lenggang-lenggoknya ke kereta Dhiya. Punggungnya dihempas kasar atas kusyen.
"Amboi kau, macam nak pecah kusyen kereta aku," tempelak Dhiya.
Betul-betul tunjuk perasaan nampaknya si lembut ini.
"Kereta buruk aje pun." Paan mencebik.
"Eh, buruk-buruk dia pun, banyak jasa tau. Inilah harta yang aku beli dengan titik peluh sendiri. Berjurai-jurai peluh aku sampai ke betis nak dapatkan buah hati aku ni tau."
Dhiya menepuk-nepuk stereng keretanya. Walaupun kereta kecil dan tidak semewah kereta orang lain, inilah satu-satunya aset yang dia ada. Bolehlah dibanggakan kerana penat lelah sendiri.
"Eleh, gedik. Nah! Biar dia rasa sakit. Kau sayangkan kereta lebih daripada aku, kan?"
Paan menghentak punggung beberapa kali di atas kusyen. Seperti kanak-kanak bermain melantun.
"Hei!" Dhiya berteriak kuat. Terkejut.
"Puas hati aku."
Paan menyeka peluh di dahi. Nafasnya termengah-mengah akibat penat melompat.
Dhiya ketawa lepas.
"Alah, dia merajuklah pulak. Macam mana nak buat ni?"
Dhiya menganjing. Sengaja menaikkan kemarahan Paan.
"Shut up, nyah! Aku tak nak bercakap dengan kau! Heh!"
Paan angkat lima jari. Siap dengan jelingan maut. Dhiya menahan rasa geli hati.
"Paanku sayang... Maaflah. Tadi ada kemalangan. Sebab tu aku terlambat. Kau janganlah marahkan aku."
Dhiya buat muka kesian. Benda tak boleh nak elak, nak buat macam mana?
"Alasan kau dah lapuk, nyah! Tak boleh diterima pakai!"
Paan angkat jari telunjuk dan diketuk-ketuk ke hidung Dhiya. Sekali dengan mulutnya diherotkan ke kanan. Geram sangat! Bukan Dhiya tak tahu, dia memang tak sukakan orang yang tidak menepati masa.
"Bukan alasanlah, Paan. Memang betul pun ada kemalangan. Ada mak cik kena ragut tadi tahu tak. Aku tolong dia dulu. Lepas tu baru aku datang jumpa kau. Takkan aku nak tengok aje dia sakit? Kan?"
Paan kalau sudah merajuk, bukan main payah lagi nak pujuk. Macam perempuan!
"Eleh... Ye ye aje kau tolong dia. Entah-entah, tolong tengok aje pun!" Paan mengejek.
"Memanglah aku tolong dia. Kenapa kau tak percaya pulak? Aku bawak dia pergi klinik, lepas tu pergi balai polis. Dan disebabkan kau jugak, aku terpaksa tinggalkan mak cik tu kat balai. Kesian dia, tau."
Dhiya masih rasa bersalah kerana meninggalkan Puan Faridah sendirian di balai polis. Nasib baik juga Puan Faridah sudah berjanji untuk menunggu anaknya di situ. Kalau tak, memang dia akan hantar Puan Faridah balik ke rumahnya.
"Kau biar betul? Jangan nak propaganda sangat dengan aku." Paan kaget.
"Betullah. Takde propa-propanya. Kau nak cepat sangat, kan? Terpaksalah aku tinggalkan dia kat sana."
Dhiya menjeling.
"Alamak. Kesiannya mak cik tu. Kau zalimlah, nyah!"
"Lah, aku pulak?"
"Yelah. Kenapa kau tinggalkan dia kat sana sorang-sorang? Eh, jomlah kita pergi tengok dia sekejap. Jangan-jangan, dia masih ada kat balai lagi. Apalah kau, Dhi... Kejam!"
Paan geleng kepala. Dhiya menoleh sekilas.
"Aku jugak yang dipersalahkan. Aku tinggalkan Mak Cik Faridah sebab kau tau! Telefon tak henti-henti."
YOU ARE READING
IZINKAN AKU BAHAGIA
RomanceTajuk: IZINKAN AKU BAHAGIA Penulis: AALIN AMILY Harga: RM24 / RM27 Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. "Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!" - Tengku Fahmi "Kasut bos kasut kulit, kan...