BAB 9

102 6 1
                                    

SUDAH seminggu Dhiya bekerja di syarikat landskap kepunyaan Tengku Fahmi. Selama itu juga, dia langsung tidak pernah bertentang mata dengan bosnya.

Menurut Rosa, Tengku Fahmi memang jarang berbual-bual dengan pekerja perempuan.

Pasti kerana pernah dikecewakan kekasih. Ataupun, dia mempunyai nafsu songsang. Berminat kepada kaum sejenis. Sebab itu dia tidak sukakan perempuan. Hihihi.

Uish! Tak baik mengata orang, Dhiya. Pandai-pandai pula dia membuat kesimpulan sendiri.

"Dhiya!"

"Mak kau meletup!" Dhiya terlatah tatkala pinggangnya dicuit dari tepi.

Rosa tergelak. Puan Faridah juga gelak.

Dhiya mengurut dada. Mujur saja dia tidak terkejut sampai terlempar pen di tangannya. Kalau tidak, mahu terus menuju ke muka Rosa.

"Mak cik, terkejut saya." Dhiya muncung mulut.

Kus semangat. Pandai pula Puan Faridah buat lawak! Senyap-senyap saja dia muncul.

Puan Faridah masih ketawa. Latah juga rupanya dia.

"Mak cik datang nak jumpa Dhiya. Tak puas bercakap dalam telefon saja. Mak cik rindukan Dhiya. Lama kita tak keluar sama-sama."

Dhiya tertawa. Boleh dikatakan selang sehari Puan Faridah menelefonnya bertanya khabar. Dan setiap kali menelefon juga, Puan Faridah menyatakan kerinduannya kepada Dhiya.

Dhiya suka. Terasa sangat dirinya disayangi. Kan bagus kalau Puan Faridah itu ibunya.

"Saya pun rindu mak cik jugak. Terima kasih datang jumpa saya kat sini."

Dhiya memegang tangan Puan Faridah erat.

"Sama-sama. Kebetulan mak cik tak sibuk hari ini, mak cik datanglah melawat Dhiya. Niatnya memang lama dah nak datang. Tapi tak kesampaian."

"Mak cik dari butik ke?"

"Ye sayang. Mak cik dari butiklah. Dari mana lagi?"

Dhiya tersenyum manis.

Selain Umi Khatimah, belum pernah lagi ada orang lain yang memanggilnya sayang. Satu perkataan mudah dan ringkas, tetapi memberi maksud yang meninggalkan kesan dalam hati setiap insan yang mendegarnya.

"Dhiya dah lunch?"

"Belum lagi, mak cik."

Dhiya menjeling jam di tangannya. Belum lagi 12.00 tengah hari.

"Terlanjur mak cik kat sini, jomlah temankan mak cik makan. Fahmi ada?"

Puan Faridah sudah mula membelit lengan Dhiya dengan lengannya.

"Bos takde. Keluar dengan Fizi dan Umar."

Selain Dhiya dan Rosa, Earth Landskap mempunyai dua orang lagi pekerja lelaki. Kebetulan pula hari itu, mereka mengikut Tengku Fahmi kerana ada urusan di luar. Tinggallah Dhiya dan Rosa saja di pejabat.

"Oh, jomlah ikut mak cik pergi makan."

Dhiya serba salah. Wajah Rosa dipandang.

"Boleh ke saya keluar dengan mak cik? Nanti bos marah. Lagipun belum lagi waktu rehat." Dhiya memberi alasan.

Waktu rehat adalah jam 1.00 hingga 2.00 petang. Takkan belum pukul 12.00 tengah hari sudah keluar rehat? Lagi pula dia baru saja mula bekerja di situ. Imejnya harus dijaga.

"Alah, keluar dengan mak cik aje pun. Fahmi takkan marah punya. Jomlah."

Hati Dhiya berbelah bahagi apabila tangannya ditarik Puan Faridah. Hendak menolak tidak tergamak. Kakinya masih terpasak di lantai simen.

IZINKAN AKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now