BAB 1

345 14 0
                                    

DHIYA mengerling jam tangannya sekilas. Masuk kali ini, sudah enam kali rasanya dia melihat jam. Manalah si Paan ini? Katanya dah nak keluar. Tapi tak jugak keluar.

Ish! Dhiya geleng kepala.

"Hei, berdiri jauh sikit tak boleh ke?"

Dhiya tersentak. Wajah bengis lelaki berkaca mata hitam di hadapannya dipandang sekilas.

"Suka hati sayalah nak berdiri kat mana pun. Apa masalah encik?" Dia melawan kembali.

Disebabkan lelaki itu bercakap dengan nada kasar, dia balas dengan nada kasar juga. Kalau ya pun, panggillah dia cik adik ke, cik ke. Ini, hei saja!

Manalah dia punya adab.

"Aku nak buka pintu kereta aku. Kalau kau berdiri kat sini macam tiang pagar, macam mana aku nak masuk dalam kereta?"

Lelaki itu menunjukkan tempat Dhiya berdiri.

Sudahlah parking kereta senget-benget. Confirm tak ada lesen memandu! Sudahlah orang panggil banyak kali tadi, dia tak dengar. Tengah panas pun nak berangan. Bergaduh dengan laki agaknya!

"Besar sangat ke badan awak, sampai tak muat nak lalu?" Dhiya memerli.

Punyalah luas lagi ruang yang kosong, apa salahnya kalau dia berdiri di situ?

"Memanglah tak muat. Kalau muat, aku tak suruh kau ke tepi. Tepilah!"

Dhiya mencebik. "Kalau ye pun, tak boleh ke cakap baik-baik? Ingat saya tak reti bahasa sangat ke?"

Dhiya beralih sedikit. Memandangkan sekejap lagi Paan yang akan memandu, dia berdiri di tepi pintu sebelah penumpang bahagian depan. Bersiap sedia dari awal.

"Kalau kau reti bahasa, aku panggil sekali aje kau dah dengar. Ke kau pekak?"

Lelaki itu masih bertikam lidah dengan Dhiya.

"Urgh!" Bibir digigit kuat. Dhiya mengepal tangan.

"Dia buat salah, dia pulak nak geram kat orang. Psiko."

Dhiya membuat mimik muka sambil menganjing. Sangkanya lelaki itu tidak nampak apa yang dia lakukan.

"Dahlah parking kereta tak betul, macam orang tak reti bawak kereta, kuat menganjing pulak. Malang sungguhlah nasib laki kau ada bini macam ni."

Lelaki itu berkata selamba sambil menghidupkan enjin kereta dengan pintu yang masih terbuka.

Dhiya membulatkan mata sambil bercekak pinggang. Kurang ajar punya lelaki. Memang sengaja cari nahas di tengah panas.

"Helo, encik bawak kereta Navara. Jangan sesuka hati nak menghina orang ye. Walau saya parking senget sekalipun, saya ada lesen tau. Nak tengok ke?"

Dhiya menyeluk begnya dan mengeluarkan dompet. Lesen memandunya ditarik keluar dan disuakan di depan muka lelaki itu.

"Nah. Tengok puas-puas. Ni lesen memandu saya tau!"

"Ceh! Tak ingin aku nak tengok lesen kau. Aku tahulah taktik kau. Kau saja nak bagi tahu nama kau kat aku, kan? Tak payahlah. Aku tak nak dan tak berminat nak berkenalan dengan kau."

Dhiya mengetap rahang. Dek terlalu geram, dia menutup pintu kereta lelaki itu sekuat hati. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada lelaki di sebalik cermin bertinted gelap itu.

Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Aircond dipulas sampai ke tahap paling maksima bagi meredakan hati yang kepanasan.


LAUK sambal udang dan sup tulang di hadapannya langsung tidak membuka selera. Rasa lapar yang dirasakan tadi sudah hilang dengan pertengkaran mulut antara dia dengan lelaki kereta Navara tadi.

Huh! Sakit hati masih terasa sampai kini.

"Apasal kau, nyah? Tadi kata lapar nak makan sambal udang. Ini jangan kata makan, jamah pun tidak. Kau sakit ke?"

Dhiya memandang Paan di hadapannya. Lelaki lembut merangkap sahabat baiknya.

"Aku streslah, Paan," adu Dhiya.

"Kenapa?"

"Tadi masa aku tunggu kau, aku bergaduh dengan orang. Tengoklah, dah putus selera aku nak makan sambal udang."

Bodohnya dia kerana bertekak dengan lelaki seperti itu. Buat sakit hati saja.

"Kau bergaduh dengan siapa? Sebab apa?"

"Manalah aku kenal siapa dia. Sebab dia cakap aku menghalang laluan dia. Bodoh kan lelaki macam tu? Dahlah cara dia bercakap, macam aku nak mengurat dia. Eee! Geram aku!"

Paan menekup mulut. Ada juga yang bergaduh macam tu?

"Jangan gelak, Paan. Aku tengah marah tau!" Dhiya menjeling tajam.

"Dhi, kau janganlah marah-marah. Nanti kita sambung cerita. Sekarang, aku nak mencekik dulu. Lapar tau tak?"

Paan menyambung semula suapan ke mulutnya. Kalau dilayan Dhiya membebel, nanti sekali dengan dia tak makan.

"Eh, itu tauke akulah." Paan menuding ke belakang Dhiya.

"Erm..." Dhiya tidak berminat hendak berpaling.

Macamlah dia tak kenal tauke Paan. Sudah selalu sangat dia berjumpa tauke Paan ketika dia ke tempat kerja Paan. Apa yang nak dikisahkan?

"Bos, meh makan kat sini."

Mata Dhiya membulat mendengar Paan memanggil bosnya.

"Hai."

Belum sempat Dhiya membantah, suara lelaki sudah kedengaran di sebelahnya.

Dhiya terpaksa maniskan muka, menyapa bos Paan. "Hai."

Senyumannya bertukar kelat apabila mendongak. Bukan saja bos Paan, lelaki yang bertekak dengannya sebentar tadi juga ada di situ.

"Dhi kisah ke kalau kami makan kat sini? Meja lain dah penuhlah."

Zafar yang merupakan bos Paan meminta izin. Dia juga turut memanggil Dhiya dengan nama Dhi kerana mendengar Paan memanggil Dhiya begitu.

Dhiya memandang sekeliling. Memang benar semua meja sudah penuh kerana ketika itu waktu makan tengah hari.

"Boleh." Dhiya jawab sepatah.

Zafar mengambil tempat di sebelah Paan, manakala lelaki kereta Navara itu masih tegak berdiri di sebelah Dhiya.

"Zafar, aku ada hallah. Aku pergi dulu."

Dhiya dan Paan hanya berpandangan sesama mereka.

"Lah, kita baru nak makan. Duduklah. Makan dulu, Fahmi." Zafar menegah sahabatnya daripada pergi.

"Takpe, nanti aku makan kat tempat lain. Ada hal urgent. Sorry."

Dhiya herotkan bibir. Pergilah! Awak tak dialu-alukan kat sini, Encik Navara! Dia bercakap dalam hati.

"Okay, bro. Lain kali kita jumpa lagi."

Dhiya rasa seperti mahu bersorak selepas lelaki itu pergi. Dia pun tidak ingin makan semeja dengan lelaki yang tiada kesedaran sivik seperti itu! 

IZINKAN AKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now