DHIYA kaku menghadap bangunan yang tertera nama Wisma Faridah Yatim. Jaraknya tidak jauh dengan butik Puan Faridah. Selang beberapa buah bangunan sahaja.
Inilah saatnya. Semoga kerja kali ini serasi dengannya.
"Bismillah."
Dia menaiki tangga menuju ke pejabat Earth Landskap Sdn Bhd yang terletak di tingkat empat wisma tersebut. Dadanya berdebar bukan main lagi. Entah bagaimanalah agaknya anak Puan Faridah.
Adakah peramah dan baik hati seperti emaknya?
Aduh... Lemah lutut!
Asyik sangat melayan debar, entah bagaimana tiba-tiba kaki Dhiya terpelecot di tengah-tengah tangga.
"Argh!" Dhiya mengaduh.
Buku lalinya digosok kasar. Sakit!
Kasut yang tercabut dari kaki, dipakaikan semula. Namun, malang bertimpa-timpa apabila dia tersedar kasut tiga incinya tertanggal tapak pulak.
Dhiya mengeluh kasar. Jam di tangannya dikerling. Lagi 15 minit jam akan menghampiri ke angka 8.00 pagi. Masih sempat jika keluar menukar kasut. Dhiya berkira-kira dalam hati.
Tanpa berlengah, Dhiya keluar ke parking lot. Satu lagi masalah muncul. Di dalam keretanya hanya ada selipar nipis yang tidak sesuai untuk dipakai sewaktu temu duga kerja.
Lebih tepat lagi, selipar itu sesuai ke jamban saja. Aduhai!
Nak tak nak, Dhiya sarungkan saja. Dalam keadaan terdesak, dia lebih rela memakai selipar daripada kasut yang tertanggal tapak.
"ASSALAMUALAIKUM. Boleh tumpang tanya?"
Dhiya bertanya kepada salah seorang pekerja perempuan yang berada di meja kerjanya.
"Waalaikumussalam. Ada apa dik?" tanya perempuan itu ramah.
"Saya Dhiya. Saya datang nak temu duga kerja."
Dhiya memperkenalkan diri. Tangannya dihulur bersalaman dengan perempuan di hadapannya.
"Awaklah yang nak temu duga hari ini ye? Awak boleh panggil saya Kak Rosa."
"Ye, saya. Baik, Kak Rosa." Dhiya ukir senyuman.
"Meh, Kak Rosa tunjukkan awak bilik bos."
Dhiya mengikut langkah Rosa menuju ke bilik bos mereka.
"Ini bilik bos. Ketuk pintu dulu, lepas tu masuk aje. Tak payah tunggu bos panggil."
"Baik, terima kasih, Kak Rosa."
Dhiya berdiri tegak di depan pintu bilik yang tertera Pengarah Urusan, Tengku Fahmi.
Fahmi lagi? Dhiya mencebik. Jangan Fahmi dan Tengku Fahmi ini orang yang sama sudahlah!
Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Bertenang, Dhiya, bertenang. You can do it! Kau bukan pertama kali pergi temu duga kerja. Bertenang. Dhiya memotivasi diri sendiri.
Tangannya mengetuk pintu tiga kali. Tanpa menunggu sahutan daripada tuan empunya bilik, Dhiya terus menolak daun pintu ke dalam.
"Assalamualaikum, encik. Saya datang nak interviu kerja."
Dhiya berdiri tegak sambil memeluk kemas failnya. Dipandang wajah lelaki di hadapannya. Namun, terlindung dengan monitor komputer di hadapannya.
"Hurm, masuklah."
Dhiya berjalan terus menghampiri meja. Malang sekali lagi apabila kakinya tersepak hujung kaki sofa panjang yang terletak di ruang tengah bilik itu. Kaki sama yang sakit terpelecok tadi.
YOU ARE READING
IZINKAN AKU BAHAGIA
RomanceTajuk: IZINKAN AKU BAHAGIA Penulis: AALIN AMILY Harga: RM24 / RM27 Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. "Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!" - Tengku Fahmi "Kasut bos kasut kulit, kan...