30

11 2 0
                                    

Aku suka menyanyi kerana inilah satu-satunya bakat yang aku ada.

Aku selalu memuat naik rakaman suara aku menyanyi di Youtube kerana fans aku sentiasa menantikan cover baru dari aku.

Harini aku terpaksa tangguh kerana tekak aku sakit menyebabkan suara aku menjadi garau.

Selepas tiga hari, keadaan suara aku masih lagi sama jadi aku memutuskan sahaja untuk menelan sepapan ubat sakit tekak.

Seusai itu, aku mula menikmati sarapan aku dan ya, tiada rasa.Sh*t, nampaknya lidah aku kebas.

Aku meneruskan sahaja kunyahan aku tetapi tiba tiba sahaja aku tersedak.Habis tersembur keluar makanan aku, eh kejap? Kenapa ada cecair merah.

Aku menilik bibir aku pada cermin, aku telah kehilangan lidah aku.

Macam mana aku nak menyanyi lepasni? Nampaknya terpaksa korbankan lidah-lidah fans aku シ

Aku sambung makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Creepy Pasta Where stories live. Discover now