11

73 11 0
                                    

Hello dan hye kepada semua pembaca di luar sana.Aku bernama Nur Amanina Sofea,seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan..Tahun ini,aku menduduki tahun kedua jadi pihak universiti tidak menyediakan asrama lagi untuk aku..Hal ini menyebabkan aku dan tiga orang lagi rakan lain terpaksa menyewa sebuah rumah.Mujurlah ada sebuah rumah sewa yang murah dan berdekatan dengan universiti yang aku belajar itu jadi tidaklah aku terlambat nanti untuk pergi ke universiti tersebut.

Pada suatu hari,iaitu di hujung minggu.Aku tidak pulang ke rumah ibu kerana terpaksa menyiapkan assignment yang setinggi gunung Everest. Jadi aku terpaksa menetap di rumah sewa tersebut.

Pada waktu malam,aku berjaga untuk menyiapkan assignment tersebut...Seseorang telah masuk ke dalam bilikku..Aku memandang wajahnya sekilas...Dia mengambil sebuah kerusi plastik lalu duduk di sebelah kananku..Aku menegurnya.

"Eh Ida,kenapa tak tidur lagi?" kata aku kepada Ida atau nama sebenarnya ialah Nor Hidayu Natasha.Dia merupakan salah seorang kawan aku yang menyewa bersama-sama di dalam rumah ini.

"saja nak teman" kata Ida.Aku hanya menganggukkan kepalaku lalu menyambung menyiapkan tugasan yang perlu dibuat..Selepas 1 jam 30 minit,akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna.Aku mengerling ke tepi.Kelihatan Ida sudah tiada di sebelahku.

"fokus sangat ke aku sampai tak perasan yang Ida dah keluar?" gumam aku.Aku kemudiannya meng 'off'kan laptop lalu menutup lampu.Aku baring di atas katil dengan nyenyaknya..

Keesokkan harinya,aku terlambat bangun iaitu kira-kira pukul 8:30 pagi. Mujurlah aku sedang 'cuti',kalau tak terbabas lah Subuh aku tadi...Seusai mandi,aku keluar ke kedai makan berdekatan untuk bersarapan kerana hari ini aku malas hendak memasak sendiri...Ketika sedang enak mengunyah makanan,aku tiba tiba teringat sesuatu yang membuatkan aku tersentak tiba-tiba.

"hmm kalau tak silap aku,Ida,Farah dengan Aqilah balik kampung lah jadi aku sorang-sorang jer lah dekat rumah" aku bermonolog sendirian sambil makan nasi goreng Puan Rohani.Tiba-tiba bulu roma aku tertancap.

"ja-jadi siapa yang teman aku semalam?" Selera aku mati tiba-tiba lalu aku membayar lah harga nasi tersebut lalu keluar daripada kedai itu...Aku menumpang teksi lalu pulang ke rumah ibu...Aku disahkan demam selama tiga hari

Sehingga ke hari ini,masih menjadi misteri,siapakah 'Ida' yang menemaniku.

Creepy Pasta Where stories live. Discover now