Selepas beberapa jam menghadap komputer , aku menggeliat seketika kerana badanku berasa sangat lenguh.Kalau tak kerana assignment yang peru dihantar dua hari lagi , sudah pasti aku sedang lena di atas katil kesayangan aku.
Jam mulai menunjuk ke angka 3 pagi , mujur sahajalah esok aku cuti jadi tak ada lah nak terbabas tidur nanti.Aku ada masa yang panjang untuk tidur and i really really like it.
Aku mula berbaring di atas katil yang bersaiz queen ini.Sangat selesa sekali , tidur setahun pun tak apa.Bila la aku dapat menghabiskan hidupnya dengan perkataan belajar.
Sangat penat namun begitu , untuk mendapatkan kerja yang diberi gaji lumayan , aku perlulah bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
Masa berjalan dengan pantas , aku segera bersiap lalu mula melangkah munuju ke motorsikal aku.Aku mengeluh seketika kerana sebaik sahaja sampai di garaj , motorsikal aku tayarnya pancit.
Macam mana nak pergi ni? Tayar pulak pancit , aku rasa elok jer semalam masa aku pergi kfc.Tak adanya nak pancit.
Nak taknak aku terpaksa menaiki teksi.Walaupun kosnya tinggi tapi demi kuliah aku sanggup! Ceyh , acah jer ni.
Masa aku tengah menunggu tu , datang seorang lelaki yang boleh dipanggil sebagai atok sebab mukanya penuh kedutan dan aku rasa umur dia ialah 70 tahun ke atas.
Atuk tadi duduk di sebelah aku , dia memang tongkatnya dengan berhati-hati.Takut tercicir pula nanti.
Atok itu sedang menyebut beberapa huruf , jadi aku mendengar dengan fokus untuk memahami apa yang disebutnya.
"E.I.D L.L.I.W U.O.Y"
Arh pelik.Mungkin dia tengah ingat huruf-huruf kot sebabtu dia main sebut jer.Aku cuba berfikiran positif.
Kelihatan ada sebuah bas di sana.Bas dipandu agak laju , mungkin kalau berlaku sesuatu yang tak diduga , tak sempat nak tekan break ni.
Bas makin menghampiri dan aku mula berdiri kerana punggung berasa lenguh.
Tanpa aku sangka , atok tadi menolak aku ke tengah jalan.Aku ternganga seketika melihat atok tersebut hilang dari pandangan.
'Bum'
Tubuh aku melayang akibat dirempuh oleh bas tersebut hingga terpelanting jauh.
Pemandu bas tersebut seakan tidak mengesan aku kerana dia hanya memandu tanpa perasan apa-apa yang berlaku.
Darah membuak-buak keluar daripada mulut aku.Aku terbatuk-batuk kecil , sesak nafas pula.
Selepas menggelupur di atas jalan raya , akhirnya aku menghembuskan nafas yang terakhir.
YOU ARE READING
Creepy Pasta
HorrorCreepy Pasta sememangnya dikenali di seluruh dunia. Pasta? Memang lazat dan sedap tetapi pasta ini merupakan ketakutan yang menghantui otak manusia. Di sini terdapat beberapa koleksi cerita seram yang ditulis oleh saya sendiri sama ada berdasarkan p...