Haziq sangat bencikan kucing kerana dia menganggap haiwan bulus tersebut sebagai haiwan yang tak patut wujud dalam dunia ini.
Makin bertambah kebenciannya apabila dia dicakar oleh kucing peliharaan isterinya.Nasib baiklah pada masa itu, isterinya ada bersama dengan kucing itu kalau tak nasib kucing tu entahlah macam mana.
Haziq tidak berdiam diri, dia memikirkan cara untuk balas dendam kepada kucing tersebut.Sedang melayan perasaan di dalam tandas, dia mendapat idea.
Dia menawarkan diri untuk memasak makanan pada tengahari nanti dan menyuruh isterinya untuk pergi ke pasar raya kerana dia ingin membuat 'suprise'.
Isterinya hanya mengikuti sahaja kehendaknya kerana dia sememangnya seorang wanita yang suka membeli belah.
Haziq memakai sarung lengan lalu mula mencari kucing yang diberi nama Snow kerana warna bulunya adalah putih.
Selepas menemui Snow, dia mengangkat kucing tersebut lalu mula memasukkan kucing tersebut ke dalam periuk yang mengandungi air yang sedang mendidih.
Bunyi teriakan Snow diabaikan malah dia makin menekan Snow ke dalam periuk tersebut.Haziq mengangkat kucing tersebut apabila kucing itu berada dalam keadaan nyawa nyawa ikan.
Dia meletakkan badan kucing tersebut di atas papan pemotong lalu mula mengerat badan Snow kepada bentuk segi empat.
Dia membuat beberapa ketul daging kucing lalu mula menggoreng ketulan-ketulan tersebut di dalam minyak panas.
Haziq menunggu daging yang digorengnya sehingga masak kemudian menghidangkannya di atas meja makan.Dia membersihkan segala sisa di atas papan pemotong dan menghilangkan segala bukti.
Haziq menunggu isterinya pulang lalu hanya melihat sahaja isterinya makan dengan begitu berselera.
"Hm sedap.Daging apa ni bang? Taknak makan sekali ke?" tanya isterinya sambil mengambil beberapa ketul lagi.
"Tadi ada penjual daging arnab segar lalu depan rumah jadi abang beli lah untuk sayang.Ha makanlah, abang nak keluar sekejap ya"
"Okay bang.Lepas ni saya nak bagi makanan dekat Snow pulak.Mana lah kucing tu, saya tak nampak pun dari tadi"
"Entahlah.Maybe main dekat kawasan perumahan kot dengan geng-geng dia yang lain.Bye sayang, love you" kata Haziq lalu keluar dari rumah dan mula menunggang motosikalnya menuju ke rumah kawannya.
YOU ARE READING
Creepy Pasta
HorrorCreepy Pasta sememangnya dikenali di seluruh dunia. Pasta? Memang lazat dan sedap tetapi pasta ini merupakan ketakutan yang menghantui otak manusia. Di sini terdapat beberapa koleksi cerita seram yang ditulis oleh saya sendiri sama ada berdasarkan p...