1.Lukisan
Lukisan yang sering dirasuki oleh hantu rata-rata biasanya berbentuk gambar manusia. Tetapi ada kemungkinan juga mereka suka tinggal di dalam lukisan yang bergambar binatang. Untuk pengetahuan anda semua pembaca kisahseram.com, jika lukisan itu sudah dihuni oleh makhluk halus, ia akan mengeluarkan aura aneh. Bukan itu sahaja, malah lukisan itu juga boleh bergerak, berpindah tempat dengan sendiri bahkan dikatakan ada sesetengah lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya.
2.Gambar
Sama halnya dengan lukisan, gambar juga mempunyai tenaga yang boleh dimanfaatkan oleh makhluk halus. Makhluk halus ini boleh muncul di tengah-tengah kita ketika mengambil gambar. Lebih-lebih lagi sekiranya tempat kita mengambil gambar itu dipercayai 'keras' dan penuh mistik. Justeru tidak hairanlah jika ramai orang yang sering mendapat gambar penampakan hantu ketika melihat hasilnya.
3.Cermin
Cermin adalah tempat yang sering dihuni oleh hantu. Ini kerana cermin dipercayai menjadi perantara yang dapat menghubungkan antara dunia ghaib dengan dunia manusia. Makanya, dahulu kala penyihir atau peramal seringkali menggunakan cermin sebagai medium untuk menyeru syaitan atau hal-hal yang berbaur mistik
4.Anak Patung
Hantu memang suka tinggal atau merasuki beberapa anak patung seperti anak patung Annabelle. Anak patung dipercayai boleh menjadi tempat tinggal hantu dan dikatakan bahawa hantu suka tinggal di dalam anak patung kerana bentuknya yang mirip seperti manusia. Selain itu, anak patung juga tidak memiliki jiwa sehingga boleh dikendalikan sesuka hati. Anak patung yang telah dirasuki oleh hantu biasanya suka bergerak secara tiba-tiba, menangis bahkan boleh ketawa terutamanya pada waktu tengah malam.
YOU ARE READING
Creepy Pasta
HorrorCreepy Pasta sememangnya dikenali di seluruh dunia. Pasta? Memang lazat dan sedap tetapi pasta ini merupakan ketakutan yang menghantui otak manusia. Di sini terdapat beberapa koleksi cerita seram yang ditulis oleh saya sendiri sama ada berdasarkan p...