Aku bermain sorok-sorok bersama tiga orang lagi kawanku.Kami bergilir-gilir untuk menyorok.
Masa tu, kami main waktu petang.Hampir beberapa jam sahaja lagi sebelum masuk waktu Maghrib.Mak ada sekali, tapi dia tak join.Mak hanya memerhati kami.
Tiba giliran aku mencari.Aku mencari di keseluruhan halaman rumah.Di belakang, di bahagian kanan rumah serta semua tempat.
Aku memerhati dari bangsal kemudian lirikan mata aku ternampak seseorang (kelibat salah seorang kawan aku yang turut serta, a.k.a adik aku sebenarnya) sedang mengintai dari tingkap.Dia perlahan lahan menurun ke bawah, kemudian terus hilang.
Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam rumah mencari dia.Puas melilau satu rumah, akhirnya aku putus asa bila tak jumpa.
Aku turun kembali ke luar rumah.Dari jauh aku nampak kawan aku bersama yang lain berlari-lari di hujung sana untuk mencari tempat persembunyian lain. Kami main memang tak aci sikit sebab banyak bergerak sana sini selagi tak tertangkap.
Permainan dihentikan apabila ibu kawan aku datang mengambilnya.Aku, mak aku dan adik aku pun masuk semula ke dalam rumah memandangkan hari dah gelap.
Mak aku ada tanya adik aku, ada tak dia menyorok dalam rumah tadi? Dia jawab, dia langsung tak jejak dalam rumah sepanjang permainan berlangsung.
Aku pun pelik.Jadi siapa yang aku nampak tadi? Dengan muka dan rambutnya sama.
Lepastu kami tak main dah sorok-sorok waktu dekat-dekat dengan Maghrib, kami just main waktu pukul 2 hingga 5 petang.
Kang tetiba benda lain pulak yang muncul, naya.
Berdasarkan pengalaman sebenar tapi bukan sebagai pov saya.
YOU ARE READING
Creepy Pasta
HorrorCreepy Pasta sememangnya dikenali di seluruh dunia. Pasta? Memang lazat dan sedap tetapi pasta ini merupakan ketakutan yang menghantui otak manusia. Di sini terdapat beberapa koleksi cerita seram yang ditulis oleh saya sendiri sama ada berdasarkan p...