2

165 22 1
                                    

Emylia.

Seorang gadis yang pendiam.

Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang bergaul dengan orang lain.Atau mungkin tiada siapa yang ingin berkawan dengannya?

Emylia lebih suka menyendiri.Keluarganya pula selalu busy di tempat kerja jadi Emylia kerap kali keluar dari rumah kerana bosan.

Emylia memakai hoodie dan seluar berwarna hitam.Emylia berehat di bangku sambil menghirup udara yang segar.Biasalah, jiran-jirannya suka melakukan pembakaran terbuka.

Tapi itu dulu lah kerana semua jiran nya telah meninggal dunia.Punca kematian tidak pasti.Mungkin mati dibunuh? Sudah menjadi takdir mereka.

Hadir seorang lelaki.Dia menegur Emylia tetapi Emylia hanya mengabaikannya.Tidak puas dengan itu, dia mula mengacau gadis itu pula kerana menganggap Emylia sombong.Emylia berasa berang.

"Boleh tak jangan kacau saya?"

"Hehe, nama saya Hakim.Apa nama awak?"

"Ada saya tanya ke? Dah pergi sana lah, rimas saya"

Hakim mempedulikan kata-kata Emylia.Dia mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya pada Emylia.Emylia keluarkan buku berwarna hitam dan sebatang pen.Dia mula menulis nama Hakim pada bukunya.

Selepas selesai tanda tangan, Emylia terus mengoyakkan kertas tersebut kemudian membakarnya menggunakan sebatang mancis.

Hakim memandang Emylia pelik, tidak faham dengan apa yanh Emylia lakukan.Dia mula melangkah pergi.

Hakim terjatuh.Entah dari mana datangnya lori, dia tidak sempat mengelak.Hakim telah dilanggar lalu digilis hingga hancur.Hakim sempat memandang Enylia yang tersenyum sinis sebelum menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

Emylia memasukkan death note nya ke dalam poket hoodie lalu berjalan meninggalkan Hakim seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Mungkin ini antara sebab kenapa dia tidak mempunyai teman.Cepat serabut dengan keadaan sekeliling dan sikap annoying masyarakat.

☕︎ end ☕︎

Creepy Pasta Where stories live. Discover now