14

65 10 0
                                    

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2010. Kejadian ini berlaku di sekolah kitorang iaitu sebuah sekolah menengah perempuan di Kuala Lumpur. Harap maklum, nama-nama yang aku sebut di sini adalah nama samaran sahaja demi menjaga aib rakan-rakan yang terlibat.

Kitorang tingkatan 5 masa tu. Kejadian histeria berlaku selepas beberapa hari program Khemah Ibadah untuk tingkatan 5 berlangsung. Kejadian pertama berlaku, apabila pelajar tingkatan 4 diserang histeria di sekolah. Ramai yang cuba membantu tapi keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar yang membantu juga terkena histeria. Kelas pelajar tingkatan 4 berada di blok tengah sekolah, tingkat atas sekali. Masa tu kitorang tingkatan 5 tidak ambil tahu tentang kejadian yang berlangsung, sebab blok kitorang adalah blok paling hujung bersebelahan dengan jalan raya dan masjid. Apa yang berlaku di sebalik blok pelajar tingkatan 4, kitorang tidak berapa jelas sebab terlindung, dan masing-masing pula tengah tekun belajar untuk SPM yang akan datang. Bayangkan masing-masing pun tengah stress nak exam masa tu.

Kejadian histeria ini berterusan sehingga berminggu-minggu, tetapi pihak sekolah tidak mahu melibatkan ustaz dari luar. Kelas kitorang ada dua pintu, depan dan belakang. Kelas kitorang adalah yang paling hujung, bersebelahan tangga dan sebelah tangga pula ada tandas. Surau pula betul-betul terletak di bawah kelas kitorang. Masa tu, Miss Chen yang sedang mengajar, kelas Bahasa Inggeris. Keadaan kelas tenang seperti biasa.

Tiba-tiba ustazah Ain panggil rakan sekelas kitorang, Jie untuk membantu ustazah-ustazah yang lain di surau bawah. Ustazah meminta bantuan Jie untuk membantu pelajar-pelajar yang diserang histeria. Jie ni boleh dikatakan hafal dan tahu maksud-maksud semua surah dalam Al-Quran walaupun dia agak sedikit kelakian. Keadaan mula kecoh dan kacau-bilau, apabila pelajar ramai yang diserang histeria dan dibawa ke surau bawah kelas kitorang untuk rawatan. Ramai juga yang jadi tukang saksi di luar surau, rakan kitorang Jie sudah berpesan pelajar-pelajar yang lain supaya tidak berada di luar surau, dan masuk ke kelas masing-masing. Tapi biasalah manusia kan, nak sangat ambik tahu.

Kejadian menjadi lebih buruk apabila rakan sekelas sendiri melalui keadaan yang sangat teruk. Beberapa orang rakan sekelas kitorang turun ke surau bawah untuk menyaksikan kejadian histeria (mereka bagi alasan dekat Miss Chen, nak ke tandas). Tiba-tiba Melinda masuk ke kelas dan terus duduk dekat kerusi dia (tempat duduk dia betul-betul sebelah pintu belakang). Dia menangis tak berhenti macam kena dera pun ada. Apabila ditanya kenapa, dia berkata kawan dia ada main permainan Spirit of the Coins di sekolah. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia menangis. Tiba-tiba Dian pula masuk kelas, juga menangis sama seperti Melinda. Dia kata dia takut. Masa dia turun ke surau bawah untuk menyaksikan kejadian histeria, dia terlanggar kelibat yang besar, tapi yang pasti ia bukan manusia sebab masa tu dia jauh lagi dari pelajar-pelajar yang lain. Dia cakap sakit sangat, dan rasa takut secara tiba-tiba.

Tidak lama selepas itu, dua rakan kelas kitorang, Hana dan Ida masuk. Sebelum mereka berdua masuk ke dalam kelas, aku nampak mata mereka tidak berkelip memandang ke arah belakang aku. Mereka senyap saja tidak bercakap. Sehinggalah mereka duduk dekat kerusi masing-masing, namun mata mereka masih lagi memandang ke arah belakang aku. Oh ya, yang duduk belakang aku masa tu, Nena. Aku tak puas hati mereka asyik pandang-pandang, masa tu perasaan takut tak ada lagi dalam diri aku. Aku ingat mereka bergurau ke apa, terus aku bertanya, "Kenapa dengan korang ni? Pandang-pandang. Dah kenapa? Nampak hantu ke??".

Sebaik sahaja aku tanya soalan itu, Hana dan Ida terus pandang aku dengan tidak berkelip. Lalu tiba-tiba mereka menangis. Apabila ditanya, mereka tidak menjawab sebaliknya mereka terus memaandang ke arah belakang aku balik. Masa itu keadaan dah jadi kelam kabut dah, tak pasal-pasal ramai yang menangis tiba-tiba. Miss Chen terpaksa hentikan pembelajaran masa tu, dan siap pesan supaya ambil wuduk dan baca Yaasin beramai-ramai. (Bertuah ada teacher bangsa cina yang memahami ni.)

Creepy Pasta Where stories live. Discover now