BAB 1
Mata dipejam. Tangan naik memicit kepala. Apa yang dia baru lepas tengok sekarang ni? Siapa punya angkara yang cuba untuk melemparkan fitnah kepadanya? Apa yang pasti, video berdurasi satu minit itu sudah tersebar luas. Telah menjadi tontonan satu Malaysia,
Telefon bimbit berdering berulang kali. Dilihat nombor yang naik di skrin. Naik nama beberapa wartawan yang biasa berhubung dengannya. Tapi untuk kali ini, dia tidak berminat untuk memberi sebarang penjelasan.
"Malaun mana yang nak cari pasal dengan aku ni?" ada rasa marah yang menular di dada. Tapi dia kena bertenang. Marah tak akan selesaikan masalah.
Telefonnya berdering lagi. Naik nama pengurusnya.
"Hello, Aleeq. Kau dah tengok ke video yang tersebar tu?" Pagi-pagi lagi jantung dah nak gugur.
"Hmm...."
"Memang kau ke tu?"
Soalan Jazlan memang boleh mengundang kemarahan. Kalau soalan itu datang dari orang yang tidak dia kenali, boleh juga dia terima.
"Kau ingat aku tak ada iman ke wei? Waktu macam ni, boleh tak simpan sikit soalan bodoh tu?"
Ada tawa di hujung corong telefon. "Releks bro. Aku tahulah tu bukan kau walaupun video yang edit tu nampak gila macam kau. Kau rasa angkara siapa ni?"
"Entahlah. Malas aku nak semakkan otak aku nak fikir." Jari jemari menari di atas table top. Tidak dapat tidak, dia tetap akan mencari dalang di sebalik semua ini?
"Press ada call?"
"Ada..." Kaki dibawa ke peti. Mengeluarkan susu sebelum dituangkan di dalam cawan. Bangun pagi je kepala disesakkan dengan gossip yang tidak masuk dek akal.
"Hmm, buat masa ni kau tak payah pergi latihan. Kau releks je kat rumah tu. Hal pasal media, biar aku settlekan. Orang yang buat ni memang saje je nak buat focus kau teralih."
"Okay." Telefon diletakkan di atas table top.
Jari kembali bergerak ke skrin. Membaca tajuk dari laman sesawang. Bagaimana orang boleh memfitnahnya begini? Adakah ini cara musuh untuk merosakkan kerjayanya? Dia ni atlet sukan. Bukannya selebriti.
VIDEO GAY ALEEQ EBRAHIM TERSEBAR DAN MENJADI BUALAN NETIZEN.
Jari bergerak menekan ruang komen. Dengan lafaz bismillah, dia memberanikan diri untuk membaca komen netizen.
Isketambola: rupa elok tapi mengamalkan hubungan songsang. Bluwek!
Reny: Sayanglah kalau betul gay. Fitnah je kot.
Nur Suraya: Betul ke tu dia? Kalau fitnah sia-sia je kita dapat dosa kering.
Azrul : Adoih, dah habis perempuan sampai dengan lelaki pun jadi?
Hantu pocong : boleh tinggalkan nombor telefon? Kalau saya sunyi tahulah nak cari siapa.
Okay dah cukup. Sungguh Aleeq sendiri tak mampu untuk meneruskan bacaan. Boleh tercabut nyawa dibuatnya. Dia sendiri naik jijik melihat video tersebut.
Tak. Dia tak boleh tinggal diam. Lantas dia mendial nombor Josh yang merupakan seorang penyiasat persendirian. Pasti dengan mudah dia menyelesaikan semua masalah ini.
"Hello Josh."
"Yes bos! Ada job untuk aku?"
"Kau dah tengok video tu ke?" Tak lain tak bukan, Josh dah tengok.
"Benda dah tersebar bos. Satu Malaysia dah tahu. Bos nak aku siasat?" Seperti biasa Josh sentiasa bijak mengetahui isi hati Aleeq.
"Yes! Cari siapa jembalang yang sebarkan berita ni. Dan cari orang pertama yang jaja cerita tak bertamadun ni."
Penumbuk dah dikepal. Bersembunyi di sebalik keyboard memang satu kerja yang mudah. Kerja mencari salah dan menyebarkan gossip memang serah dekat netizen tu.
"Okay bos!"
"Payment nanti aku transfer. Kau whatsapp je berapa." Tutur Aleeq sebelum memutuskan talian. Rambut yang sudah sedia serabai, dikuak ke belakang.
Kepala yang pening dipicit perlahan. Kalau ya pun nak fitnah, tak ada modal lain ke? Kenapa perlu gay? Ergghh...
Bertalu-talu panggilan dari pelbagai wartawan diterima hari ini. Menjadikan hari seorang Aleeq cukup serabut dan sesak. Dia sampai fobia nak pegang phone sendiri.
Nama umi naik di skrin telefon. Perkara yang paling dia takut, berlaku juga.
"Assalamualaikum Abang, apa yang ibu tengok ni? Betul ke itu Abang?" Dada kiri sudah terasa sakit. Video yang ditonton tadi memang boleh buat dia kena serangan jantung.
"Waalaikumusalam umi. Bawak bertenang. Mestilah tu bukan Abang." Tenang suara Aleeq memberi penjelasan. Abang adalah kata ganti diri yang digunakan untuk ahli keluarganya.
"Habis tu, video tu edit? Tapi muka dia memang nampak macam Abang."
"Bukan abang umi. Abang tak buat kerja-kerja terkutuk macam tu." Pastilah umi risau dengan apa yang berlaku sekarang.
"Siapa yang rajin sangat nak edit tu? Umi tak sedap hati betullah. Gay tu berdosa besar bang. Allah laknat manusia yang menjalinkan hubungan sejenis ni." Tazkirah umi lagi.
Sambil memejamkan mata, Aleeq mengangguk. Tidak perlu umi jelaskan pun, dia sudah sedia maklum hukum tuhan yang satu itu.
"Yang penting sekarang, umi tak percaya kan yang itu abang?" Paling penting ialah kepercayaan umi padanya.
"Umi kenal anak umi. Tapi siapa yang nak perdajal anak umi ni? Abang ada musuh ke?" Terjah umi lagi. Nadanya penuh kerisauan.
"Manalah abang ada musuh umi..." Kalau ada pun musuh di dalam gelangang sahaja.
Jeda.
"Umi... kenapa diam je ni?"
"Entah-entah..." Suara Hajah Kamsiah sudah tenggelam timbul. Kerisauannya makin membukit.
"Entah-entah?" Diulang ayat uminya.
"Lelaki tu ada mintak duit hari tu. Tapi umi tak kasi. Jangan-jangan semua ni angkara dia?" Dia tidak berniat untuk mengaitkan lelaki itu tetapi mereka harus fikirkan semua kemungkinan yang ada.
Fikiran Aleeq jadi celik. Kenapa dia tidak terfikirkan lelaki itu? Tapi tak kan dia? Masa dia sanggup bertindak sejauh ini?
"Kalau betul dia...."
"Umi....." suara Aleeq naik sedikit. Menahan umi dari meneruskan kata. Dia tidak mahu perkara ini menjejaskan kesihatan uminya.
"Abang akan selesaikan masalah ni. Esok lusa, ada gossip lain, orang akan lupalah benda ni." Pujuk Aleeq lembut. Jika umi berada dihadapannya tika ini, pasti tubuh itu sudah dipeluk. Cuba menenangkan sebelum talian diputuskan.
Baru sahaja Aleeq nak sambung berehat, masuk satu notifikasi. Mesej yang diterima buat kemarahan Aleeq jadi makin menggelegak?
Dah jadi gay sekarang? – Dia
Lelaki ini memang tak sudah-sudah menganggu hidupnya. Apa yang dia mahu? Nak duit lagi? Penumbuk dikepal.
"Kalau semua ni berpunca dari kau, kau memang syaitan!" Rahang Aleeq bergerak menahan rasa sakit di dada.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin
RomanceBlurb : Nama: Aleeq Ebrahim Kerjaya : Atlet Badminton Negara Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka Nama : Rian Cempaka Kerjaya : Pereka Kasut Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, A...