Bab 3

176 15 1
                                    

BAB 3

Sedang Rian sibuk dengan lakaran di atas meja, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Melihat nama yang muncul, jari terus menyentuh dada skrin.     

"Rian sibuk ke hari ni? Kata nak pergi rumah mama ambik baju yang ibu tempah hari tu. Jadi ke?" Suara ibu terdengar di hujung corong telefon selepas salam disambut.

"InsyaAllah pergi. Baju tu dah siap jahit kan?"

"Baju tu dah siap jahit. Tadi masa call mama, rupanya dah beberapa hari mama tak sihat. Kalau Rian free nak ambik baju tu, bolehlah melawat sekali." Mama itu merujuk pada pengasuh yang telah menjaga Rian dari kecil lagi

"Ya ke?" Kepala sudah menimbang kerja-kerja yang masih tertangguh. Dia perlu ke kilang untuk melihat sample kasut baru. Selain dari itu, rasanya dia tiada tugasan lain.

"Okaylah lepas balik dari kilang, Rian melawat mama. Ibu nak pergi sekali ke? Kalau nak, Rian ambik ibu dulu."

"Ibu ada kelas mengaji petang ni. Sayang pulak nak tinggal. Kirim salamlah dekat mama. Jangan lupa singgah beli buah tangan dulu."

"Okay." Dikemas kertas-kertas yang berserakan dan disusun di satu sudut sebelum mencapai beg tangan dan disangkut ke bahu.

"Hanis, aku nak pergi kilang ambil sample. Lepas tu aku tak masuk dah sebab nak jenguk mama tak sihat."

"Beres." Hanis sedang sibuk membungkus order yang diterima. Tak menang tangan juga dibuatnya.

Setelah selesai urusan di kilang, Rian terus menghalakan pemanduan ke rumah mama. Namun sebelum itu, Rian membelokkan stereng kereta ke deretan kedai berhampiran. Dia ingin membeli buah tangan buat mama.

            Usai memilih dan membayar, dia kembali bergerak masuk ke dalam kereta. Namun sewaktu memulas kunci, enjin tidak berjaya dihidupkan seperti biasa.

            "Kenapa pulak ni?" Rungut Rian.

            Kepala digaru. Membantu untuk berfikir. Dia ni dah lah bab kereta memang level 'bodoh' amat. Bonet dihadapan kereta dibuka. Walaupun belum tahu tentang kerosakannya, tapi dia hampir pasti yang bateri kereta yang bermasalah.

            Tepat sangkaannya apabila melihat tarikh yang tertera. Bateri kereta sudah menghampiri tempoh tiga tahun. Telefon dicapai sebelum mendial satu nombor.

            "Hello, yes Rian." Suara garau Asraf menerpa peluput telinga.

            "Amboi ASP Asraf, jawab panggilan Rian pun dengar macam jawab panggilan dari balai. Suara tu tak boleh nak serius lagi ke?"

            Lepas tawa Asraf.

            "Yalah, Rian jarang nak telefon kalau tak ada urusan penting kan? Tak pun Rian telefon sebab nak mintak tolong?" Perli Asraf balik.

            "Eeeii... abang kan polis yang akan sentiasa berkhidmat untuk orang awam. Jadi sekarang Rian nak buat aduan."

"Aduan apa tu cik? Hati kena curi? Hati kena godam?"

"Sabar yang kena curi." Memang hampir hilang sabar.

"Huh?"

"Ni hah... kereta Rian ni tersadai kat kedai Ah Chong kat area rumah abang. Rian rasa bateri kong." Cerita Rian ringkas.

            "Rian buat apa kat area rumah abang tu?" Suara pelik Asraf kedengaran.

            "Rian datang nak ambik baju yang dah siap lepas tu ibu cakap mama abang tak sihat. Itu yang nak datang melawat."

Kawan Sampai Kahwin Where stories live. Discover now