BAB 5
Lama juga Aleeq habiskan masa menemani mama berbual. Habis semua album lama dibelek mereka. Sedikit sebanyak Rian lihat yang demam mama sudah kembali kebah bila bertemu anak asuhan kesayangannya itu.
"Hah, tengok ni ada pun gambar korang berdua..." Akhirnya, pencariannya berakhir. Gigih Puan Nasyitah membelek album lama.
Hampir serentak Aleeq dan Rian memandang potret wajah mereka berdua.
"Comelnya..." Puji Aleeq spontan.
"Memang dari kecik saya dah comel." Sampuk Rian. Entahlah, dia tak ingat satu pun kenangan antara mereka. Mungkin dia terlalu kecil waktu itu.
"Sorry sikit. Saya puji gambar saya ya." Tangan naik dan menunjukkan wajah dia sewaktu kecil.
"Tengok gambar awak ni... comot!" Sekeping gambar dihulur pada Rian.
Mengecil anak mata Rian. Ya tuhannya, selekehnya budak ni. Dengan rambut senget benget. Mukanya penuh coklat. Diperhatikan pula wajah Aleeq. Eh mamat ni kenapa kacak dari kecik? Dunia ni memang penuh dengan ketidak adilan kan? Huh.
"Dulu Rian selalu paksa Aleeq main pondok-pondok. Main kahwin-kahwinlah. Aleeq ikut je."
Ya Allah, janganlah diungkit cerita dua puluh tahun lepas. Sewaktu itu dia baru berumur lima tahun. Satu apa kenangan pun tak lekat di fikirannya. Siapa Aleeq pun dia tak ingat.
"Kalau Aleeq tak dengar cakap, mesti Rian akan gigit Aleeq. Sampai lebam kena gigit." Tambah Puan Nasyitah lagi.
Kali ini Aleeq muntahkan tawa. Teringat insiden tadi. Rian pula dah tak tahu nak sorok muka di mana lagi.
"Patutlah sampai ke besar suka gigit orang. Genetik drakula kuat sangat." Nada suaranya cukup kuat untuk singgah di peluput telinga Rian.
Rian gigit bibir. Hari ni memang habis subjek kenangan mereka belajar. Kalau tak mengenangkan yang dia hendak menunggu Asraf, pasti sudah lama dia angkat kaki.
"Ini pulak gambar korang bertiga. Asraf pun ada sekali. Asraf ni dari dulu kuat buli Rian, jadi sebab tu Rian suka mengadu dekat Aleeq. Aleeq pun pura-pura marah ke Asraf sebab nak jaga hati Rian." Makin panjang sejarah mereka belajar hari ini.
Tekun pula Rian dan Aleeq mendengar dan membelek gambar. Sebelum ini jarang pula mama bercerita tentang Aleeq kepadanya.
"Korang duduk dulu ya. Mama nak pergi solat Asar." Puan Nasyitah bangun dan meninggalkan keduanya.
"Dah pukul berapa ni. Awak tak nak balik ke?" Suara menyampah Rian kembali kedengaran. Mama dah tak ada jadi dia tak perlulah berpura-pura lagi.
"Oh, saya tunggu Asraf. Ada benda nak bincang." Berlama-lama di sini pun okay juga. Dia pun tiada sebarang aktiviti. Nak keluar pun tak boleh nanti dikejar wartawan.
"Saya pun tunggu Asraf jugak." Eh, mamat ni nak berebut dengan dia ke macam mana? Dia perlukan Asraf untuk Asraf selesaikan masalah keretanya itu. Asraf ni pun satu hal. Janji pukul lima tapi batang hidung pun tak nampak lagi.
"Awak dah kahwin?" Takut juga hendak membawa balik isteri orang nanti.
"Soalan ni memang soalan favorite semua orang ke?" Baik dari mak nenek sampai ke budak baru dapat bercakap. Semua orang nak angkut soalan tu dalam perbualan.
"Sah belum kahwin." Omel Aleeq. Dari reaksi Rian itu pun, dia sudah dapat meneka.
"Apahal pulak?"
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin
RomanceBlurb : Nama: Aleeq Ebrahim Kerjaya : Atlet Badminton Negara Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka Nama : Rian Cempaka Kerjaya : Pereka Kasut Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, A...