Pulang dari hospital semalam, Aleeq terus menghantarnya ke rumah. Lelaki itu melarang dia untuk kembali ke studio. Mereka juga tidak ke hospital melawat mama. Kata Aleeq, dia sudah menyuruh uminya untuk membawa sup ketam kepada mama. Jadi, dia sekadar berehat di rumah sahaja.
Pagi ini dia bergerak ke studio menggunakan kereta miliknya memandangkan keretanya sudah siap dibaiki petang semalam.
Masuk ke dalam studio, Hanis terus menerjah dirinya.
"Aku call kau dari malam tadi Rian. Kau ke mana?" Suara cemas Hanis menerpa peluput telinga.
"Oh.. aku buat silent mode kot. Kenapa? Ada hal yang urgent ke?" Dia terlalu penat semalam. Dia cuma sempat menghantar pesanan ringkas pada Hanis yang dia tidak masuk ke studio.
"Jadi sampai sekarang kau masih tak tahu apa yang jadi?" Melihat pada reaksi pasif Rian itu, Hanis hampir yakin yang Rian masih tak tahu apa-apa.
"Apa dia? Apa yang jadi? Gossip artis mana pulak kali ni Hanis.." Bilalah Hanis ni nak pencen dari jadi presiden netizen. Membawang aje kerjanya.
"Weh, kali ni bukan pasal gosip artis. Tapi gosip pasal kau. Kau tau tak yang kau dah viral?"
"What?!" Jatuh rahang Rian. Otak masih belum berfungsi dengan baik. Atas alasan apa dia viral?
"Kau tak cerita pun kat aku yang Aleeq Ebrahim selamatkan kau semalam."
"Huh?!" Ah sudah. Adakah ini ada kena mengena dengan insiden yang berlaku semalam.
"Mana.. tengok? Aku viral kat mana?" Tangan sudah ditadah. Meminta telefon bimbit milik Hanis.
"Semua laman sosial baik Twitter, IG, FB... semua tengah hangat cerita pasal hal Aleeq selamatkan kau. Macam mana kau dengan Aleeq boleh ada pada satu masa yang sama?"
Namun bila Rian mainkan video yang tular itu, barulah dia mengerti. Rupanya, ada netizen telah merakam insiden Aleeq yang bertindak selaku hero ketika menyelamatkan dirinya. Dalam video itu, Aleeq dilihat sangat cekap menundukkan pesakit berkenaan.
Diberanikan diri untuk membaca ruang komen.
Oh my god! The way Aleeq tarik perempuan tu ke belakang dia, sumpah macam dalam cerita korea bila hero selamatkan heroin – Fatiah Zohar.
Untunglah perempuan tu diselamatkan oleh Aleeq Ebrahim. Dia smash lelaki tu macam smash dalam gelanggang badminton je. – Zereny
Sumpah aku nak jadi perempuan tu. Cool gila AE! – Farahanum
Siapakah gerangan perempuan dalam video ni sebab comel. Aku berminat nak jadi hero dia dunia akhirat – Zakry.
Weeii.. Saya kenal perempuan ni. Dia founder Mimpi Rian. Jenama kasut yang saya selalu beli. – Izzati Aisyah
Dari cerita gay, dalam sekelip mata nama Aleeq dah bertukar menjadi hero. Fuh, hidup memang penuh kejutan – Zati Mohd
Kalau tengok video last tu, nampak Aleeq caring sangat kat perempuan tu. Dia orang ada apa-apa ke? Tengah dating kena kacau ke? hihi – Najwa Ulfah
Curios ni. Kalau tak kenal, kenapa Aleeq sanggup terluka sebab perempuan tu? harap netizen siasat hal ni. – Jaja Ahmad
I WAS THERE! Keadaan sangat panic okay. Nak tahu satu rahsia tak? perempuan tu bukan diselamatkan dengan sengaja oleh Aleeq. Aleeq memang kenal perempuan tu. Tu je info setakat ni. Kbai! – Syuhada
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin
RomanceBlurb : Nama: Aleeq Ebrahim Kerjaya : Atlet Badminton Negara Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka Nama : Rian Cempaka Kerjaya : Pereka Kasut Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, A...