BAB 6
Mereka berdua beriringan ke meja yang menempatkan keluarga Aleeq.
"Umi, abi, Aira... kenalkan kawan Aleeq. Rian." Tenang Aleeq memperkenalkan Rian pada keluarganya.
Dengan sopan Rian bersalam dengan umi Aleeq. Namun sewaktu dia ingin menarik tangannya, umi Aleeq menarik tubuhnya sebelum mencium kedua belah pipinya. Kenapa perasaan ni macam jumpa mentua betul-betul ya? Sewaktu berjumpa dengan mama Dhani dahulu pun, mama Dhani tak pernah semesra ini.
Pada bapa si Aleeq, Rian sekadar menundukkan pandangan sebelum beralih pada seorang perempuan yang membebel pada Aleeq tadi. Ini pasti adiknya.
Aleeq menarik kerusi bersebelahan dengannya. Mengisyaratkan agar Rian duduk di situ.
"Muka Kak Rian macam familiar. Akak ni founder jenama Mimpi Rian kan?" Air memulakan perbualan. Boleh jadi dia tersalah orang tapi rasanya tekaannya tepat.
Wajah gugup Rian terus bertukar tenang. Tak sangka yang Aira mengetahui jenama kasut miliknya.
"Haah."
"Tadaaa! Kebetulan betul malam ni Aira pakai koleksi MR." Bangga Aira tunjukkan kasut yang tersarung di kaki.
"Eeeeiii... Aira pakai koleksi Jelita. Sesuai dengan Aira." Rian tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.
Berubah air muka Aleeq. Tidak menyangka yang Rian merupakan founder pada satu jenama kasut.
"Oh, kasut yang selalu Aira beli setiap keluaran tu, jenama kasut Rian ke?" Sambil berbual, Puan Kamsiah menyedokkan nasi ke dalam pinggan.
"Haah umi."
"Bagusnya. Muda-muda dah meniaga sendiri." Puji umi.
"Alah, business kecik-kecik je."
"Hish, business besar pun semua bermula dari kecil-kecilan. Orang Malaysia pun boleh support produk melayu yang tak kurang hebatnya tu."
"Makan dulu uminya pun... budak-budak dah lapar tu." Kali ini Encik Sabri bersuara. Isterinya kalau dapat bercakap, memang lupa nasi depan mata.
"Hah, nak cedoklah ni... abang ni tak menyempat." Diletakkan nasi di dalam pinggan suaminya.
Layanan mesra keluarga Aleeq sedikit sebanyak menghilangkan canggung yang ada. Rasa selesa mula kuasai diri. Mereka makan sambil berbual ringkas.
Puan Kamsiah pula tidak lepas dari memandang wajah Rian. Hatinya jatuh suka dengan perilaku gadis ini yang begitu pandai membawa diri. Gadis ini tidak terlalu mencuba untuk diterima.
"Maaflah Rian. Sebab mengejut nak jumpa Aleeq tadi. Terpaksa Rian datang sekali." Kagum juga sebab Rian tidak menolak pelawaannya itu. Adakah hubungan mereka memang betul-betul serius? Atau semua ini sekadar lakonan untuk mengaburi gossip gay yang tersebar.
"Tak ada apalah mak cik. Kebetulan saya pun lapang."
"Apa panggil mak cik. Panggil umi je." Aira mencelah.
"Betul tu. Panggil umi je, Rian." Puan Kamsiah tersenyum simpul.
Melihat penerimaan mesra uminya ini, Aleeq rasa dia bakal ada masalah besar selepas ini. Dikerling pada Rian yang begitu pandai membawa diri.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin
Roman d'amourBlurb : Nama: Aleeq Ebrahim Kerjaya : Atlet Badminton Negara Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka Nama : Rian Cempaka Kerjaya : Pereka Kasut Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, A...