Part 10

221 15 1
                                    

Diperhatikan air muka Rian yang bertukar merah. Sikit lagi asap nak keluar dari telinga dia.

"Media memang tak reti nak semak kesahihan berita dulu ke sebelum nak sebarkan cerita? Buat kerja macam orang tak ada etika je." Bebel Rian memulakan mukadimah. Artikel yang dibaca tadi sangat tak boleh diterima dek akal.

ALEEQ SELAMATKAN BAKAL TUNANG DARI DISERANG PESAKIT MENTAL.

"Tak boleh jadi macam ni. Saya nak jumpa wartawan tu. Pandai-pandai je dia cakap kita bakal bertunang? Info dari sumber terdekat? Sumber mana yang dia jumpa tu? Sumber dari Negara Uganda? Huh!" Marah Rian tak simpan. Dilepas satu persatu dihadapan Aleeq tika ini. Lantaklah Aleeq nak fikir apa pun.

Ditolak minuman ke hadapan Rian. Moga tenang sikit kemarahan gadis itu.

"Sabar Rian, sabar. Cuba bawak bertenang. Saya datang ni nak ajak berbincanglah." Ditenangkan kemarahan Rian yang memuncak itu.

Kalaulah Rian tahu yang semua ni kerja Jazlan, memang matilah mereka berdua dikerjakan dek Rian. Silap hari bulan kena gulai jadi masak lemak cili api. Dicicah pula dengan sambal belacan. Haru!

"Yalah, saya fahamlah kalau video awak selamatkan saya tu viral tapi agak-agaklah bila portal tu cakap yang saya ni bakal tunang awak. Sekelip mata statement tu dah bawak effect yang besar dalam hidup saya." Rungut Rian sedikit mengeluh.

Telefon yang berada di atas meja dicapai. Aplikasi Instagram ditekan.

"Awak tengok ni, semua peminat fanatik awak dah berkampung kat IG saya. Bila saya privatekan IG, dia serang IG Mimpi Rian pulak." Dihala sedikit skrin telefon ke mata Aleeq. Biar Aleeq baca satu persatu yang ada di situ.

Tak tidur malam dibuatnya apabila membaca komen komen yang ada. Walaupun kebanyakkannya melahirkan komen positif namun masih terdapat komen yang kurang menyenangkan.

"Tengok Atifah ni cakap apa. Ni ke kekasih Aleeq? Cermin rumah dia pecah ke?" Sah minah yang komen ni judgemental gila.

"Tengok komen ni pulak. Mentang-mentang cantik so dia gunakan kecantikan dia untuk rembat lelaki kaya. Untunglah.." Mata Rian dah naik juling ke atas. Turut menggunakan intonasi negative seperti si tukang komen.

"Aku syak Aleeq kena manderam ni." Dibaca komen seterusnya. Komen yang satu ini memang nyaris sahaja membuat sabar Rian hilang. Hampir sahaja tangannya mahu membalas komen tersebut. Argggh, geram!

Walaupun Aleeq ini hanya sekadar atlet dan bukannya selebriti, tapi tak sangka sebegini ramai peminat dia. Susah juga bila jadi Atlet yang ada rupa ni ya?

Jari bergerak lagi di dada skrin.

"Okay ni lagi menyakitkan hati. Ala, founder kasut jenama entah apa-apa ni mesti nak tumpang glamor Aleeq je." Ya tuhan, sakitnya hati!

Selepas membaca semua komen yang ada, tiba-tiba Rian rasa yang hak privasinya telah dicerobohi sedangkan dia bukan instafamous mahupun artis terkemuka. Dia hanya mahu fokus dalam dunia perniagaaanya. Bukan juga mahu menumpang populariti sesiapa.

Belum sempat Rian membaca komen seterusnya, Iphone ditangan sudah disambar oleh Aleeq.

"Dah, jangan baca. Biar saya tukar setting IG supaya dia orang tak boleh tinggalkan komen."

"Jangan!" Halang Rian.

Terhenti tindak tanduk Aleeq yang baru sahaja hendak menukar bahagian setting.

"Nanti dia orang fikir yang saya ni pengecut. Kalau saya off comment, nanti saya macam mengiakan semua tomahan dan caci maki netizen." Iphone miliknya kembali dicapai dan diletakkan perlahan di atas meja.

Nafas ditarik dalam-dalam.

"Awak kena tolong saya clearkan semua ni. Awak kena bersihkan semua gosip bodoh ni melalui kenyataan media. Tak kiralah awak nak post kat IG ke atau nak hubungi wartawan tu ke... saya tak kisah. Yang pasti awak kena buat sesuatu sebelum keadaan jadi lebih buruk." Dia harap sangat Aleeq akan cepat bertindak.

Aleeq terdiam. Serba salah sendiri. Separuh dari hatinya ingin masalah skandal gaynya selesai dengan cara mengesahkan percintaanya dengan Rian. Separuh lagi pula memikirkan kesan sampingan yang terpaksa ditanggung oleh Rian.

Melihat wajah kusut gadis itu, jelas Rian rasa terbeban dengan semua yang berlaku secara mendadak ini.

"Rian... saya ada satu cadangan." Takut-takut Aleeq hendak mulakan bicara.

"... Dan saya harap awak pertimbangkan cadangan saya tu."  Sambung Aleeq sambil dalam hati melontarkan segala jenis zikir penenang. Berharap benar Rian tak bertukar menjadi gunung berapi.

"Cadangan apa tu?"

Aleeq tarik nafas dalam-dalam.

"Apa kata kalau awak jadi je kekasih olok-olok saya buat sementara." Bentang Aleeq serius.

"What? Kekasih olok-olok?" Suara Rian naik satu oktaf. Dia tersalah dengarkah?

"Ya." Aleeq cuba tenangkan diri sendiri bila dia tengok muka Rian macam nak telan orang sahaja.

Rian dah mula picit dahi.

"Rian, awak okay ke tak ni?"

"Aleeq, masa nak bentangkan idea ni, awak tak bawak panadol sekali ke?" Rian rasa dunianya sedang berputar laju.

Aleeq gosok belakang leher. Cuba menenangkan diri sendiri.

"Apa benda yang awak merepek ni Aleeq? Untuk apa saya nak jadi kekasih olok-olok awak tu?" Nada suaranya meninggi sedikit. Apa sahaja yang berada di fikiran Aleeq tika ini sehingga idea  yang dibentangkan hilang dari radar akal yang waras?

            "Rian, alang-alang benda ni dah viral, saya minta tolong sangat supaya awak mengiakan semua berita tentang percintaan kita. Berita ni sedikit sebanyak akan... buat orang lupa pada skandal gay saya. Benda ni akan buat netizen percaya yang saya tak ada hubungan songsang seperti yang diviralkan." Dia tahu, ideanya ini kedengaran sungguh pentingkan diri sendiri. Tapi seperti kata Jazlan, mereka harus menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan namanya.

            "Oh, sebab nak bersihkan nama awak, awak nak jadikan saya sebagai kambing hitam?" Amboi, singkat betul pemikiran mamat ni?

            "Bukan macam tu, Rian."

            "Aleeq, idea awak ni menarik tapi saya nasihatkan awak tukar heroin lain. Ramai lagi yang lebih layak untuk awak jadikan kekasih. Tak kiralah kekasih betul-betul ke olok-olok ke asalkan bukan saya." Tegas Rian. 

            "Saya tahu, awak susah hati bila terpalit dengan benda ni semua. Tapi saya janji yang benda ni tak akan lama."

            "No!" Tolak Rian lagi. Keras.

            "Okay Rian, saya tahu sekarang awak tengah marah. Jadi saya beri masa awak dua hari untuk fikir baik buruk semua ni. Saya akan telefon awak semula."

            Rian menggeleng. Masa tak akan mengubah keputusannya.

            "Dua hari nanti, jawapan saya masih sama Aleeq Ebrahim. Saya. Tak. Nak. " Tegas nada suara Rian sebelum bangun dan meninggalkan Aleeq terkebil sendiri.

            Tapak tangan Aleeq naik dan menepuk dahi sendiri. Argh, kenapa Aleeq rasa yang Rian memang tak akan setuju dengan ideanya itu?   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kawan Sampai Kahwin Where stories live. Discover now