BAB 4
Sesaat.
Dua saat.
Sumpah Rian tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Kau akan dihukum pancung mandatori, Rian Cempaka!
"Astarfirullahalazim... apa dah jadi ni?" Muncul mama dari balik pintu slinding door. Pelik melihat Rian yang terduduk di atas lantai rumahnya.
Serentak Aleeq dan Rian berpaling.
"Eh, Aleeq pun ada?" Tidak dapat ditutup rasa terkejut dengan kehadiran Aleeq. Bahkan kedua anak asuhannya ini datang secara serentak begini.
Lambat-lambat Rian bangun. Mengibas sedikit punggung. Dia jadi naik segan untuk melihat wajah lelaki di sebelahnya. Itulah, pandai-pandai sangat jatuhkan tuduhan melulu kan? Siap pakej mengigit lelaki tu lagi.
Aleeq turut bangun. Mengawal air muka kesan dari digigit tadi. Tangannya masih lagi terasa perit.
"Assalamualaikum ma. Mama sihat?" Topeng yang dipakai tadi disimpan di dalam kocek. Sebab topeng nilah, tak pasal-pasal dia kena gigitan percuma. Dia pakai pelitup ni untuk melindungi diri dari wartawan dan orang awam.
"Waalaikumusalam. Kenapa datang tak beritahu?" Wajah Puan Nasyitah lebar dengan senyuman. Rindunya dia pada Aleeq.
"Saje nak buat surprise. Tapi tak sangka Aleeq pulak yang dapat surprise percuma." Akibat dari menyelamatkan gadis ini dari digigit anjing, alih-alih dia pulak yang kena gigit.
"Surprise apa tu? Kenapa korang berdua duduk atas lantai tadi?" Dipandang keduanya silih berganti.
"Errr.. mama dah sihat belum ni? Ibu cakap mama tak sihat sangat?" Laju Rian memotong cerita. Tangan Puan Nasyitah disalam sebelum melabuhkan ciuman di pipi tua itu.
"Dah dua hari ma demam. Tapi bila tengok kamu berdua kat sini, terus kebah demam ma. Eh, masuklah..." Batuk-batuk kecil mengiringi suara Puan Nasyitah.
"Duduk dulu. Ma pergi buat air..."
"Alah maa.. tak payah susah-susah. Biar Rian bancuhkan air. Ma pergilah berbual dengan Aleeq." Sungguh, dia langsung tidak berani untuk menatap wajah Aleeq. Malunya bukan kepalang lagi.
Melangkah sahaja kaki ke dapur, Rian tepuk dahi sendiri berulang kali. Belum habis menyumpah diri sendiri.
"Kenapa kau gigit dia Rian? Dia tu dah selamatkan kau dari anjing tadi tau!" Suaranya naik memarahi diri sendiri. Tangan naik memegang kepala sendiri.
"Tapi masa tu aku panik. Aku ingat dia perompak jadi sebab itulah aku ter-gigit dia." Satu suara lagi keluar untuk membela diri sendiri.
"Lagipun aku gigit skala satu je. Mungkin tak sakit sangat." Yakin je Rian nak sedapkan hati sendiri.
"Ehem..." Aleeq bersihkan tekak. Tak sakit dia cakap?
Suara deheman itu buat Rian dipaku. Mamat tu ada kat dapur ke? Alamak, aku nak buat apa ni? Kalau menyorok dalam cabinet mama ni muat ke tak eh? Alangkah bagusnya andai dia ada kuasa untuk menghilang saat ini.
"Boleh tepi sikit tak? Saya nak basuh tangan." Pinta Aleeq memandangkan gadis itu berdiri betul-betul dihadapan sinki.
Tanpa sedikit pun berpaling, Rian menapak dua langkah ke tepi. Ya tuhan, cepatlah mamat ni ke ruang depan semula.
"Awak ni drakula ke apa?" Dikibas tangan yang terasa pedih.
What? Drakula dia cakap? Mamat ni memang mintak kena starlight atas dahi betullah.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin
RomanceBlurb : Nama: Aleeq Ebrahim Kerjaya : Atlet Badminton Negara Pakar dalam memancing kemarahan Rian Cempaka Nama : Rian Cempaka Kerjaya : Pereka Kasut Stok sabar selalu habis bila berhadapan dengan Aleeq Siapa sangka setelah berbelas tahun berlalu, A...