Bab 1

715 51 8
                                    

Sempena dengan tahun baru 2021,KQ Entertainment telah memberikan cuti kepada semua artis dibawah syarikat itu. Termasuklah Ateez.

______

Di asrama Ateez

"Yahoo!  Cuti 3 hari!" Jerit San dengan gembira lalu dia menghempaskan diri di atas sofa. "Bolehlah rehatkan diri. Kesihatan itu penting"

"Kau tak payah nak gembira sangat. Bukan kau sorang je" ujar Wooyoung lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. San mencebik. "Suka hatilah. Hyung. Cuti ni hyung nak balik ke?" Soal San kepada Seonghwa yang duduk di sebelahnya.

Seonghwa memikirkan kata-kata San itu dengan dia memandang ke atas siling asrama. "Aku tak balik"

"Kenapa hyung tak balik?"

"Sebab Hongjoong tak balik" Seonghwa membentuk senyuman tidak ikhlasnya kepada San. Lalu dia berjalan ke arah biliknya dengan Hongjoong.

"Macam tu pula hyung ni. Nak ber'sweet-sweet' lah tu dengan Hongjoong hyung" San terkekeh. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk. San menoleh ke tepi. Rupanya Hongjoong melihatnya dengan pandangan tajam.

"Opocot! Hyung! Apa ni??? Takut orang"

"Tahu tak apa. Boleh pula kau kata macam tu"

San melihat Hongjoong berlalu pergi. Dengan suara yang perlahan dia berkata, "Dah memang betul pun kan"

Hongjoong berpaling ke arah San dengan pandangan tajamnya lagi.

"Eh? Hyung dengar? Kuat sangat ke? Hehe maaf hyung gurau-gurau"

Hongjoong mengecilkan matanya. Dia membuat tanda I'm watching you kepada San. San mengangguk laju. Jangan main-main dengan ketua Ateez ni.

"Kau ni suka sakat Hongjoong hyung tu" sampuk Mingi. San tersengih

"Itu cara aku tunjuk yang aku sayang dia"

"Apa-apalah,San. Cuti ni kau balik?"

San mengangguk.

"Korang berdua?" Tanya Mingi kepada Yunho dan Yeosang.

"Balik" Yeosang memberi jawapan ringkas.

"Aku balik sebab aku nak bawa adik aku pergi jalan-jalan. Walaupun ada covid sekarang"

"Jalan-jalan tu boleh tapi hati-hatilah" pesan Mingi. Yunho tersenyum dan membuat tabik.

"Baik bos. Sayang juga kau dengan aku ya,Mingi. Cium sikit"

A/N : 미안해 윤호 오빠ㅏㅏㅏㅏㅏㅏㅏ

Yunho memuncungkan bibir dan mendepakan tangannya seperti mahu memeluk Mingi. Hampir dipeluk dan dicium,Mingi menjauhkan diri.

"Apa kau ni?? Dahlah aku nak pergi mandi"

Yeosang dan San tergelak melihat Yunho yang mencebik.

"Wei aku gurau je,Mingi"

"Kau cium pipi Yeosang tu" kata San. Yeosang menggeleng lalu meninggalkan mereka berdua.

"Tak apalah. Aku gurau je tadi tu. Aku nak masuk bilik. Da~"

San tergelak kecil melihat telatah kawan-kawannya tadi. Dia baru perasan yang Jongho tidak muncul dari tadi. Jadi,San berjalan ke arah dapur. Mungkin yang termuda itu ada di sana. Pada masa itu juga dia terdengar bunyi sesuatu jatuh lantas San berlari ke sana.

"Jongho!"

Jongho yang berada di atas kerusi memandang San dengan sengihan janggal. Dia menggarukan kepalanya.

"Maaf,hyung"

Ahli Ateez yang lain pula muncul.

"Kuali aku! Jongho!" Seonghwa menjadi geram dan sedih melihat kualinya yang telah rosak dan terbelah dua.

"Apa kau buat ni,Ho?? Sampai terbelah kuali Seonghwa tu??" Soal Hongjoong sambil bercekak pinggang.

"Aku rasa sebab tu,hyung" Wooyoung menunjukkan seekor lipas yang telah mati.

Mingi tergelak. "Kau guna kuali untuk matikan lipas tu?"

"Aku takut sangat" Jongho turun dari kerusi dan melutut depan Seonghwa. "Maaf sangat-sangat,hyung. Aku gelabah tadi. Sampai je kat asrama kita ni,aku masuk dapur sebab dahaga. Tiba-tiba je lipas tu melintas. Aku terhenti. Lipas tu pun sama. Aku tak tahu nak guna apa jadi aku gunalah kuali hyung. Maaf,Seonghwa hyung"

Seonghwa mengeluh dan mengurut dahinya. "Bangun"

Jongho menurut Seonghwa lalu berdiri. "Maaf lagi hyung..." Jongho menunduk sedikit.

"Tak apalah. Kita beli yang baru"

"Tapi hyung kan sayang kuali tu??" Tanya Jongho

"Yeah tapi tak apalah. Kuali je kan?? Dah kau pergi mandi"

Jongho tersenyum. Dia terus memeluk Seonghwa. Yang tertua itu tersenyum. "Cium hyung nak?"

Jongho terus melepaskan pelukannya dan menggeleng laju. Ateez tergelak besar. Mereka pun meninggalkan Jongho bersama Wooyoung.

Wooyoung berdiri kaku sambil tersenyum ke arah Jongho. Yang termuda sudah mula menjadi seram. "Hyung ni kenapa??"

"Seonghwa hyung kau tak nak cium. Jadi boleh Hoho cium hyung??"

"Tak nak! Hoho sesekali takkan cium hyung atau hyung lain"

"Oh~ tak nak ya?"

Wooyoung memegang sesungut lipas lalu melemparkannya kepada Jongho. Ia membuatkan Jongho berdesup masuk ke dalam biliknya. Wooyoung ketawa terbahak.

"Seronok juga usik dia tu. Haih" Ujar Wooyoung dengan membuang bangkai serangga itu ke dalam tong sampah.

_______

TBC

Oh, Baby! [C]Where stories live. Discover now