Dikala semua telah lena, Sung Il berjalan menuju ke asrama Ateez. Dia berhenti dan memandang tajam ke arah asrama tersebut. Sung Il perasan ada pondok pengawal di situ jadi dia bercadang untuk memasuki bangunan tersebut melalui pintu belakang.
Apabila sudah masuk ke dalam,Sung Il terus melangkah sehinggalah dia menjumpainya. Namun apa yang menjadikan lelaki itu geram ialah dia lupa akan sistem pintu dibuka. Pakai kata laluan.
Oleh itu Sung Il cuba mencungkil pintu asrama Ateez dengan satu batang besi. Yunho dan Jongho yang sedang menonton televisyen terdengar bunyi cungkilan itu. Mereka terus mematikan televisyen.
"Hyung. Bunyi apa tu?"
Yunho menggelengkan kepala. Mahu saja dia melangkah ke pintu dia ditarik bahu oleh Jongho
"Apa??" Tanya Yunho dengan nada perlahan.
"Bahayalah. Hyung tahu tak tu manusia. Dia tengah nak buka pintu asrama kita" kata Jongho dengan wajah berkerut.
"Hongjoong hyung tak balik lagi kan?"
Jongho menggeleng. Yunho segera berlari anak ke arah bilik Seongjong,diikuti oleh Jongho.
"Hyung. Hyung tolong buka pintu" kata Yunho sambil mengetuk. Seonghwa yang sedang mengeringkan rambutnya membuka pintu.
"Apa?"
"Ada orang nak ceroboh asrama kita" kata Yunho dengan nada cemas. Seonghwa membuntang mata. Dia memandang ke arah pintu.
"Korang berdua suruh Yeosang,Wooyoung,San dan Mingi masuk bilik hyung. Hyung nak telefon Hongjoong dan manager hyung. Cepat"
Yunho dan Jongho mengangguk. Seonghwa terus menelefon ketua Ateez dan pengurus mereka itu.
Hongjoong yang tersengguk-sengguk itu terkejut kerana nada dering telefonnya. Dia mengangkat telefon.
"Hello?"
"Joong. Balik cepat. Kita ada masalah"
"Ha?? Kenapa??"
"Yunho cakap ada orang nak masuk asrama kita. Aku tak tahu siapa ada. Tolong bagitahu manager hyung juga"
"Okey okey korang tunggu di situ. Aku balik sekarang"
Hongjoong terus mencapai beg kerjanya dan berjalan keluar dari studio.
"Hyung! Cepat ke asrama"
Manager hyung perasan wajah cemas Hongjoong lalu dia mengikut artis jagaannya itu.
_____
Seperti yang disuruh,ahli Ateez yang lain sudah berada di dalam bilik Seongjoong. Wooyoung dan San bermain dengan Hyun Soo. Sebenarnya bayi itu sedang tidur tapi dia terjaga dengan sendiri. Wooyoung yang mendukungnya.
Sung Il akhirnya dapat membuka pintu asrama Ateez.
"Aku tahu korang yang jaga anak aku! Mana dia!? Bagi anak aku balik!"
Tengkingan kuat Sung Il menakutkan Ateez. Mereka duduk dan merapatkan diri antara satu sama lain. Seonghwa menjadi geram. Dia mahu bangun dan berjalan ke arah pintu tapi tangannya dipegang oleh Yeosang.
"Hyung. Jangan"
"Tapi dia bising sangat"
"Kami tahu tu tapi jangan hyung. Lelaki itu berbahaya" kata Wooyoung pula. Seonghwa mengeluh. Dia duduk di hadapan Wooyoung.
"Woi! Aku tanya ni! Mana anak aku!?"
Sung Il berasa tidak puas hati. Mana mungkin tiada orang disini. Dia dapat dengar gelak dari dalam asrama tadi. Sung Il memandang ke sekeliling.
Tiba-tiba Hyun Soo menangis. Yang lain menjadi gelabah menyuruh bayi itu senyap. Sung Il menangkap tangisan tersebut. Dia tersenyum jahat.
"Korang bersembunyi dalam tu ya? Baik korang keluar sebelum aku pecahkan pintu ini"
Sung Il semakin dekat melangkah ke arah bilik Seongjoong. Ateez menjadi semakin takut. Mata Seonghwa berair dan ditutup rapat,merapatkan diri dengan adik-adiknya.
'Joong mana kau?'
Mahu saja Sung Il memecahkan pintu,dia merasakan ada muncung pistol di kepalanya. Gerakannya terhenti.
"Kim Sung Il. Jangan bergerak atau kami akan tembak" seorang pegawai polis memberi amaran. Sung Il melepaskan batang besi itu dan mengangkat tangan. Tanpa disangka dia menolak kuat pegawai tersebut dan cuba lari namun berjaya dipegang oleh Hongjoong.
"Kau jangan nak lari! Kau ganggu sahabat aku!"
Hongjoong menolak kuat Sung Il ke lantai. Dua orang pegawai polis terus menggari tangan dan memegang kakinya.
"Argh! Lepaskan aku!"
Seonghwa dan yang lain terus keluar dari bilik. Hongjoong terus berlari ke arah Ateez dan memeluk antara satu sama lain.
"Syukurlah korang baik-baik sahaja" ujar Hongjoong dengan risau.
"Hwa,kau nangis?"
Seonghwa menggeleng. Hongjoong tergelak. "Halah mengaku jelah"
Seonghwa tersenyum. "Haah aku nangis" dan ahli yang lain tergelak.
"Ateez tak apa-apa??" Gelabah Ceo KQ. Sekali dengan manager hyung.
"Mereka okey sahaja tuan" kata Hongjoong.
"Mana bayi tu?"
Wooyoung mendekati Ceo KQ dan lelaki itu memanggil ketua polis.
"Tuan. Saya sebenarnya nak melaporkan tentang bayi ini. Artis saya menjumpainya di sebuah lorong berdekatan dan menjaganya buat sementara waktu. Maafkan saya tentang hal ini" jelas Ceo KQ
Ketua polis yang dikenali sebagai Tuan Lim itu memandang seketika Hyun Soo.
"Kalau macam tu kita kena umumkan pada orang ramai tentang bayi ini. Ateez,encik dan tuan sila ikut saya ke balai untuk memaklumkan perkara tentang bayi ini dengan lebih lanjut"
Mereka semua mengangguk. Ateez terus bersiap
_____
Berita tentang bayi yang dijaga oleh Ateez telah diketahui dunia. Ramai orang yang memberi respon sama ada positif dan negatif. Atinys berasa bangga dengan tindakan Ateez yang berperikemanusiaan yang sanggup menjaga Hyun Soo.
Hal ini telah sampai ke pengetahuan Shin Ah. Hirupan kopinya terhenti apabila ternampak gambar Hyun Soo di kaca televisyen. Matanya berair
"Anak...eomma..."
_____
TBC
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...