Ateez diberi cuti selama 2 hari dan selama 2 hari itulah mereka menjaga Hyun Soo.
Telefon milik Hongjoong berdering mengganggu tidur tuannya. Dengan mamai dia mengangkat panggilan itu.
"Hello..."
"Joong! Habislah kita!"
Mata Hongjoon terbuntang. Dia lantas bangun dari pembaringan.
"Kenapa hyung!?"
Suara dari Hongjoong membangunkan Seonghwa. Dia baru saja nak lena tidur kerana Hyun Soo semalaman tidak masuk ke alam mimpi. Asal nak tidur mesti bayi itu akan menangis. Apabila pagi sudah menjelma akhirnya Hyun Soo terbuai. Seonghwa dah dapat peluang tu tapi Hongjoong pula ganggu dia.
"Wei apa kau jerit ni Joong?? Aku nak tidurlah. Nanti Hyun Soo bangun aku tak boleh nak lelap lagi" kata Seonghwa dan dia menyambung lelapnya.
"Maaf Hwa. Apa dia hyung??"
Hongjoong melangkah ke arah katil bayi Hyun Soo. Senyumannya terbentuk.
"KQ Pdnim nak lawat korang esok"
"Ha??" Hongjoong terus menutup mulutnya. Dia melihat Hyun Soo semula takut bayi itu terjaga. Mujur tidak. Hongjoong berjalan keluar dari bilik mereka berdua.
"Apa maksud hyung ni??"
Manager hyung mengeluh. Takkan tak dapat tangkap. "CEO nak tengok keadaan korang di asrama!"
Hongjoong menjauhkan telefon dari telinga. Alamak. Macam mana ni??
"Maaf,Joong. Hyung terpaksa bagitahu pasal Hyun Soo pada dia"
"WHAT!?"
Tengkingan Hongjoong membangunkan semua penghuni di dalam asrama termasuklah Hyun Soo dan bayi itu mula menangis.
"Yah! Mulut kau tu tak boleh nak zip ke???" Marah Seonghwa dengan Hyun Soo dalam dukungannya.
"Hyung kenapa ni??" Kata Yunho. Yeosang,San,Mingi,Wooyoung dan Jongho juga keluar dari bilik masing-masing.
"Macam mana nak zip?? Manager hyung kita bagitahu pasal Hyun Soo kat pdnim!"
"Apa!?!" - Ateez kecuali Hongjoong
"Hyung tersasul! Maaf!"
Keadaan menjadi senyap.
"Hyung ni-aish" - Seonghwa
Hongjoong mengeluarkan keluhan kasar. Dia mematikan panggilan. Tangannya turun dengan perlahan. Ahli yang lain tahu ketua Ateez akan berkata sesuatu.
"Kita kena mengaku juga dengan apa yang berlaku di asrama kita" ujar Hongjoong dengan muka pasrah.
Ahli yang lain juga begitu. Seonghwa memandang Hyun Soo lama sebelum memeluk si kecil itu dengan erat. Ada raut sedih di wajah pemuda itu.
_____
Shin Ah tidak dapat tidur. Matanya melekat pada siling biliknya. Naluri keibuannya kuat mengatakan yang bayi dipegang oleh Leena itu ialah anaknya.
Shin Ah bercadang untuk tidak meneruskan tidurnya. Dia bangun dan meninggalkan bilik lalu turun ke ruang tamu. Dia ternampak Puan Im sedang meminum secawan teh suam sambil membaca surat khabar.
"Eomma"
Puan Im menoleh ke tepi. "Shin Ah. Eomma ingatkan kamu sudah tidur. Duduk depan eomma tu"
"Shin Ah tak boleh tidur sebab fikirkan Soo Hyun"
Puan Im memandang gadis itu dengan rasa kasihan. Dia faham perasaan seorang ibu merindui anaknya.
"Shin Ah jangan risau. Esok kita buat laporan polis tentang kehilangan anak Shin Ah tu. Jangan bebankan sangat diri kamu tu. Nanti sakit lagi"
Shin Ah menongkat kedua belah pipinya. Tiba-tiba saja dia ingin rasa makan kek. Shin Ah berdiri dan meminta izin daripada Puan Im untuk keluar ke sebuah kafe. Dia mengambil hoodienya untuk dipakai dan berjalan keluar dari rumah diikuti oleh pemandu peribadi Puan Im.
Sepanjang jalan gadis itu hanya diam memerhatikan ke luar kereta sehinggalah mereka sampai ke kafe yang dituju.
"Ahjussi boleh tunggu saya di luar saja?" Pinta Shin Ah lembut kepada lelaki tua itu. Pemandu peribadi Puan Im mengangguk faham. Shin pun terus masuk ke dalam kafe.
Tidak sampai 10 minit Shin Ah keluar dari kafe tersebut. Dia tersenyum melihat kek vanila dan Latte Karamel suam di tangannya. Dia perasan yang pembantu peribadi Puan Im tiada di kereta. Jadi dia bercadang untuk masuk ke dalam. Namun tanpa sempat dia masuk,Shin Ah ditekup mulutnya membuatkan kek dan minumannya jatuh. Shin Ah ditarik jauh-jauh.
"Ummp!! Ummp!!"
Shin Ah ditarik ke satu lorong gelap. Pergerakannya dikunci. Terkejut Shin Ah melihat wajah si pelaku.
"Sung Il...oppa"
"Akhirnya dapat juga aku jumpa dengan kau"
"Apa oppa nak!? Lepaskan Shin Ah!" Gadis itu cuba untuk melepaskan diri tetapi pegangan Sung Il lagi kuat.
"Mana budak tu?! Aku nak dia! Kau perempuan bodoh menyusahkan orang tau tak!"
"Shin Ah pun tak tahu dia di mana!! Lepaskanlah Shin Ah!!"
"Kau tak tahu sebab kau dah tinggalkan dia di satu tempat kan???"
Shin Ah tersentak. Macam mana dia tahu??
"Aku nampak kau makin lawa lah. Kau tinggal di mana sekarang?" Tanya Sung Il sambil melirik diri Shin Ah dari atas ke bawah beberapa kali. Gadis itu mula berasa tidak sedap hati.
Shin Ah terus menumbuk muka Sung Il lalu melarikan diri. Sung Il mengejar gadis itu. Gadis tersebut bertemu dengan seorang lelaki dan memberitahunya tentang Sung Il sambil menunjukkan ke arah pemuda tersebut. Larian Sung Il terhenti. Dia patah balik dengan siulan keluar dari mulut. Shin Ah melepaskan nafas lega. Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut lalu pergi.
"Cik?? Cik pergi mana???" Tanya pemandu peribadi Puan Im dengan wajah risau. "Ma-maaf,saya terjumpa kawan saya tadi" Tipu Shin Ah. Pemandu peribadi itu mengangguk faham.
______
CEO KQ memandang Ateez dengan tajam. Masing-masing menunduk. Hyun Soo dalam dukungan Mingi. Manager hyung pula menjadi serba salah. Suasana senyap.
"Kenapa rahsiakan semua ni daripada syarikat?? Kim Hongjoong! Jawab pertanyaan saya!"
Ketua Ateez itu tersentak dengan tengkingan Ceo KQ. Dia menarik nafas panjang. Memandang lelaki itu.
"Baiklah,saya akan cerita macam mana Hyun Soo boleh ada di sini"
Maka,Hongjoong menjadi penglipur lara untuk 2 minit,menjelaskan semuanya pada Ceo KQ. Ahli yang lain dan manager hyung memerhatikannya.
"Jadi kami rahsiakan semua ni dari tuan sebab tak nak berlaku...kekacauan. Lagipun kami masih tidak tahu siapa ibu dan ayah dia" ujar Hongjoong lagi sambil menunjuk ke arah Hyun Soo yang bermain dengan Yeosang dan Jongho. Gembira sangat Hyun Soo.
Ceo KQ berfikir. Dia memandang satu persatu wajah ahli Ateez.
"Kita kena cari ibu dan ayah dia"
____
TBC
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...