Bab 8

297 34 13
                                    

Disebabkan hal kerja,Ateez meminta Leena untuk menjadi penjaga Hyun Soo. Jika mereka cuti,mereka yang menjaga bayi itu.

Pada pagi itu,Leena bergegas ke asrama Ateez untuk mengambil Hyun Soo. Pagi itu Ateez perlu bergerak ke Music Bank untuk persembahan lagu Inception. Leena tiba di sana dan mengetuk pintu.

"Selamat pagi,Leena. Masuklah" ucap Seonghwa mempersilakan gadis itu. Leena mengukir senyuman dan mengangguk lalu masuk ke dalam. Kelihatan Mingi sedang mendukung Hyun Soo.

"Ala comel pula Mingi oppa main dengan dia"
Pujian Leena membuatkan Mingi tersengih malu. Lalu dia memberikan Hyun Soo kepada gadis itu.

"Oppa dah siapkan barang semua ni" Seonghwa memberikan beg bayi kepada Leena.

"Baik,oppa. Mesti letih jaga Hyun Soo kan?"

Seonghwa menggarukan kepalanya dengan sengihan. "Haah,tapi tak apa. Kami suka"

"Okeylah kalau macam tu. Hyun Soo,lambai pada eomma,appa dengan hyung semua" Leena terkekeh dengan kata-katanya sambil memegang tangan bayi itu seolah Hyun Soo melambai. Seonghwa pula pasrah. Hongjoong tergelak kecil.

"Maaf oppa. Gurau gurau. Maaf ya hehe"

"Tak apa lah,Leena. Oppa redha je"

"Alah jangan macam tu. Erm,Leena belanja oppa?"

Seonghwa berfikir. "Oppa teringin nak makan piza. Boleh belanja? Malam ni Leena bagi"

Leena tergelak kecil. "Boleh saja. Dengan ahli yang lain juga"

"Tak payah,oppa sorang je"

"Hyung tak adillah macam tu. Kami nak juga" kata San.

"Haah,Sannie. Leena belanja kami juga eh? Jangan Seonghwa hyung saja" kata Wooyoung dengan senyuman manisnya.

"Boleh,Wooyoungie oppa"

"Yeay!" - Ateez

"Korang ni macam budak-budak. Dah cepat siap" kata manager hyung yang dari tadi tercegat lalu dia berjalan keluar dari asrama.

"Jumpa nanti Hyun Soo!" - Ateez

____

Pada masa itu,Leena sedang memasak makan tengah hari untuk dirinya sahaja memandangkan hanya dia berseorangan di rumah. Bersama Hyun Soo.

Suasana masih senyap. Sehinggalah dia terdengar tangisan dari Hyun Soo. Leena mematikan api gas dan bergegas mendapatkan bayi itu.

"Oh Tuhan kenapa nangis,sayang??" Leena terus mendodoikan Hyun Soo untuk membuatkannya tidur tapi tidak menjadi. Leena menjadi pelik. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Hyun Soo. Betul sangkaan gadis itu. Dia demam.

"Sayang sabar dulu ya,noona bersiap sekejap. Kita akan pergi ke hospital"

_____

Puan Im dan Shin Ah keluar dari bilik doktor dan beredar dari situ.

"Nampaknya kesihatan kamu semakin membaik. Syukur eomma dengar tadi"

Shin Ah tersenyum. Rasa sakit-sakit di badan hampir hilang. Dia masih perlu mendapatkan rawatan berkala untuk kecederaan di badannya.

Semasa sedang berjalan,Shin Ah terpandang satu poster besar bergambar bayi yang sedang menguap. Langkahnya terhenti. Dia mendekati poster itu. Matanya mula berair.

"Hyun...Hyun Soo...eomma rindu Hyun Soo..."

Puan Im perasan yang Shin Ah tidak bersama dengannya. Dia menoleh ke belakang. Dia terus berjalan ke arah Shin Ah apabila melihat gadis itu menangis.

Oh, Baby! [C]Where stories live. Discover now