Bab 4

378 42 8
                                    

Malam menjelma. Semua ahli Ateez telah tidur. Kecuali seorang sahaja,Hongjoong. Dia seperti biasa menyudahkan kerja yang masih ada. Setelah siap,Hongjoong mematikan komputer ribanya dan turun ke bawah untuk meletakkanya di atas meja.

"Huarghhh ngantuknya" kata ketua Ateez itu sambil menggeliat. Dia terpandang Seonghwa bersama dengan Hyun Soo. Seonghwa yang tidak berapa lena itu tidur dengan posisi mengiring menghadap Hyun Soo. Kepalanya ditongkatkan. Sebelah tangan menepuk-nepuk lembut bayi itu. Matanya tertutup. Dirinya diselimuti hingga paras pinggang. Hal itu membuatkan Hongjoong tersenyum kecil.

Senggukan sendiri membuatkan Seonghwa membuka matanya. Dia melihat Hongjoong yang masih dengan senyuman itu.

"Dah siap ke,Joong? Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Seonghwa. Hongjoong tersentak. Dia tersengih.

"Dah siap. Aku nak tidur"

Hongjoong berjalan ke arah katil Seonghwa. Dia mengusap pipi Hyun Soo. Seonghwa pula diam memerhatikan mereka.

"Selamat malam anak appa" dan dia mencium pipi bayi itu. Hongjoong memanjat naik ke atas katilnya.

"Sejak bila kau ayah dia??"

"Ai,petang tadi kan??"

Seonghwa tergelak. "Tahu"

Seonghwa tidak lagi menongkat kepalanya. "Selamat malam sayang" dan kemudian dia masuk ke alam mimpi.

Kita tahu sepatutnya katil yang Seonghwa guna itu ialah katil Hongjoong. Tapi ketua itu menyuruh Seonghwa tidur bersama Hyun Soo di bawah. Untuk keselamatan bayi itu juga.

______

"Good morning world-"

Wooyoung terus menutup mulut Jongho. Takut dia meninggikan suara lalu mengganggu tidur Hyun Soo.

"Kau ni dah lupa eh? Kan ada bayi dalam asrama ni??"

Jongho tergelak janggal. "Maaf hyung"

Bau yang sedap melintas di bawah hidung mereka berdua. Wooyoung dan Jongho berjalan ke arah dapur dan menemui punca bau itu.

"Pergh! Seonghwa hyung masak apa tu??" Soal Jongho. Seonghwa menoleh ke belakang. Dia menyuruh mereka diam. Kening Wooyoung dan Jongho ternaik,bertanya kenapa.

"Hyun Soo ada di ruang tamu tu. Jangan bising" pesan Seonghwa lalu menyambung masakannya.

Wooyoung dan Jongho melihat ke ruang tamu. Memang betullah kata Seonghwa hyung. Tapi apa yang tidak disangka Yunho,Yeosang,San dan Mingi,masing-masing berada di tepi sofa untuk melihat Hyun Soo.

"Awalnya korang bangun. Biasanya kalau cuti ni masing-masing bangun lambat"

Mereka menjeling Wooyoung. Kecuali Yeosang yang masih bermain dengan tangan kecil Hyun Soo. Wooyoung terkekeh.

"Maaf~"

"Korang. Sarapan dah siap" ujar Seonghwa dari meja makan. Yang lain terus berjalan ke arah sana.

"Hongjoong hyung tak bangun lagi?" Tanya San.

"Belum. Eh sekejap!"

Mereka berenam memandang ke arah Seonghwa. Wooyoung yang hampir mencapai senduk nasi terhenti.

"Ni dah basuh muka ke belum?"

Mereka tersengih dan menggeleng. Seonghwa membuat muka tegas. Melihat wajah tertua itu yang lain terus berlari ke arah bilik air. Takut pula kena marah dengan Seonghwa hyung. Pada masa itu juga Seonghwa terpandang Hyun Soo. Dia mengeluh kecil.

"Manalah eomma dengan appa kamu?"

*******

Kaki kurus itu melangkah laju dengan rasa ketakutan. Dia berpaling ke kanan dan menyorok di sebalik dinding. Ruang itu gelap dan sunyi. Matanya ditutup rapat. Dia memeluk kaki dan berharap yang mencari tidak menjumpainya.

"Shin Ah! Mana kau!? Keluar! Shin Ah!"

Shin Ah menutup telinganya kerana takut mendengar tengkingan daripada seorang lelaki. Air mata mengalir keluar.

"Kenapa kau bawa lari anak tu!? Kan aku dah cakap aku nak dia! Aku perlukan duit!" Marah Sung Il. Dia menggosok-gosok hidungnya. Nafsu dadah masih menguasai badan. Dia berasa sangat geram. Kerana Shin Ah dia tidak dapat 100 000 won untuk membeli heroin yang dia tagihkan. Dia mahu menjual anak mereka untuk dapatkan wang tersebut.

Shin Ah semakin kuat menangis. Dia menutup mulutnya agar tangisannya tidak didengari. Dia tidak menyesal meninggalkan Hyun Soo ditepi jalan. Dia berharap Hyun Soo dijumpai dan dijaga oleh orang yang baik.

"Shin Ah! Keluar! Aku tahu kau di sekitar kawasan ni!"

"Woi! Boleh diam tak!?"

Sung Il menoleh ke belakang. Seorang lelaki tua bercekak pinggang memandang Sung Il dengan marah.

"Kau apa hal orang tua!? Nak gaduh?!"

"Kau tu bising sangat! Mengganggu kedai aku!"

Lelaki tua itu seolah menarik Sung Il untuk jauh dari Shin Ah. Wanita itu memerhatikan mereka berdua.

"Marilah nak gaduh! Dah tua tapi buat-buat muda!"

"Nak sangat kan??" Muncul pula isteri lelaki itu. Dia masuk ke dalam kedai dan keluar semula dengan kuali besar di tangan. Sung Il mula takut. Dia mahu menyerang wanita tua itu namun tiada apa-apa yang boleh digunakan.

Wanita itu terus berlari ke arah Sung Il dengan kuali di udara. Sung Il pun melarikan diri dengan terhuyung-hayang dek kesan dadah yang masih ada.

"Ha! Tahu pun takut! Dasar penagih!" Ujar wanita itu.

Shin Ah terus melarikan diri. Hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Dia cuba mencari tempat untuk berteduh. Sehinggalah dia menjumpai pondok perhentian bas. Shin Ah berteduh di dalam pondok itu. Dia terketar-ketar kerana kesejukan. Shin Ah memeluk diri sendiri.

Shin Ah melihat ke langit mendung. Wajah Hyun Soo bermain di minda. Dia sekali lagi menangis. Merindui anaknya itu.

"Hyun Soo sayang...mana kamu,nak?"

______

TBC

Oh, Baby! [C]Where stories live. Discover now