Matanya perlahan-lahan terbuka. Yang menatap mengukir senyuman dan mengeluarkan nafas lega. Wanita tua itu menyuruh pemandu peribadinya untuk memanggil doktor tatkala Shin Ah telah sedar.
"Akhirnya kamu dah bangun,nak"
Shin Ah cuba untuk bangun dari pembaringan. Kepalanya berasa sedikit sakit lalu dipegangnya. Dia memandang ke sekeliling.
"Saya...ada di mana?"
"Kamu berada di hospital. Saya menemui kamu di pondok bas. Saya nampak kamu tidur jadi saya bangunkan kamu. Kamu terus minta maaf beberapa kali dan beredar dari situ. Tapi selepas itu kamu pengsan. Jadi saya bawa kamu ke sini"
Shin Ah mengangguk faham. Tidak lama itu,seorang doktor dan jururawat masuk bersama pemandu peribadi wanita itu. Wanita itu pula berundur ke belakang untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
_______
"Eomma,eomma cakap yang kita akan beli lampin baru untuk adik"
Seonghwa pasrah sajalah kena panggil macam tu dengan Yunho tadi. Ahli Ateez yang lain tergelak.
"Haah. Kenapa?"
"Macam mana nak beli? Kan kalau kita pergi pasar raya,Atinys nampak kita beli lampin dengan barang bayi lain untuk Hyun Soo,diaorang akan fikir apa pula nanti" kata Yunho.
"Ya tak ya juga tu. Haih,susahlah macam ni" kata Mingi sambil mengeluh.
Seonghwa dan Hongjoong berpandangan sesama sendiri. Mereka juga tak tahu macam mana nak buat tanpa orang lain dapat tahu.
"Ha! Aku tahu macam mana caranya" kata San
Ateez memandang ke arah San dengan serius.
"Macam mana tu,San???" - Hongjoong
"Apa kata kita minta adik perempuan manager hyung belikan??"
"Apa?? Kan dia tak tahu kita ada jaga Hyun Soo?"
"Dia tahu,Hwa" kata Hongjoong. Sekarang Ateez memandang ke arah ketua mereka pula.
"Maksud hyung?" - Yunho
"Kami ada berbincang sama ada nak beritahu dia atau tidak di studio tadi. Jadi kami buat keputusan untuk beritahu dia"
"Tapi kalau dia beritahu CEOnim macam mana?" Soal Seonghwa dengan sedikit kecewa.
"Dia takkan bagitahu punya. Percayalah cakap aku,Hwa" jawab Hongjoong dengan senyuman sinis. Yang lain kecuali Seonghwa,Yunho dan Yeosang mengangguk.
"Erm,ada apa-apa jadi ke masa di studio tadi?" - Yeosang
"Haah" kata Mingi lalu tergelak
"Kalau hyung bertiga nak tahu,semasa kami tengah bercakap dengan manager hyung dalam talian,adik perempuan dia ada dengan dia. Agaknya dia tak perasan yang Leena ada jadi dia buka pembesar suara" kata Jongho
Flashback
"Apa!? Betul ke apa yang Wooyoung cakap tu??"
"Ya...hyung...maaf" - Hongjoong
"Haih...kenapalah jadi macam ni. Apa hyung nak jawab dengan CEOnim nanti"
"Huhuhu maaf hyung. Maaf sangat" - Wooyoung
"Wow! Serius lah!? Mana Ateez oppa jumpa dia??"
Manager hyung berpaling ke belakang. Dia terkejut melihat Leena tersenyum.
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...