Ateez maaf gambar atas hehe
____
"Eomma! Eomma!"
Shin Ah berlari ke halaman belakang rumah. Puan Im yang sedang menyiram pokok bunga terperanjat dengan jeritan gadis itu.
"Kenapa??"
"Eomma cepat!" Shin Ah menarik tangan Puan Im sehingga wanita itu melepaskan bekas siraman.
Shin Ah menunjukkan Hyun Soo yang dipegang oleh Seonghwa. Puan Im membetulkan cermin matanya.
"Itu kan kumpulan Ateez? Anak kamu dengan mereka??" Tanya Puan Im dengan tidak percaya. Shin Ah mengangguk.
"Eomma jom kita pergi cepat!" Shin Ah terus mencapai beg tangannya dan berlari ke luar rumah.
____
Hyun Soo yang bersama dengan manager hyung diam memerhatikan Ateez yang sedang berlatih. Tidak lama itu mereka pun berhenti untuk berehat.
Ketukan bilik latihan kedengaran. Hongjoong menawarkan diri untuk membukanya. Dia melihat Ceo KQ berdiri di hadapan dengan wajah tegas.
"Oh Tuan Kim. Kenapa ya?"
"Pihak polis telefon saya yang ibu kepada bayi itu berada di balai sekarang"
Ahli Ateez dan manager hyung berpandang ke arah Ceo KQ. mata Hongjoong membulat. Dia mengukir senyuman ke arah anak buahnya.
"Ateez,bersiap sekarang" - Kim Hongjoong
Tidak lama kemudian,Ateez dan yang lain tiba di balai polis yang disebutkan. Semua yang berada di dalam sana memandang Ateez termasuklah Shin Ah dan Puan Lim. Mata Shin Ah berkaca dan senyuman lebar terukir.
"Hyun Soo!"
Seonghwa tersentak dengan Shin Ah yang tiba-tiba mengambil Hyun Soo daripadanya. Dia melihat gadis itu menangis sambil memeluk Hyun Soo. Hatinya benar-benar tersentuh.
Orang lain yang berada di sana pun sama."Saya ucap terima kasih sangat-sangat sebab jaga anak saya. Terima kasih sangat" ucap Shin Ah dengan teresak. Dia amat merindui anaknya itu
Ateez hanya tersenyum dan menunduk hormat.
"Akhirnya eomma jumpa kamu sayang. Eomma rindu sangat dengan kamu"
"Ini anak saya. Dia dah lama mencari bayinya. Saya pun nak ucap terima kasih pada kumpulan Ateez sebab sanggup jaga Hyun Soo"
"Kami sudi,Puan" kata Hongjoong mewakili Ateez. Yang lain mengangguk. Tanpa disangka yang berada di dalam balai polis itu menepuk tangan kepada Ateez. Ateez terkejut dan memberi reaksi gembira.
______
Minggu berganti minggu,Ateez kembali dengan album terbaru mereka dengan lagu utama iaitu I AM THE ONE.
Ateez sedang berlatih untuk persembahan di M Countdown. Selepas itu mereka berehat seketika. Seonghwa mengeluarkan telefonnya. Dia mencari gambar Ateez bersama Hyun Soo yang ditangkap buat kali terakhir. Dia mengusap gambar Hyun Soo. Matanya berkaca.
"Hyung rindu dia kan?" San menegur. Seonghwa cepat-cepat mengerdipkan matanya.
"Betul lah tu Seonghwa hyung rindukan dia" tegur Wooyoung pula.
"Macam-macamlah korang ni. Eh? Kenapa tak ikut yang lain pergi beli air?"
"Kami kirim" kata San.
San dan Wooyoung terus memeluk kedua belah lengan Seonghwa.
"Kenapa pula ni?"
"Hyung boleh rindu dia" -San
"Hyung jangan risau tau. Dia dah bahagia dengan ibu dan nenek dia di Amerika Syarikat" - Wooyoung
Seonghwa tersenyum. Dia menarik kepala San dan Wooyoung di atas bahu lebarnya.
"Hyung tahu tu"
_______
THE END
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...