"Yelah,baik-baik"
Leena menoleh ke kanan,melihat abangnya yang sedang memandu.
"Siapa tu oppa?"
"Hongjoong. Dia minta Leen belikan susu tin dengan lampin baru"
"Oh! Boleh je. Tapi pakai duit oppa lah"
"Yelah~"
Leena terkekeh melihat abangnya yang tiada ekspresi. Kereta itu terus melunjur laju ke Seoul.
_____
Manager hyung dan Leena tiba di sebuah pusat membeli-belah. Selain daripada membeli susu tin dan lampin untuk Hyun Soo,mereka juga mahu membeli barangan dapur tambahan.
Leena memaksa abangnya untuk mengikutnya ke bahagian barangan bayi. Hal ini kerana manager hyung mahu ke bahagian bahan mentah tapi Leena mahu si abang menemaninya.
Pada masa itu,Leena sedang meneliti satu persatu pek lampin.
"Oppa,Hyun Soo berapa tahun?"
Manager hyung berdiri dengan elok semula. "Oppa tak rasa tahun. Sebab Hongjoong kata dia baru lahir. Kecil lagi"
"Ouh. Mungkin dia belum sampai sebulan. Sekejap Leena nak cari lampin bayi seumur tu"
Leena terus mencari sehinggalah dia menjumpai satu pek lampin bersaiz xs. Sesuai untuk Hyun Soo.
"Ha! Itu pun dia"
Leena mencapai 2 pek lalu diletakkan ke dalam troli. Dan selepas itu mereka menyambung pencarian seterusnya.
______
Keesokan harinya
Giliran Seonghwa,Yunho dan Yeosang untuk rakaman suara di studio. Mereka ke agensi mereka bersama Hongjoong. Jadi, hari ini San,Mingi,Wooyoung dan Jongho pula yang menjaga Hyun Soo.
Jongho hanya diam memerhatikan 3 orang hyung itu bermain permainan video. Di atas ribanya ialah Hyun Soo yang sedang tidur. Jongho yang bersila itu menepuk-nepuk bayi tersebut.
"Hyung bertiga ni membosankanlah. Tak ada ke game lain yang boleh dimain? Asyik pasal zombi saja"
"Hei,ini game terbaru tahu. Alang-alang ada masa lapang ni bolehlah main. Esok dah nak mula kerja. Kan korang?" Ujar San. Mingi dan Wooyoung mengangguk dengan mata tidak lepas dari telefon masing-masing.
Hyun Soo mula bergerak. Kemudian dia mula menangis. Permainan mereka bertiga terhenti.
"Kenapa dengan Hyun Soo? Kau ada buat apa-apa ke??" Tanya Wooyoung kepada Jongho. Jongho menggeleng laju.
"Aku elok je duduk diam sini,hyung. Tak apa,aku dodoikan dia sekejap"
Lantas Jongho bangun dan menjauhkan diri sedikit dari yang lain. Dia terus dan terus mendodoikan Hyun Soo namun bayi itu tidak berhenti menangis.
"Peliklah. Minum susu dah bagi. Dia pun selalu tidur. Dia tak membuang kan?" Kata Mingi pada Jongho.
Jongho cuba membau. Dia menggeleng. Tiba-tiba pintu asrama mereka diketuk.
"Biar aku tengok siapa" kata San. Dia berlari anak ke arah pintu dan membukanya.
"Hyung! Leena pun ada lah!"
"Hai Sannie oppa!" Leena melambaikan tangannya ke arah pemuda itu. San hanya tersenyum.
"Hyung nak masuk. Nak cakap pasal ni dengan korang. Hongjoong ada?" Kata manager hyung sambil berjalan masuk ke dalam asrama Ateez. Leena meletakkan keperluan Hyun Soo di atas meja makan.
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...