Suasana di dalam asrama Ateez sunyi dengan ketiadaan semua ahlinya. Hanya Seonghwa dan Hongjoong yang tidak pulang ke kampung masing-masing. Kata Hongjoong dia ada beberapa buah lagu yang perlu disiapkan untuk comeback yang akan datang. Jadi Seonghwa membuat keputusan untuk menemani ketua Ateez itu. Mereka kan kawan baik~
Mereka berdua telah memaklumkan hal tersebut kepada keluarga masing-masing.
______
Pada masa itu,Seonghwa dan Hongjoong berada di studio mereka di dalam bangunan KQ Entertainment. Seonghwa diam memerhatikan Hongjoong yang sedang menulis lirik. Sesekali Hongjoong melirik ke arah kawan baiknya itu sambil tersenyum.
"Joong,kau tak lapar ke? Dari pagi tadi tak makan. Ni dah masuk tengah hari" ujar Seonghwa.
"Tak lapar mana. Aku kena siapkan lirik ni sebelum tarikh yang ditetapkan. Kau pun tahu,Hwa"
Seonghwa mengangguk. Seperti apa yang selalu diarahkan jadi Hongjoong perlu siapkannya dengan segera.
"Nak aku pergi belikan makanan?"
Hongjoong menggeleng. "Tapi aku nak kita makan kat asrama kita nanti. Bawa baliklah"
"Hurmmmmmmm. Kalau macam tu okeylah"
"Tapi kalau kau lapar pergilah beli untuk kau seorang" ujar Hongjoong menyambung kerjanya.
"Tak apalah. Tak adil pula rasanya. Aku makan tapi kau tak. Tak apa aku tunggu"
Hongjoong tersenyum. "Baiklah,Park Seonghwa~"
______
Sahabat baik itu dalam perjalanan pulang ke asrama Ateez. Hongjoong dan Seonghwa bercadang untuk jadikan Jjajammyeon sebagai makan tengah hari mereka. Ringkas kata Seonghwa.
Untuk sampai ke asrama itu,mereka harus melalui satu lorong. Jadi,semasa Seonghwa dan Hongjoong berjalan di lorong itu,mereka terdengar tangisan seorang bayi. Langkah mereka terhenti.
"Hwa,kau dengar tak apa yang aku dengar?"
"Haah,aku dengar. Macam bayi menangis. Tapi datang dari mana suara tu?"
Seonghwa dan Hongjoong memandang ke sekeliling. Sehinggalah Hongjoong ternampak satu bagasi yang berdekatan dengan tong sampah besar.
"Situ!"
Seonghwa mengikuti Hongjoong yang berlari anak ke arah bagasi itu. Hongjoong membuka bagasi tersebut dan terkejut. Termasuklah Seonghwa.
"Omo! Bayi betullah!" - Seongjoong
"Macam mana Joong? Takkan kita nak tinggalkan dia"
"Aku...aku tak tahu" Hongjoong buntu. Seonghwa memikirkan sesuatu. Dia memegang bahu Hongjoong.
"Apa kata kita jaga dia? Buat sementara ni"
Hongjoong berkerut mendengar cadangan Seonghwa itu. Dia memandang kawannya dengan bayi itu bersilih ganti.
"Kau....kau serius,Hwa?"
Seonghwa mengangguk. "Takkanlah kita nak tinggalkan dia. Kesianlah kat dia,Joong"
Hongjoong terus berdiam. Dia memikirkan cadangan Seonghwa itu sekali lagi dengan teliti. Kalau jaga,nanti kantoi dengan CEO pula. Tapi kalau tak ambil dia,kan kena gigit dengan binatang liar atau serangga pula. Hurm~
Baiklah,atas sifat berperikemanusiaan.
"Okey,Hwa. Kita jaga dia. Buat sementara ni"
"Yeah! Kau memang ada hati nurani,Joong. Aku bangga dengan kau. Kesannya nanti tak apa. Kita tanggung sama-sama"
Hongjoong tersenyum nipis. "Betul cakap kau. Aku tak nak rasa bersalah seumur hidup hanya sebab biarkan budak kecil yang tak berdaya lagi ni" katanya sambil mengusap pipi bayi itu.
Nak tahu? Bila dia nampak Seongjoong,terus bayi itu diam. Hehe.
______
Seonghwa yang mendukung bayi itu duduk di atas sofa bersama dengan Hongjoong.
"Wei,dia senyap je dari tadi" kata Hongjoong. Seonghwa mengangguk setuju.
"Kau rasa dia lelaki ke perempuan?" Tanya Hongjoong lagi.
"Lelaki" jawab Seonghwa pendek. Hongjoong menjongketkan keningnya. "Mana kau tahu?"
"Aku jumpa nota kat bagasi tu. Ibu bayi ni panggil dia Hyun Soo. Nama pun nama lelaki jadi bayi ni lelakilah"
"Yelah,hehe"
Suasana menjadi senyap seketika. Hongjoong dan Seonghwa leka melayani bayi itu. Tiba-tiba Hyun Soo menangis. Dua-dua menjadi gelabah. Seonghwa terus mendodoikannya.
"Hwa apa nak buat ni??"
"Aku tak tahu. Aku rasa dia lapar. Kau pandai tak buatkan susu untuk dia ni?" Pinta Seonghwa dengan menjuihkan bibirnya ke arah sebekas susu tepung yang berada di atas meja. Di sampingnya ialah botol susu.
"Oh~ boleh je. Kacang ni"
Hongjoong terus membancuh susu untuk Hyun Soo. Tidak lama itu dia memberikan botol susu kepada Seonghwa dan pemuda itu memberikannya kepada Hyun Soo.
"Comelnyaaaaa dia minum"
"Haah kan. Kenapalah eomma dia buang dia? Tak sayang anak ke?"
"Entahlah Hwa. Tapi kalau boleh kita kena pastikan semua orang tak tahu. Termasuklah CEO. Sampai masa nanti kita jelaskan kat dia"
Seonghwa mengangguk pada Hongjoong
"Hyung! Anak siapa tu???"
_______
TBC
YOU ARE READING
Oh, Baby! [C]
FanfictionCerita ini mengisahkan Ateez menjaga seorang bayi baru lahir yang ditemui oleh Seonghwa dan Hongjoong semasa mereka dalam perjalanan pulang dari KQ Entertainment. Mereka berdua buntu pada masa itu lalu Seonghwa bercadang untuk Ateez menjaga bayi itu...