special | kpop

96 8 5
                                    

I don't know if this will help...

Memang susah kan nak tinggalkan kpop ni... *sigh *tak baik mengeluh, sila jangan dicontohi ;)

Sesetengah orang anggap yang kpop ni satu comfort place dan aku pun tak boleh nak terus judge and blame seseorang tu kan?

Tapi, kita pun tahu yang kpop and music ni bukanlah satu benda yang baik untuk kita sebagai seorang Muslim. Benda ni melalaikan kita, sedangkan kita ada banyak lagi tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Comfort place? Kita ada Allah, Pencipta kita. Kenapa perlu cari yang lain? Kenapa perlu cari mahkluk yang juga lemah seperti kita? Allah tu sentiasa ada dengan kita, hanya tinggal kita saja yang nak atau tak untuk kembali kepada Allah. Mungkin apa yang aku tulis ni selalu sangat kalian dengar, tapi why not kan? Bukankah manusia ini makhluk yang sering terlupa dan perlukan peringatan?

*side note: chapter 1 Semanis dakwah ditulis oleh kawan aku

Aku nak share...

Ada satu ketika tu, aku tengah dengar lagu non-Islamic (kpop, ost etc.), play on playlist banyak2 gitu and lama2, aku rasa serabut. Mana taknya, kena fokus dengan esaimen, then dengar lagu kan? Haha. *sigh again

Maybe certain orang okay ja, tapi aku tak boleh fokus kalau lama2 dengar lagu. *sniff *tapi still gedik kan nak dengar lagu huehue *sila jangan dicontohi, again

So, aku cuba biasakan diri untuk switch ke islamic songs ataupun lagi bagus, listen to the Quran. I hope you guys can do the same. *sniff* Trust me, ketenangan tu akan hadir, bi iznillah. Sekali dengan inspirasi untuk buat esaimen hehe. Faham ja kalau kalian rasa keberatan nak switch dari hiburan kepada the Islamic version tapi... cubalah untuk melawan nafsu tu. At least, ada sekecil-kecil effort kita untuk tak melayan apa yang nafsu kita nak. Kalau betul2 kita buat benda tu demi Allah, yakinlah akan ada kebaikan dari Allah buat kalian.

Selain tu, kalau nak cuba move on dari kpop, kalau dekat Youtube, cuba cari subscription (if ada subscribe) selain kpop— macam Islamic punya yang best2. Contohnya, Free Quran Education & Yasmin Mogahed and pastikan notification on. *side note: jangan segan2 nak check channel youtube yang di mention tu hehe*

Mana tau dalam banyak2 notifications yang timbul tu, dapat slowly mengubah kita ke arah perkara lain dari kpop. Kalau ada subscription related to kpop, try to unsubscribe. I know it's quite hard to ask, but at least try.

Aku ada tanya jugak previous writer yang tulis chapter kpop di Semanis Dakwah ni...

Katanya, bila dah dewasa and dah sedar ada banyak tanggungjawab, InsyaAllah slow2 nak tak nak kita kena lepaskan semua tu. Actually, kawan aq tu pun baru dekat IPG tapi kita considerlah dia sebagai dewasa ya hue~

This may be something unrelated— Pernah aku dengar dari seorang murabbi, beliau ditanya, macam mana nak istiqamah? Jawapan yang kami dapat dari beliau: ingat mati. Yes, it's a simple answer. Yet, it's so true.

Yes, kalaulah kita sentiasa ingat dan sedar yang kehidupan ni ada pengakhirannya dan kita pasti kembali kepada Allah, agaknya ada tak masa yang akan kita luangkan untuk hiburan?

Aku harap kalian dapat manfaat walaupun sedikit dari penulisan ini. Aku doakan kita sentiasa dapat mengubah diri ke arah kebaikan. Aku tahu perjalanan untuk hijrah ke arah kebaikan ni tak mudah. Tapi... We are stronger that we ever imagine kan?

Dan carilah kekuatan tu dari Allah.

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now