6 | tujuan (part 2)

354 28 0
                                    

2. MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI

{AL-BAQARAH : 30}

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (٣٠)

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"

Tugas sebagai K-H-A-L-I-F-A-H?

Khalifah ni adalah pengganti.

Pengganti Nabi... Untuk apa?

Untuk menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Kalau dah nama tujuan kita diciptakan, maka menjadi khalifah ini (dakwah), WAJIB kepada setiap hamba Allah.

Tak perlu nak tuding jari kita kepada orang lain untuk kerja dakwah.

Kita buat apa yang kita boleh, ikut kemampuan diri sendiri.

Tak mampu berkata-kata lantang?

Tak cukup keberanian nak berhadapan dengan orang ramai?

Maka, tulislah apa yang terbuku di hati.

Zahirkan apa yang kita nak sampaikan melalui perbuatan dalam kehidupan seharian kita— macam mana kita bergaul dengan orang...

Sebarkan keindahan islam melalui akhlak kita.

Invite people to Islam even without words. — They asked; How?
He replied; with your manners.”
- Umar ibn Al Khattab -

Kita tak perlu tunggu nak dihulurkan mic, berhadapan dengan manusia— baru nak dakwah.

Tapi kita lakukan apa yang termampu untuk Islam.

Saya tahu, nak cakap memang senang pasal dakwah ni. Tapi, nak dapat keberanian untuk lakukan dakwah ni, that's the difficult part.

Kita ni siapa je? Ilmu pun kurang. Apa je yang nak disampaikan kepada orang?

Dan kita juga takut di'judge' orang;

“Cuba cermin diri kau dulu sebelum kau tegur aku. Kau pun bukannya baik sangat.”

“Kau tak takut ke apa yang tegur aku ni, akan berbalik kepada kau suatu hari nanti?”

✨ Hari tu, saya join usrah dan naqibah saya ada cakap; “Jangan takut untuk tegur orang sekarang... Maybe suatu hari nanti kalau kita sendiri yang tersasar (na'uzubillahminzalik), maybe orang yang kita pernah tegur tu akan tegur kita pulak.”

✨ “Dan sampai bila nak tunggu kita jadi perfect baru nak dakwah?”

Sesungguhnya sahabatku, Allah tak menilai natijah/pengakhiran kepada apa yang kita buat, tapi Allah menilai usaha kita.

“Nikmat beragama Islam bukan milik kita sahaja. Kita kena pastikan perkara itu dinikmati oleh orang lain.”

______________________________________

Done!

Actually, time saya nak publish dan tulis part ni, rasa susah sangat. Bagi saya, tajuk ni agak berat. Saya hanya tulis ini untuk menyampaikan. I know that there's my readers out there, who's still trying to change and that's why I'm hesitating whether to publish this chapter.

Sorry kalau chapter ni agak berat untuk korang.

Maafkan salah silap saya. Saya banyak kelemahan dan saya still belajar lagi.

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now