2 | kemungkaran

2.1K 113 27
                                    

Izinkan sekali lagi aku sentuh bab kpop.

Bukan nak bagi korang menyampah plus benci plus meluat hanya nak..

Berkongsi tentang hidup aku..

Dulu..

Aku mana minat hiburan ni. Sebut ja korea, mesti aku tepis macam toman mebius ketepi.

Bagi aku benda tu buang masa, sebab Allah sendiri pun dah kata yang masa ni tak pernah cukup.

Dah tu bila tak cukup, masih nak mein2 lagi. Ish2

Tapi bila once kawan aku suruh layan Exo Showtime hanya mampu titik kat situ.

Segalanya bermula dari situ. Dari aku Form 2.

Nak kata baik tak baik aku waktu darjah 6 dulu, aku siap doa lagi dekat Allah agar bukak hati Igarashi Shunji ( watak tomen mebius ) tuk masuk Islam.

Setiap kali dalam solat kot. Sebab apa, sebab aku nak kawen dengan dia. Walhal beza umor kami time tu like 10 years above la.

Hey, normal la tu. Budak2 tak matang.

Tapi lepas terjebak dalam hiburan, ada kita doa macam tu. Ni tak, doa nak jumpa idol tu ja.

Bukan stakat doa nak jumpa, kekadang ada yang tak doa terus pun ada sebab dah kalut dengan idol tu kat youtube.

Haish. Sebenarnya tu mainan Yahudi dan orang kafir.

I believe that all of you already know this but nobody cares!

Daripada Sai'd Al-Qudri r.a berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Jika kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu hendaklah dengan lidah (lisan) dan jika tidak mampu juga hendaklah ia mencegah dengan hati. Dan mencegah dengan hati adalah selemah2 iman."

Ni nak hurai sikit :

1. Nabi SAW "Jika kamu melihat kemungkaran.." Ni khusus tuk kita yang nampak

Contoh;

Kita tengah makan lolipop tetiba nampak kawan kita datang

"Weii tau tak tadi si Ryan tu kenyit mata kat aku. Mesti dia berkenan dekat aku. Tolong la aku dengan dia weyh!"

Jawapan budak sekarang.

"WAHHHHH!! UNTUNG LA KAU TIMAH!! WEII KAPEL LA KORANG SECOCOK MACAM CUCUK SATAY DENGAN@ LIDI SATAY!! Tak pa meh aku tolong bagi kau dan Ryan bagi boleh bersama. Alo seweetnya!!"

Jawapan yang sepatutnya.

"Timah sayang, bukan tak nak tolong tapi aku tak nak tolong kau masuk neraka. Chill buddy, sampai masanya nanti baru Allah bagi. Mana tau Allah hantar dia sebab nak uji iman kau ja. Sia2 kau dok fikir pasal dia 24 hours sedangkan last2 break up jugak."

Jawapan yang ehmm bolehla

"Ceh perasan betul kau Timah! Dia tu bukan kenyit mata, tu masuk habuk la. Nampak tak tu dia dok tenyeh2 mata dia tu? Tak pa Timah, kenyit mata bukan bermaksud cinta tapi tu maksudnya gatai! Ingatlah, lelaki yang betul2 cintakan kita takkan bagitau yang dia suka kita sebab dia tak mau kita msuk neraka sebab dia."

Tu mencegah secara lisan.

Tapi ada jugak yang amik keputusan tuk buat derk ja. Katanya malas la nak masuk campur. Tu namanya mencegah dengan hati.

Dan mencegah dengan hati tu selemah2 iman.

2. Tapi, kalau kau pergi layan dia konfem dah kau tak mencegah dengan apa2 dah and it only mean that kau dah tak da iman.

Eh, bukan aku cakap. Pernah baca Tarbiah Sentap?
Ni hasil rujukan buku tu bahagian hiburan.

Sebab Nabi SAW dah cakap mencegah dengan hati selemah2 iman. Yang bermaksud tak layan dan benci benda/kemungkaran tu.

Ni benci pun tak plus pergi tolong lagi ada

Kau rasa iman kau kat mana? Masih adakah?

Dan situasi ni sama ja dengan k p o p.

Dalam kita tak sedar ;

Dia membuang perasaaan benci dalam diri malah menaikkan rasa seronok dan best waktu.

1. Tengok orang dalam drama duk kiss
2. Seronok and jeles bila tengok orang korea dok kapel. Hug kiss and whtever.
3. Tak rasa apa2 bila tengok orang pakai seluar pendek.

Sedangkan semua benda alah ni patut dicegah dengan hati iaitu benci!

Adakah kita cegah dan buat?
Adakah kita benci tengok semua maksiat yang dalam drama dok buat?
Adakah kita seronok ja melayan tanpa sedikit pon rasa bersalah?

Dan..

Adakah korang rasa apa2 selepas membaca semua ni? Kalau tak, Nauzubillah.

Check balik hati korang.. Masa dah tak panjang brader and sis.

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now