"Jangan pernah berhenti bersyukur."
"Dan, jangan pernah berhenti bersabar."
___Bersabarlah, tanpa had — even orang selalu cakap, "Sabar aku ada had."
Well, aku sendiri tak boleh kata benda tu salah, semua orang ada limit. And aku pun tak boleh deny benda tu.
Tapi, kenapa perlu kita hadkan kesabaran? Kita boleh memilih untuk bersabar tanpa had.
Bukankah telah terlakar janji Allah yang takkan termungkiri di dalam Al-Quran buat mereka yang bersabar?
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah:153]"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira."
[Az-Zumar:10]Sungguh, orang yang bersabar akan beroleh kemenangan — kerana Allah bersama mereka.
Kita kena realize yang hidup perlukan kesabaran. Kerana hidup adalah satu ujian— tak kisah la sama ada ujian tu berbentuk nikmat atau bala... Still, kita perlukan kesabaran. Right?
Seandainya ujian itu datang dalam bentuk suatu nikmat, maka bersabarlah dalam menahan diri dari menuju ke arah istidraj. Sesungguhnya, sabar dalam kesenangan adalah syukur.
Seandainya ujian itu berbentuk bala, maka bersabarlah dalam menghadapinya.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang,"
[Al-Baqarah:45]Sabar kita, perlu disandarkan kepada Allah, perlu berbalik kepada Pencipta kita-- kepada pemberi ujian itu sendiri. Kalaulah kita hanya bersabar tanpa menyandarkan keyakinan kepada Allah, maka kita akan sakit. Manusia takkan berkuasa untuk tolong kita melainkan dengan izin Allah.
Dalam menempuhi fasa ujian, kita bersabar, namun sering kali lupa untuk bersangka baik dengan Allah— bersangka baik bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita.
Pernah juga terserempak dengan satu quote ni, yang bunyinya lebih kurang macam ni... "There's no key without lock. Thus, Allah will not create problem without solution."
Dapat kan apa yang aku nak sampaikan dari quotes tu?
Sabar, setiap perkara ada penyelesaiannya.
Hidup adalah perjuangan. Dalam sesuatu perjuangan, adanya ujian. Dan ujian ini lah yang akan mematangkan perjuangan. Kita akan jatuh, dan untuk bangun kembali, adalah pilihan kita.
Bilamana manusia mula memalingkan diri dari kita, ketika itu— barulah kita akan sedar bahawa kita perlukan Allah. Dari situ, kita dapat hikmah bahawa Allah ingin kita kembali kepada-Nya. Supaya diri kita yang lemah ini tak terus hanyut dalam keduniaan.
Apa kunci kesabaran? Sangka baik dengan Allah.
Titik.
___
Wallahua'lam.
Author's note: Betulkan aku dan tegurlah aku sekiranya aku salah.
Thank you -taestyjams for being my loyal alpha reader. ❤️ Hope you'll end your 'forever hiatus' soon. Jk. 😚
YOU ARE READING
Semanis Dakwah
Духовные"Aku manusia biasa yang ingin memotivasikan manusia dengan sebuah buku yang tak diiktiraf." "Zaman remaja adalah zaman manusia mempunyai semangat yang tinggi tapi ia disumbangkan ke arah yang salah." "Aku kah remaja yang direbuti dunia?" Himpunan ka...