6 | tujuan (part 1)

382 31 2
                                    

Apa tujuan kita hidup atas muka bumi ni?

Apa tujuan Allah cipta makhluk yang dinamakan manusia?

1. BERIBADAH KEPADA ALLAH, SEBAGAI HAMBA-NYA

{AD-DZARIYAT : 56}

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Ok... Kita semua yang beragama Islam ni tahu yang kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah.

Maybe benda tu basic dalam hidup kita.

Solat, puasa, zakat and etc.

Bukan kita tak tahu... Tapi kadang-kadang kita lupa atau buat-buat tak tahu.

Sebab tu kita perlukan peringatan.

Cuba kita fikir balik ~ kalau dalam hidup kita ni, kita hanya buat sesuatu semata-mata kerana matlamat duniawi...

Apa yang sebenarnya kita nak capai?

Let's say--

Kalau kita pergi sekolah, kita belajar... Untuk apa sebenarnya kita belajar?

Nak result gempak?

Ok.

Lepas dapat result gempak?

Masuk universiti... Belajar lagi? Untuk apa? Dapat dekan? Kejar pointer tinggi?

Ok.

Lepas tu?

Jumpa jodoh. Kawen. Nikoh. Haha benda sama. Benda yang kita fikir sejak kita sekolah lagi.

Haha. Aku la tu.

Check.

Ada family sendiri. Ada kerja hebat. Apa lagi kita nak kejar... Hmm, harta dunia?

Lepas semua fasa tu kita lalui, apa lagi?

Apa lagi perkara duniawi yang kita nak kejar?

Sia-sia saja segala perkara yang kita usahakan di dunia kalau Allah tidak dijadikan tujuan hidup.

Hiduplah demi mencapai mardhotillah (keredhaan Allah).

Ingatlah kalau kita kejar dunia semata-mata, takkan ke mana kita. Kejar akhirat, kita akan dapat dunia.

Sebab apa?

Sebab rezeki kita bukan manusia yang tentukan, tapi Allah.

Sahabatku, setiap dari kita akan kembali kepada Allah... Dan tak ada siapa yang terkecuali,

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,

{Surah Ali-Imran : 185}

So, sahabatku sekalian...

Check balik matlamat hidup kita, Check balik ibadah yang kita buat,

Mulai hari ni, kita tanamkan dalam hati supaya segala apa pun yang kita buat, hanya kerana Allah.

Aku tahu, nak cakap senang benda tu. Tapi, kita mula slow-slow. Asalkan istiqamah.

Cakap pada diri, like literally loud *tapi jangan cakap kuat sangat sampai satu dunia boleh dengar*, hanya cukup untuk motivate diri sendiri je, ok?

"Aku nak belajar kerana Allah."

"Aku buat ni kerana Allah."

... dalam setiap perbuatan kita. Cakap banyak-banyak kali. Biar dia jadi mindset kita.

Mungkin sekarang, kita hanya cakap tanpa merasai sendiri kata-kata kita tu dalam hati, tapi sahabatku... Kita tak pernah tahu bila Allah akan bukakan hati ni, ikhlaskan hati ini untuk melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Lillahi taala.

So, stay strong.

Beristiqamahlah... Ingatlah tujuan kita diciptakan di dunia ini.

💖

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now