Chapter 13

31 2 0
                                    

[SMK TEBAKANG] [12:45 PM]

(Cyl Pov)

Hari ini hari paling lambat kelas berakhir. Tanpa memperdulikan sesiapa, aku berdiri lalu menyeluk kembali dalam begku lantas ku ambil kunci kereta.

"Weh, kau pandai drive ke ?" Kata Shasa terkejut melihat kunci kereta di tanganku.
"Biasa abang aku drive. Ni sebab dia ade kelas tambahan so dia suruh aku drive balik sendiri. Jom sekali,aku hantar kau balik." Ajakku.
"Jom !"

Sampai sahaja,di depan pintu pagar sekolah. Aku melihat Ellen, Aaron, Cilina dan Bella sedang berborak di pondok pengawal. Markus dan kawannya, Steve berdiri di tepi kereta. Aku menghampiri Markus lalu memberinya kunci kereta.

"Lama betullah adik ni." Rungut Markus.

Aku mencebik bibir saja mendengar rungutan Markus. Shasa menyiku aku lalu membisikkan sesuatu.

"Weh, mereka berempat tu mengata engkau la."
"Biarlah Sha."

Tak lama kemudian, Markus keluar dari perut kereta lantas mendapatkanku lalu menyerahkan kembali kunci kereta.

"Dah tu balik drive elok elok jangan laju. Beritahu nenek dengan kakak, abang lambat sikit balik."
"Iye. Kau balik dengan siapa ?"
"Ala, tahu abang la dengan kawan nanti. Jangan risau, balik balik.Hati hati !"
"Okey, tak balik pun aku tak risau.Jom Sha !"
"Amboi ! Pedasnya mulut tu menyi ...." Omelan Markus terputus begitu sahaja.

Aku menjelir lidah ke Markus lalu mengajak Shasa masuk ke dalam kereta. Saat itu juga, terdengar kata kata dari mereka berempat.

"Weh, aku ingat abang dia yang drive. Dia sendiri doh" Kata Aaron.
"Apa guna pandai memandu tapi sombong." Sahut Bella pula.
"Sombong ke dia tu ? Kenapa aku rasa biasa je." Ujar Ellen.

(Ellen Pov)

Ketiga dari mereka terdiam mendengar kata kata Ellen. Bella membulatkan matanya, hati terasa seperti dihiris.

"Apa you cakap tadi, dia tak sombong ? You tak pandai nilai ke dari perangai dia tu ?" Marah Bella.
"Betul juga kata si Ellen ni, Cyl tu tak sombong cuma perangai dia dah macam tu. Unik !" Kata Aaron dalam hati.
"Mana lah I tahu Bell. I bukannya tengok perhatikan perangai dia, kenal dia pun belum."
"Jangan you mimpi nak kenal dialah ! Kalau I tahu you nak berkenalan dengan dia, siap you." Bella memberi amaran kepada Ellen.

Aku menjuihkan bibirku mendengar amaran dari Bella. Dalam hati, aku dah tersenyum menang namun aku cuba mengawal diriku supaya tidak tersenyum.

"Maaf Bella, aku dah kenal siapa Cyl.Aku berpura pura depan kau kerana aku tahu kau tak menyukai Cyl." Bisik hatiku.

"Aku balik dulu. Jumpa esok, Ron." Aku meminta diri seraya menepuk bahu sahabatku itu. Aaron mengangguk.

Aku memasuki van yang selalu aku naik. Mengambil tempat di tepi tingkap merenung keluar. Fikiranku melayang teringatkan kejadian di kelas pagi tadi.

Aku mula bermonolog dalam hati.

"Kenapa dia kata tak kenal sedangkan abang dia kata tu ex boyfriend dia ?"
"Teruk sangat ke si Mac tu sampai si Cyl dah taknak kenal lagi."
"Aku kena kelentong ke macam mana ni ?"
"Siapa tipu siapa ni ? Terasa diri tak normal hanya ingin menolong ratu ais yang dinginnya tak akan mencair walau sedikit."
"Nak minta tolong siapa kalau macam ni ? Handle seorang diri pening mati aku."

"Dik, dah sampai !"

Teguran pemandu van membuatku terkejut tersentak dari lamunan. Aku mengucapkan terima kasih lantas berjalan menuju ke rumahku.

"Minta tolong dari si Shasa kang bocor pula rahsia aku."

Aku tetap meneruskan monologku sampai dirumah. Mama hanya menegurku sekilas.

"Anak mama kenapa muka balik sekolah macam tu ? Masam je mama tengok."
"Eh taklah ma. Len penat je ni !" Senyumku.
"Iyelah. Masuk mandi makan ya ! Mama ade kerja nak buat."
"Baik ma."

[Di Rumah Cyl] [02:00 PM]

(Milya Pov)

Terkejut terhairan aku sendiri melihat sepupuku balik sekolah seorang diri. Kelibat Markus tidak kelihatan sama sekali.

"Eh Cyl, balik sorang ke ?"
"Hmm..." Cyl hanya berdehem.
"Mana Markus ?"
"Ade kelas tambahan katanya balik lambat sikit."
"Dengan siapa ?"
"Tak tahu. Nak mandi makan rehat."
"Iyelah. Kakak dah siapkan makanan atas meja."
"Okey."

Aku hanya mampu mengelengkan kepalaku melihat sikap sepupu aku yang seorang itu.

"Cyl,cyl .. makin dingin adalah bukan makin cair. Ratu ais mana tahu cair."
" Entah macam mana la dia kat sekolah."
"Nantilah tanya si Markus."

Aku seperti orang merungut bercakap sendirian. Aku letakkan penyapu di tempat asalnya lantas berjalan menuju ke dapur. Aku menegur Cyl yang sedang menonton youtube sambil makan.

"Dah mandi ke ?" Tanyaku.
"Dah." Jawab Cyl sepatah.
"Ada abang beritahu bila dia balik ?"
"Petang katanya taktahu la pukul berapa. Kenapa ?"
"Yela, nanti akak tak masak baru tahu dia."

Cyl hanya tergelak kecil mendengar kata kataku namun matanya masih lagi fokus ke youtube.

"Makanan atas meja ni jela akak simpan untuk abang."
"Taknak makan ke dik ?"
"Makan sikit je. Abang balik nanti kebulur tu. Nanti la akak tengok mandi pun tak sempat"
"Itulah kan. Tolong akak kejap lepas makan boleh ?"
"Pergi mana ?" Soal Cyl.

Mata Cyl tetap fokus pada screen handphone namun telinganya mendengar apa yang aku bicarakan. Aku tersenyum sendiri melihatnya.

"Petang nantilah sekarang masih panas. Tolong akak susun bunga kat luar tu biar nampak cantik" Kataku.
"Erm yela." Ujar Cyl seraya bangun menyudahi makannya.

Cyl segera mencuci pinggan lantas mengambil handphonenya sambil berlalu ke ruang tamu.

"Cari apa ?" Tanyaku apabila melihat Cyl seperti mencari sesuatu.
"Komik."
"Atas meja tv tu akak simpan tadi. Jumpa tak ?"
"Dah."

Cyl berlalu naik ke atas. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihatnya lantas ku menyudahi kerjaanku.

"Ntah apalah sebab si Cyl tu jadi macam tu." Kataku dalam hati.
"Dingin tapi baik." Aku tersenyum sendiri.

[05:30 PM]

Cyl membantu Milya menyusun dan menanam bunga ditepi rumah. Markus yang baru sahaja pulang dari sekolah menegur.

"Langgar ape balik sekolah tadi dik ?"
"Langgar kau." Kata Cyl selamba.
"Mana ada langgar apa apa. Kakak tengok elok je dia sampai rumah."
"Elok la tu nanti nanti boleh drive sendiri."
"Lesen mana lesen ?" Kata Milya pula.
"Nak bayarkan aku ambik lesen ke ?"

Markus hanya mampu tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, perasan pula. Takde takde !"
"Tahu pula takut." Jeling Cyl.
"Mana sanggup dik. Bayarkan adik belajar lesen dapat tapi yang seekor lagi tu nanti kebulur."
"Hah ? Oh, faham tahu !"
"Haa, nak gosip pasal abang tu biarla depan depan."
"Depan la ni kalau belakang berbisik la kami."
"Iyelah, abang masuk dulu. Kak, masak tak ? Kebulur dah ni kang korang berdua aku makan."
"Tak masak, kau makanlah meja tu."
"Sejak bila kakak reti bagi ayat savage ni ? Belajar dari siapa ?"
"Aku. Kenapa ?"
"Kenapa kau ajar ?"
"Sekarang ni, kau nak makan ke nak aku makan kau ?"
"Lari ! Ratu ais mengamuk." Jerit Markus lalu berlari anak ke dapur.










TO BE CONTINUE ...

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now