Chapter 18

14 2 0
                                    

Millean segera berlari menuju ke kelas 5B. Sampai di depan, Millean mengetuk pintu kelas.

"Ya Millean, ada apa ?" Tanya Cikgu Mira.
"Em cikgu, saya nak minta izin ambil beg pelajar perempuan nama Cyl. Sebab dia sedang sakit sekarang, pengetua izinkan dia balik awal." Terang Millean.
"Baik, silakan. Terima kasih beritahu cikgu awal sebab cikgu memang tunggu dia datang. Kalau tak datang cikgu nak coret merah nama dia tanda escape dari kelas jam belajar." Kata Cikgu Mira.
"Eh janganlah Cikgu, dia tak escape dia betul betul sakit. Saya minta maaf bagi pihak Cyl."
"Ya ya ... sampaikan salam Cikgu dan sekelas semoga cepat sembuh pada Cyl. Terima kasih Millean." Ucap Cikgu Mira tersenyum manis.
"Terima kasih Cikgu."

Millean mengambil beg Cyl namun sempat berbisik pesan pada Shasa.

"Cyl kena balik sekarang. Kalau awak nak jenguk dia nanti kat rumah. Terima kasih susun barang Cyl." Millean tersenyum tipis. Shasa mengangguk tanda faham.

Sebaik sahaja Millean keluar dari kelas, para pelajar mulai huru hara bertanya kepada Shasa.

"Shasa, awak yang selalu kesana kesini dengan Cyl kan. Cyl sakit apa ?" Tanya Aaron lantang.

Shasa mendiamkan diri. Sebenarnya dia masih lagi shock dengan apa yang berlaku. Dia teringat lagi perbualan mereka di kantin tadi. Kini dia faham walaupun tak semua.

"Shasa, kenapa diam ? Kami tanya awak ni." Jerit Ellen pula.
"Saya tak tahulah, saya tak jumpa dia dari pagi tadi. Saya pun hairan kenapa dia tak masuk kelas." Jelas Shasa dengan suara gementar.

Bella yang sudah geram melihat Ellen ikut bertanya lalu menendang kaki kerusi Ellen. Ellen menoleh ke belakang. Bella bertanya geram nada berbisik.

"You sibuk nak tahu Cyl kemana kenapa ? You suka dia ke ?"
"Apa you ni.. mestilah I tanya kot dia mati ke apa jadi hantu dalam kelas ni you tak takut ke ?" Bisik Ellen pula.

Bella terdiam ada benar kata Ellen. Kalau tahu awal awal bolehlah dia awal pindah dari kelas ini. Ngeri juga kalau si Cyl betul mati jadi hantu dia pula yang kena ganggu nanti. Shasa yang berada tidak jauh dari mereka terkejut mendengar ucapan Ellen tersebut. Ternyata dia cuma pura pura baik mahu berkawan dengan Cyl patutlah Cyl selalu memarahi Ellen.

Jujur Shasa merasa sakit hati mendengar ucapan mereka berdua. Sebenci itukah rakan rakan dalam kelas ini pada Cyl disebabkan sikap dingin Cyl.

Ellen tak sedar yang Shasa sudah mendengar bisikan dia bersama Bella sebentar tadi.

"Cyl sakit apa sampai kena balik awal ? Sakit hati ke sebab aku bawa Mac jumpa dia atau dia sengaja nak mengelak alasan sakit." Ellen tertanya sendiri dalam hati.

Shasa mengerling jam yang berada di dinding depan kelas menunjuk angka pukul satu tengah hari. Ada setengah jam lagi sebelum pulang sekolah. Shasa mengira wang yang dia bawa hari ini, dia ingin membeli buah anggur kesukaan Cyl di kantin sebelum pulang menjenguk Cyl dirumahnya.

"Cukup untuk setangkai anggur. Aku minta maaf Cyl, aku tak tahu kau sakit teruk sampai macam tu sekali." Bisik Shasa sorang diri.

Sebaik sahaja loceng terakhir berbunyi, Shasa berlari keluar kelas menuju ke arah Van. Dia segera menyuruh pemandu Van itu menghantarnya ke rumah Cyl. Ellen yang baru sampai di pintu Van lantas menyampuk perbualan Shasa dengan pemandu Van.

"Aku ikut kau ke rumah Cyl." Kata Ellen.
"Tak boleh. Cyl massenge suruh aku datang seorang dia tak nak jumpa sesiapa dulu kecuali aku." Bohong Shasa
"Kenapa pula? Tak apa aku boleh call abang dia." Balas Ellen.

Shasa berkeringat dingin mendengar kata kata Ellen. Dia lupa Ellen memang mengenali Markus, abang Cyl. Shasa terdiam seribu bahasa melihat Ellen bercakap dengan Markus dalam handphonenya.

"Hello Ar, dengar cerita Cyl sakit betul ke ? Aku nak datang jenguk dia boleh ?" Ellen bertanya to the point terus.
"Aaa Len,maaflah ye rasanya Cyl tak nak jumpa sesiapa waktu ni. Dia berkurung dalam bilik je tu."
"Tapi Shasa kata dia nak pergi rumah kau jenguk Cyl."
"Oh yeke nanti pandailah aku beritahu dia."
"Okey, bye !"

Ellen meletakkan handphonenya mendengus geram. Ellen menjeling geram ke arah Shasa.

"Tak dapat aku nak jadi hero masa dia sakit ishh !"
"Masa ni lah chance aku nak jadi hero mana tahu dia terus jatuh hati kan nak jadi girlfriend ke 4 aku. Dahlah cantik, boleh juga aku show off depan kawan kawan kampung ni termasuk Mac tu."

Ellen mengomel dalam hati tak puas hati dengan Cyl yang sakit tak mahu bertemu orang.

Sampai sahaja di rumah Cyl, Shasa mengetuk pintu walaupun pintu terbuka. Markus yang berada di ruang tamu menoleh lalu tersenyum menjemput Shasa masuk.

"Masuklah Sha. Cyl ada kat atas dalam bilik. Mungkin abang Millean tengah tenangkan dia."
"Duduk dulu, jemput minum. Boleh tak abang tanya kenapa Cyl tiba tiba macam tu sebab dah setahun ni sakit Cyl tu tak pernah muncul." Tanya Markus perlahan.
"Emm Sha... Sha pun tak tahu tapi masa rehat tadi Cyl dah termenung kat kantin Sha tanya kenapa dia kata orang tu dah datang balik atas bantuan Ellen. Abang Millean datang ke kami sebab tengok Cyl dah menangis lepastu jadi macam tu. Sha betul betul tak tahu Sha minta maaf." Shasa menundukkan kepalanya menahan tangis.
"Eh kenapa pula Shasa yang minta maaf bukan salah Sha pun tak apa. Abang faham dah ceritanya. Shasa pergi naik jenguk Cyl dulu."

Shasa naik ke tingkat atas dengan berhati hati. Sampai di pintu bilik Cyl, Shasa terdengar percakapan antara Millean dengan Cyl.

"Siapa yang ganggu adik tadi ?"
"Adik ? Awak ni demam ke apa ?"
Cyl hairan dengan kata Millean yang membahasakan dirinya adik.
"Tak. Mulai sekarang, awak tu adik angkat saya bukan kawan rapat lagi. Okey ?"
Cyl tersenyum lebar, seketika Millean terpesona namun sembunyi senyum.
"Thank you awak dah tolong saya tadi. Dia datang lagi, saya tak selamat dah sekarang."
"Tapi adik ada abang dua orang ada kawan. Tak perlu takut dik, dia pun manusia biasa juga cuma tak punya hati."
"Adik takut nanti Shasa pun akan jadi mangsa. Adik tak nak dia sakit macam adik."

Millean terdiam mendengar kata Cyl. Ada benarnya juga. Dalam diam, Millean berjanji dengan dirinya sendiri takkan sesekali meninggalkan Cyl. Tiba tiba, pintu diketuk. Millean bangun membuka pintu Shasa tercegat berdiri disitu dengan air mata.

"Sha, kenapa nangis ni ? Siapa kacau kau dalam kelas tadi ? Bella, Cilina ? Diorang kata apa kat kau ?"
Bertubi tubi soalan Cyl berikan. Shasa memeluk erat Cyl. Millean hanya jadi pemerhati.







To Be Continue ....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now