Chapter 8

56 6 0
                                    

(Markus Pov)

Aku sedikit terganggu dengan bunyi handphoneku. Dari habis waktu persekolahan berbunyi terus. Rasanya dah beribu chat dari whatapps masuk tu. Sekali lagi, aku mengabaikannya lalu menonton television.

"Abang !" Jerit Cyl.
"Kenapa dik ?"
"Cuba la silent handphone tu ! Tak pun buka la tengok. Mana tahu urgent ke ?"

Namaku Aryen Markus, aku abang sepupu kepada Cyl Chyla. Dia tidak sepertiku yang menyukai suasana bising. Dia mudah rimas dan marah apabila suasana terlalu bising. Orang kata adikku beku. Ya, dia beku dan dingin dengan semua orang terutamanya kepada kaum lelaki. Dulu dia tak seperti itu, Cyl yang dulu seorang periang dan peramah kini berubah jadi Cyl yang baru. Aku tak tahu sebabnya.

"Iya dik. Sorry !" Ucapku mengalah.
"Siapa chat ?"

Aku menayangkan screen handphoneku di depannya. Cyl mencebik.

"Cemburu ke tu ?"
"Cemburu apanya ? Kalau dia buat macam tu kat adik, memang dia akan duduk di block list !"

Aku ketawa mendengar kata kata Cyl. Tidak hairanlah, dia memang begitu. Aku kembali menatap screen handphoneku lalu membalas chat dari Ellen.

"Apa mimpi budak ni ?" Kataku dalam hati.

CHAT

'Yen !(100x)' - Ellen

'Kau dah kenapa? Gila?' - Markus
'Hah..Muncul pun.' - Ellen
'Kau bawa handphone ke asrama ?' - Markus
'Aku kat rumah lah !' - Ellen
'Oh okey. Kenapa chat aku ?' - Markus
'Aku nak tanya, adik kau tu masih ke dengan si Mac tu ?' - Ellen
'Masih, kenapa ?' - Markus
'Kau tanya lah dia dulu !' - Ellen
'Yelah yelah !' - Markus

"Dik ! Abang nak tanya sikit boleh ?"
"Apa tu ?"
"Adik masih ke dengan budak 4A tu ?"
"Siapa tu ?"
"Si Mac tu."
"Takda. Kenapa ?"

Aku terkejut beruk mendengar jawapan dari Cyl. Aku ingatkan mereka masih bersama seperti dulu. Rupanya tak.

"Patutlah sikap Cyl berubah !" Desis hatiku.

"Dik, cuba cerita betul betul kat abang ! Abang tak faham ?" Ujarku.
"Malas la. Orang tu pun dah bahagia couple dengan budak tahun 6." Kata Cyl selambar. Pandangannya masih lagi ke television.
"Hah? hahahahaha... Dik, abang tanya betul betul ni."
"Betul lah, tak percaya abang check instagram dia."

Ketawaku meletus begitu sahaja apabila mendengar cerita Cyl.

"Buta ke apa ? Adik abang punya lah cantik, tetiba pergi cari budak mentah."
"Memang buta kot. Biarlah, malas nak ambil tahu."
"Kecewa ke dik ?"
"Tak. Kenapa ?"
"Jadi orang cakap adik beku, mesti sebab sakit hati dengan budak tu kan ?"
"Biar lah orang nak cakap apa ? Diorang tak tahu kisah hidup adik macam mana. Biarkan je!"
"Tu kan sebab adik berubah jadi beku."
"Bukan." Nafi Cyl.
"Jangan tipu ! Ya kan dek ?"
"Ya ya, sebab dia. Sebab dia adik benci lelaki, sebab dia adik tak percaya lelaki lagi. Dahlah, trauma lah nak fikir balik. Tak guna pun." Marah Cyl.

Cyl naik angin secara tiba tiba. Aku terdiam,terpana mendengar kata kata Cyl. Benar, itulah punya sepupuku ini berubah begini. Muka dan tangan Cyl sudah bertukar merah menahan marah dan tangis. Cepatku memujuk hatinya kembali. Aku tak mahu melihat adik sepupuku ini menangis.

"Okey okey abang tak tanya lagi, abang taktahu. Abang cuma nak pesan tak semua lelaki macam tu. Cuba buka balik hati adik tu, ramai orang minat adik. Abang jugak jadi mangsa diorang. Pasal budak tu, tak payah adik fikir lagi. Biar abang urus dia. Abang minta maaf ya Princess" Pujukku.

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now