(Ellen Pov)
Aku mengejar langkah gadis baru itu. Aku lihat dia berhenti di hadapan kelas 6S1 bercakap dengan Markus. Aku diam diam mengintip mereka dari tangga. Ku lihat Markus mengelus rambut gadis ais itu manakala gadis itu hanya diam mematung kemudian berlalu pergi. Dia berjalan lalu dihadapanku, berhenti seketika melihat aku. Aku cuak sekejap. Dia melihatku kemudian berjalan laju menuju ke arah pintu pagar sekolah. Aku cuba mengejarnya namun gagal.
"Gagal lagi gagal lagi !"
Aku duduk mengatur nafas. Tercungap cungap aku mengejar langkahnya namun dia lebih cepat masuk ke dalam kereta Wira. Tiba tiba aku mendengar namaku disebut. Aku menoleh.
"Ellen !"
"Kenapa ?"
"Kau tercungap cungap ni kenapa ? Kau kejar sapa ?" Soal Milten.
"Takda siapa !"
"Jangan nak tipu lah Len. Aku kenal kau dah lama. Kau kejar pelajar baru tu kan ?"
"Ye, aku kejar dia ! Kenapa ?"
"Tak guna kau kejar dia. Dia takkan anggap kau wujud kat tepi dia kecuali abang dia. Daftar gadis tercantik dari setiap kelas tu pun abang dia. Dia buat buta aje !" Cerita Milten.
"Kau pernah jumpa dia ?" Soalku hairan.
"Apa tak pernah pula ? Dia kan lapor diri kat bilik guru masa mula dia masuk sekolah ni. Dia dengan abang dia ajelah, abang dia kan atlet sekolah."
"Kau cerita perlahan lah sikit. Kang Bella dengar , mampus aku !"
"Oh sorry ! Aku lupa."
"Sapa nama abang dia ? Kelas mana ?"
"Markus, kelas 6S1."Walaupun aku penolong ketua pengawas. Ramai juga pelajar baru yang aku tak tahu. Salah satunya abang gadis ais itu. Bertambah banyak persoalan bermain dikepalaku.
"Hoi ! Termenung pulak dia !"
"Ishh ! Jom, teman aku ke kantin, lapar !"(Bella Pov)
Aku semakin bingung sekarang. Lelaki yang selama ini aku minat rupanya abang kepada pelajar baru itu.
"Eh Bell, jauhnye termenung." Sergah Cilina.
"Kacau je lah kau ni !"
"Eh , serius laa atlet sekolah terkenal abang budak ais tu ?"
"Entahlah !"
"Crush kau ?"
"Eh diam ah, aku pening lah !"Aku berbaring sekejap. Ku pandang, tenung syiling bilikku. Fikiranku sedikit tenang. Aku tiba tiba teringat pada Ellen, lantas ku bangun lalu menarik Cilina ikut bersama.
"Eh eh kau nak kemana ?"
"Ikut jelah !"Sampai dikantin, aku melihat Ellen duduk makan bersama Milten. Aku lajukan langkah menuju keduanya.
"You !"
Ellen tersedak kerana termenung. Aku hanya diam memandang.
"Padah makan sambil termenung !" Kataku dalam hati.
Milten menjeling lantas mengusap belakang Ellen perlahan.
"Pasal kau ni, kalau aku mati tersedak tadi macam mana ?" Soal Ellen dengan suara sedikit tinggi.
"You tengok tak ? Siapa yang datang kelas kita pagi tadi ?"
"Tengok tapi malas nak ambik tahu !"
"Yela tu. Ingat I tak nampak ke you asyik toleh ke belakang tengok budak ais tu ?"Ellen menunduk seketika kemudian menukar topik.
"You nak makan, order !"
"Taknak. Mil, kau jugak !"
"Apa kena mengena dengan aku ?"
"Kau masukkan nama budak tu dalam daftar kenapa ?"
"Bukan aku ! Abang dia yang register."
"Abang dia ?" Sampuk Cilina.
"Yelah, abang dia lah !"
"Tapi kau jugak yang uruskan ?" Kataku pula.
"Aku memang aku ! Pertandingan tu antara korang !"
"Jangan tukar aku ke bawah !"
"Kalah menang adat pertandingan."
"Yang you nak sangat menang ni kenapa ? Bukan you tiap tahun ke dapat posisi pertama ?" Sampuk Ellen.
"Turunlah nama I !"
"Dahlah Bella, macam yang aku kata tadi, kalah menang adat pertandingan. Jom Len !"
YOU ARE READING
Gadis Gengster Pilihan Hati
RomanceMengisahkan seorang playboy terkenal,Ellen yang bisa membuat para gadis jatuh cinta padanya namun siapa sangka semuanya akan berubah setelah muncul si gadis berhati beku bagaikan batu ais. "Ratu Ais ! Senyumlah sikit sayang. Tak mahulah muk...