(Shasa Pov)
Telah lama aku perhatikan lelaki yang sentiasa mengunjungi Cyl sejak Cyl mula masuk ke sekolah ini. Apabila kelibatnya sudah hilang dibalik dinding, aku mencuit tangan Cyl.
"Siapa tu ?"
"Abang. Kenapa ?"
"Oh, handsome abang kau."
"Suka lah tu." Serkap Cyl.
"Tak lah."
"Bukan abang kandung, abang sepupu."Aku mengangguk angguk faham tapi memang benar abang Cyl memang tampan sama seperti adiknya Cyl, cantik. Aku melihat ke belakang. Dua orang manusia yang selalu merasa dirinya hebat sedang berbisik.
"Itu abang dia Bell."
"Kenapa mesti jadi macam ni Cil ? Itu crush aku tambah sedih pertandingan aku dapat naib johan saja tahun ni."Aku tersenyum sedikit melihat tingkah keduanya.
"Meroyan la tu !"
"Nasib baik Cyl ni diam tak banyak cakap, jenis memendam. Kalau dia mengadu kat abang dia, tak tahu lah aku. Abang disukai, adik dibenci. Hairan !""Kau tenung siapa ? Dah hilang dah abang aku tu." Kata Cyl lalu memukul kepalaku.
"Aduh ! Aku bukannya tenung abang kau, tu budak berdua tu ha !"
"Jangan ! Kang tak pasal pasal kesini diorang nanti. Datang tak diundang,pergi tak dihalau."
"Ha..ha..ha.. ! Betul, betul,betul."
"Eh bising la kau ni ! Diam !"
"Aduh aduh ! Kena lagi. Sakit gila !"Ku lihat Cyl menunduk menahan tawanya. Aku menyiku kembali kepalanya. Dia tertawa ringan.
(Ellen Pov)
Aku lantas menoleh kearah Bella. Ku sangka dia yang tertawa ringan namun aku salah apabila ku lihat Bella sedang membuat kerjanya. Aku meliarkan pandanganku melihat sekeliling kelasku, mataku berhenti tepat kearah Cyl dan Shasa. Keduanya didalam dunia masing masing.
"Tak mungkin tawa itu milik Cyl. Dia mana pandai ketawa. Membeku tu no.1 lah dia."
Loceng berbunyi. Aku melirik jam tanganku menunjuk pada pukul 9.00 pagi. Berlalu satu masa bagi subjek matematik namun cikgu Lin tak terlihat kelibatnya. Suara di dalam kelas aku sekejap bising,sekejap senyap. Aku mengabaikannya dan kembali fokus pada bacaanku. Tiba tiba, namaku di panggil. Aku melihat ke hadapan kelas.
"Len, cikgu Jimin nak jumpa kau !" Kata Nice.
"Dimana ?"
"Padang."
"Okey. Thanks !"Aku berdiri lantas berjalan namun langkahku terhenti apabila Bella menggapai tanganku. Aku lihat kearahnya.
"You, I nak ikut boleh ?"
Belum sempat aku mengiyakannya, Nice bersuara sambil menjeling kearah Bella.
"Kau tak payah ! Takda cikgu sebut nama kau tadi." Kata Nice sinis.
Ketukan di pintu kelas, membuat kami sekelas menoleh melihatnya.
"Hello, maaf mengganggu ! Kelas ini ada yang bernama Cyl ?" Soal pelajar itu.
"Nama penuh ?" Laung Shasa.
"Cyl Chyla."
"Saya !" Ujar Cyl mengangkat tangannya.
"Cikgu Jimin mahu berjumpa dengan kamu di padang sekolah."Nice sebagai ketua kelas bangun lalu berkata kepada Cyl.
"Ikut Ellen. Tersesat kau nanti."
Cyl hanya menjungkit bahunya lalu berjalan keluar dari kelas. Ellen cepat mengikuti langkah Cyl.
"Cyl !"
Aku terpaksa melaung namanya kerana langkahnya terlalu cepat. Namun itu tidak membuatnya berhenti berjalan.
"Cyl, tunggu !"
Akhirnya, dia berhenti berjalan. Aku berlari mendapatkannya.
"Kenapa ?"
"Saja. Nak berkenalan dengan kau. Aku Ellen."
"Okey !"Langkahnya semakin cepat dan akhirnya sampai di padang sekolah. Seorang guru sudah menunggu di situ.
"Cikgu ?"
"Datang pun. Tahu kenapa cikgu panggil kamu berdua kesini ?" Ujar Cikgu Jimin.
"Tak."
"Cikgu nak lantik kamu berdua sebagai ketua waktu PJ. Masa kelas saya sahaja."
"Saya dengan dia bekerjasama macam tu ?"
"Iya ! Cyl okey ?"
"Tak boleh ganti orang lain ke cikgu ?"
"Tak. Saya sudah lantik kamu berdua. Mulai esok, kamu yang akan menentukan permainan apa sewaktu di padang."
"Baik cikgu."Kami serentak berjalan kembali menuju ke kelas. Aku bertanya kepadanya.
"So, macam mana ?"
"Macam tu lah, belum start kan ?"
"What ?"Aku semakin geram melihat sikap gadis ais itu. Mencabar. Aku merungut sampai kelas.
(Cyl Pov)
Aku masuk ke dalam kelas lalu ku lihat mejaku bersepah. Beg,buku ku semua di lantai kelas. Aku naik darah. Panas ! Aku menuju kearah Bella. Aku yakin itu kerja dia. Dia tersenyum sinis melihatku. Merasa dia yang paling hebat. Hatiku terbakar.
"Apa masalah kau ?" Soalku.
"Oh hebat, dah tahu lah itu kerja aku ? Kawan kau pun tak pandai nak menjaga barang barang kau. Tak pandai halang aku pun, kau bukan siapa siapa berbanding aku." Ujar Bella sinis.
"Kawan aku jangan kau sentuh ! Itu antara kau dan aku."Tiba tiba, tanganku direntap dari belakang. Ellen berdiri belakangku dengan muka tak puas hati.
"Kau apahal marah dengan gf aku ?" Tegur Ellen.
"Kau diam ! Aku takda urusan dengan kau !"Ellen terdiam mendengar kataku. Bella melihat aku menengking Ellen lantas menarik rambutku kuat.Aku segera memusing tangannya.
"Auch ! Sakit !"
"Selagi aku masih mampu bersabar dengan kau, kau jangan usik hidup aku,kawan aku. Kalau sabar aku dah hilang, kau bukan siapa siapa. Ingat !"
"Kau jangan ingat kau ada abang kat sini, kau berlagak kuat ! Kau belum tahu siapa aku."
"Aku tak perlu bantuan siapapun dan aku tak ingin tahu kau siapa ? Siapa kau ? Yang aku nak, kau jangan usik hidup aku lagi."Aku lepaskan tangannya dari genggamanku.Bella mengurut tangannya yang sakit. Aku kembali ke mejaku lalu menyusun semuanya dan Shasa yang menangis di pelukan Amira ku tarik.
Sampai di tandas, Shasa mencuci mukanya. Amira pula menceritakan semuanya kepadaku.
"Cukup sekali kau tegur, kalau dia tak mahu dengar biarkan."
"Aku cuma tak mahu kau jadi mangsa buli dia macam aku."
"Aku tahu jaga diri. Memandangkan dia dah buli kau dari dulu,aku rasa dah cukup kot. Lepas ni, kau biarkan saja. Okey ?"Kembali ke kelas, semua orang memandangku dengan wajah ketakutan. Aku melihat kearah Bella, dia masih lagi mengurut tangannya dibantu oleh Ellen dan Cilina.
"Itu baru sikit !"
Pelajaran dimulai seperti biasa sampai waktu kelas terakhir. Aku lihat Shasa sudah menahan ngantuk. Aku kepilkan sticky note ditepi bukunya.
"Jangan tidur ! Balik nanti, rehat cukup cukup."
Shasa tergelak kecil melihatku lalu menyimpan sticky note tersebut.
Kelas sekejap lagi akan berakhir. Aku mulai menyusun barangku. Cikgu Hesty membersihkan papan hitam lalu memberi arahan.
"Semua boleh kemas buku buku kamu. Jumpa lagi pagi esok."
"Terima kasih Cikgu."Setelah berpamit pulang dengan rakan rakanku, aku berjalan cepat menuju pintu pagar sekolah. Markus sudahpun menunggu disana. Aku berlari mendapatkannya, ingin ku luahkan semua kepadanya hari ini.
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
Gadis Gengster Pilihan Hati
RomanceMengisahkan seorang playboy terkenal,Ellen yang bisa membuat para gadis jatuh cinta padanya namun siapa sangka semuanya akan berubah setelah muncul si gadis berhati beku bagaikan batu ais. "Ratu Ais ! Senyumlah sikit sayang. Tak mahulah muk...