Chapter 12

39 3 1
                                    

(Shasa Pov)

Setiap hari, aku dan Cyl sentiasa bersama. Kemana mana sahaja Cyl pergi, aku mengikutinya. Walau hanya baru sebulan kenal namun aku menganggap Cyl seperti kakakku sendiri.

Ya, kami berdua anak tunggal tapi Cyl sedikit berbeza dariku walaupun dia ada abang dan kakak sepupu di rumah namun sikap Cyl masih sahaja dingin dan jarang senyum. Cyl tidak memiliki ramai kawan apatah lagi yang namanya sahabat.

Seperti biasa, aku dan Cyl berjalan bersama menuju kelas kami. Aku sudah terbiasa dengan sikap dinginnya jadi aku tak merasa terabai sama sekali. Sampai di block kelas, kelibat Bella dan Cilina sudah kelihatan berdiri tegak menghalang pintu depan kelas.

Aku melihat mereka dengan perasaan yang bercampur baur. Berani, takut dan geram semuanya berlaga satu sama lain. Aku mundur sedikit kebelakang dan berpegang pada bahu Cyl.

"Depan !" Bisik Cyl perlahan.
"Aku takut !"
"Depan !"

Aku menuruti kata kata Cyl. Aku maju ke depan Cyl dan mereka tersengih mengejek melihatku manakala Cyl di belakang berdengus kasar.

"Masuk jelah, kenapa ? Takut dengan kami ?" Ujar Bella senyum sengit.

Baru sahaja aku mahu mengangguk mengiyakan. Cyl terlebih dahulu bersuara.

"Takut ? Tentu saja tidak ! Aku hanya muak melihat muka kalian." Kata Cyl.

Mendengar itu, Bella dan Cilina menghentak kaki lalu berlalu keluar. Aku menahan tawa melihat muka mereka merah padam kerana marah.

"Pedas sekali katamu sebentar tadi." Aku tertawa kecil.
"Biasa saja." Ujar Cyl.
"Iya tapi bagiku kata katamu tadi pedas sekali. Apa kau tidak lihat wajah mereka berubah merah ?"
"Biarkan saja !"

Aku tersenyum mendengar kata kata Cyl. Sudah biasa soalanku terjawab seperti itu. Disebabkan sikapnya itulah, Cyl tidak memiliki ramai kawan.

SKIP

(Ellen Pov)

Pagi ini, aku turun seperti biasa memandangkan tempoh denda gantung asrama aku belum selesai. Aku melangkah menuju kelas, berharap Cyl belum lagi ada di dalam kelas.

Sampai sahaja di kelas, sangkaanku salah seratus peratus. Cyl berada dihujung belakang kelas sedang membaca novel seorang diri. Aku melangkah masuk ke dalam kelas lalu meletak begku di atas mejaku.

Aku berjalan menuju kearah Cyl.

"Cyl !"

Cyl hanya mendongak seketika kemudian fokus lagi pada novel di tangannya.

"Dingin tahap kritikal !" Kataku dalam hati.

Namun aku tetap mahu menarik perhatiannya.

"Tutup la kejap novel tu. Aku ada sesuatu nak tanya kau ni."
"Nak apa ?" Ujar Cyl lalu menutup novelnya.
"Shasa mana ? Biasanya berkepit je korang." Aku memulakan bicara.
"Cari sendiri." Tekan Cyl.

Walaupun agak terkejut dengan reaksi Cyl namun aku cuba untuk tidak kelihatan terkejut.

"Kan aku cuma tanya." Ujarku membela diri.
"Dah habis.Boleh duduk tempat sendiri tidak ?"
"Aku kan mahu berbual denganmu mengenalimu. Kenapa kau menghalauku ?"
"Kerana kau menggangguku dengan soalan yang tidak penting."
"Ya, maaf. Kau dingin, aku jadi bingung."
"Hmm..."

Cyl kembali fokus pada novelnya setelah berdehem. Aku semakin bingung tapi aku tidak berputus asa untuk memancing perhatian Cyl.

"Kau single ?"
"Ya, kenapa ?"

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now