Ditengah perjalanan pulang ke rumah masing masing. Ellen tiba tiba teringat akan perihal "adik angkat" si Mac. Ellen menepuk dahinya sendiri kerana lupa bertanya akan hal itu.
"Alah ! Lupa pula aku tanya nama adik angkat dia tu siapa ?" Rungut Ellen kepada dirinya.
Tanpa berlengah lagi, Ellen langsung memecut laju motorsikalnya pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Ellen bergegas masuk ke dalam bilik lalu mengambil handphonenya yang tergeletak di atas meja belajarnya. Whatapps dibuka, laju tangannya mencari nama Mac di contact whatapps lalu dia menaip sesuatu dan hantar.
Tidak lama kemudian, satu pesanan masuk. Ellen membukanya.
Mac
(Online)Ellen: Oii, aku lupa nak tanya kau nama adik angkat kau tu siapa ? Aku kenal ke ?
Mac: Aku pun tak pasti kau kenal ke tak. Adik aku tu sama kampung kita juga, nama dia Eliana.
Seketika itu juga serasa ada petir yang menyambar ke dalam hatinya. Otaknya ligat berfikir kembali akan semua cerita Markus.
"Jadi punca semua itu dari Mac dan selingkuhan aku juga ?"
"Macam mana lah aku nak tolong si Markus kalau begini jalan ceritanya."
"Aduh ! Pening betul jadi orang tengah."Ellen terbaring bersama mulutnya yang tak berhenti merungut. Wajah dari mereka Mac,Eliana,Cyl semua terbayang di syiling biliknya. Ellen memejamkan matanya sesaat. Pesan dari Mac sekali lagi masuk membuat Ellen terkejut.
Mac: Aku pilih Lily (Eliana) waktu itu dan aku rela kehilangan dia yang tulus pada aku. Aku menyesal. Kalau bukan kerana cerita palsu dari Lily mungkin sekarang aku masih bahagia bersama Chyla. Gadis manis,anggun,sopan,baik hati tiada gantinya Len.
Ellen: Cerita palsu ? Maksud kau ?
Mac: Begini, waktu tu si Lily cerita katanya Chyla ada main belakang aku dia tengok sendiri bila dia cuba tegur Chyla, Chyla tak terima lalu menampar muka Lily. Kau bayangkan sekelip mata aku boleh percaya Lily yang aku belum kenal lama berbanding Chyla. Kejam kan aku ?
Ellen: Kenapa kau tak tanya aku dulu ? Aku kat tempat kejadian waktu tu dan Chyla tak layan seorang pun dari kami yang cuba mengusik dia. Lily tak tegur, dia tengok dari jauh saja. Astagaa !
Mac: Chyla jujur tapi aku ? Sudahlah Len. Apapun esok aku jumpa kau kat kelas. Aku nak tenangkan hati fikiran aku dulu.
Ellen tak memperdulikan pesan terakhir dari Mac. Tangannya pantas menekan nama Lily 😻 lalu menaip sesuatu.
Lily😻
(Online)Ellen: Lily sayang, I ada something nak tanya you boleh ?
Lily: Hi ayang, lama hilang baru muncul dah habis exam ke ?
Ellen: Sudah yang. I nak tanya you ada tipu abang Mac tak selama ni ?
Lily: Tipu apa ni ? You jangan nak tuduh I bukan bukan eh, I tak nak gaduh dengan you.
Ellen: I yang nak gaduh dengan you. Kenapa you buat abang Mac sampai macam tu sekali ? You tinggalkan dia saat dia dah percaya you, suka kat you sampai dia sanggup buang first love dia ? You tak kesian ke dengan abang ?
Lily: Oh cerita lama tu rupanya.Ayang, you dengar sini I cuma anggap Mac tu tak lebih dari abang. I tak buat apapun itu pilihan abang sendiri yang nak putuskan ex girlfriend dia tu. Kenapa you nak salahkan I ? Abang cerita apa kat you ?
Ellen: Oh, macam tu ke cerita sebenarnya. Abang cerita sekerat jalan mana I tahu. Sorry sayang.
Lily: You ni kan, you sayang I tak ni ? Kenapa suka sangat percaya kat abang tu. Abang tu dah gila sebab menyesal putus dengan ex dia tu.
Ellen: Sayang. Sorry ya nanti I belikan you sesuatu tunggu tau esok mungkin sampai kat you.
Lily: Thank you Ayang.
Ellen hanya mampu menggelengkan kepalanya. Begitu mudah memujuk ke semua gadis bersamanya saat ini kecuali si Bella.
Keesokkan harinya, Mac mendatangi Ellen di kelas. Mereka saling menyapa lantas si Ellen mencuit bahu Mac agar melihat ke arah Cyl yang leka dengan novelnya.
Walaupun leka dengan novel akan tetapi secara tak sengaja serentak pandangan mereka bertemu.
Lantas Cyl menutup segera novelnya lalu ingin berlalu keluar dari kelas. Mac dengan pantas memaut tangan Cyl namun dilepas kasar oleh Cyl sendiri.
"Chyla !" Mac mengeluh apabila pegangan tangannya di lepas secara kasar.
"Aku bukan Chyla !" Nada suaranya ditekan.
"Awak Chyla saya tahu ni awak. Mana awak menghilang selama ni ? Puas saya cari."
"Aku takde benda lah nak cakap dengan kau. Sekali lagi aku cakap aku bukan
Chyla !" Kini bernada dingin pula lalu berlalu keluar kelas.Ellen terkejut melihat hal itu. Hati dan isi kepalanya berperang.
"Dia Chyla ?" Batinnya berbisik tidak percaya.
"Ya,dia Chyla. First love aku,cantik bukan ?" Senyum Mac sedih.
"T-ta-tapi ...." Tergagap Ellen mahu menjawab.
"kenapa pula kau ni tergagap ?"
"A-ak-aku ada crush nama Chyla juga." Ellen terlepas cakap.
"Tapi aku rasa bukan dia kot sebab crush aku tu takde tahi lalat kat kening." Laju saja Ellen membuat alasan.
"Oh,aku ingatkan Chyla aku tu. Len,ingat walaupun kau cousin aku tapi aku tetap tak mahu Chyla tu kau ambil okey. She's mine !" Mac memberi peringatan pada Ellen.
"Okeylah, aku pergi dulu. Terima kasih Len. Bila bila aku belanja kau." Sambung Mac lagi.Ellen terduduk lemah di tempat duduk Bella. Fikirannya ligat berpusing memikirkan semua cara agar tidak dicurigai oleh Mac bahawa Cyl ialah crushnya yang menghilang setahun lalu.
"Tak mungkin dia Chyla crush aku dulu. Dari wajah saja berbeza semua berbeza. Tak tak mungkin." Ellen menyedapkan hatinya sendiri.
Bella yang baru datang dari kantin sekolah terus tersenyum melihat Ellen termenung di tempat duduknya.
"Hai, you tunggu I ke?" Sapa Bella girang.
"Hai sayang, ya I tunggu you lah. Jom ke library.
"Okey,jom."Kerana terlalu girang mendengar Ellen memanggil dirinya Sayang, Bella melupakan sakit hatinya terhadap Ellen. Pelatih bertemu pemain, pemain bertemu pelatih.
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
Gadis Gengster Pilihan Hati
RomanceMengisahkan seorang playboy terkenal,Ellen yang bisa membuat para gadis jatuh cinta padanya namun siapa sangka semuanya akan berubah setelah muncul si gadis berhati beku bagaikan batu ais. "Ratu Ais ! Senyumlah sikit sayang. Tak mahulah muk...