Chapter 2

109 5 0
                                    

(Bella Pov)

Hari ini, aku telah memikirkan pelbagai rancangan dari semalam mahu mengenakan pelajar baru, Cyl Chyla. Nama cantik bukan? Ya, aku akui nama memang cantik tapi orangnya tak secantik mana dan aku sangat geram kepadanya kerana telah mempermalukan aku semalam.

Sampai dikelas, aku tersenyum lebar melihat meja Cyl masih kosong. Aku segera menuju ke tempat duduk dia lalu aku campur adukkan buku yang ada di bawah mejanya. Kerusinya juga aku terbalikkan. Sebelum dia datang, aku cepat cepat pergi.

"Kena kau hari nie !"

(Chell Pov)

Sampai sahaja aku di kelas, aku lihat kerusi ku diterbalikkan. Aku tahu siapa yang punya angkara. Aku menuju ke tempat duduknya lalu aku terbalikkan kerusinya juga. Aku tersenyum sinis. Buku Bella yang tertinggal dibawah mejanya juga aku selongkarkan. Aku kembali ke tempat dudukku.

"Kau kerjakan aku. Aku kerjakan kau balik. Adil !"

(Aaron Pov)

Sebaik saja, aku tiba di kelas. Aku melihat kerusi dan buku Bella tak kena tempat. Aku melihat pelajar baru itu. Dia menjeling. Aku dengan cepat berlari keluar.

Semasa aku berlari menuruni tangga, aku terlanggar Bella dan Cilina.

"Hah, bagus lah terlanggar kau kat sini ! Aku cuma nak pesan, sampai kelas jangan terkejut atau menjerit okey ? Aku cari Ellen kejap."

(Cilina Pov)

"Tak sabar aku nak tengok budak ais tu terkejut menjerit. Bijak la kau ni."
"Bella kan ?" Ujar Bella angkuh.
"Jom jom ! Cepat !"

Tiba sahaja di kelas, aku lihat pelajar baru itu sedang hanyut membaca novelnya. Bella yang berada ditepi ku tiba tiba menjerit seperti orang baru terkena histeria.

"Aarrgghh ! Meja aku !" Jerit Bella lantang.
"Siapa yang berani buat meja aku macam ni ?"

Aku lihat semua yang berada di dalam kelas, kecut perut mendengar jeritan Bella tetapi pelajar baru itu langsung tak menunjukkan apa apa perubahan di wajahnya. Dia tetap beku.

"Korang tahu tak, buku ni berharga. Kenapa dibuang ke lantai ? Korang memang nak kena dengan aku. Berani korang sentuh barang barang aku."

Seorang dua daripada mereka yang berada di dalam kelas, berbisik sesama sendiri. Tepat pada masa, Ellen muncul di situ.

"Eh you ! Kenapa nie ? Marah pun janganlah buang buku."
"Bukan I yang buat !"
"Habis tu ? Setahu I, takda siapa dalam kelas ni berani buat barang barang you macam nie." Soal Ellen.
"Nak tolong, tolong ! Taknak tolong, blah ! Jangan memekak."

(Ellen Pov)

Aku bangun lalu menuju ke tempatku. Aaron memaut bahuku pantas sebaik saja aku duduk. Aaron berbisik kepadaku.

"Gadis baru tu je yang berani dengan Bella. Kau tengoklah dia tetap tenang, tak kesah pun dengan keadaan sekeliling dia. Aku syak gadis baru tu yang buat buku Bella berselerak." Bisik Aaron.

Aku menoleh ke belakang, aku lihat gadis baru itu memang seperti takda rasa atau mati rasa. Aku hairan dengan gadis baru tersebut. Niatku ingin berkenalan dengan gadis baru itu namun aku tak mahu melukai perasaan Bella. Aku terpaksa kuburkan niatku itu.

"Dia gadis aneh !"

"Ron, kau tak rasa pelik ke dengan perangai gadis baru tu ? Seram semacam."
"Kan ! Beku kalah batu ais. Tapi kan Len, dia cantik dari Bella kau."
"Ishh, kau nie ! Janganlah cakap kuat kuat."

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now