Pagi ni pagi hari selesa, Cyl dan Markus turun sekolah bersama seperti biasa. Jam masih lagi menunjuk pada pukul 06:00 pagi, masih terlalu awal namun apakan daya, van yang selalu ditumpang sudahpun berjanggut menunggu mereka.
"Adik, cepatlah ! Van dah tunggu dah tu. Adik !!!" Jerit Markus.
"Hoi ! Kau panggil adik yang mana pulak tu ? Sibuk suruh orang cepat cepat, yang dia kasut pun belum pakai ?" Sergah Cyl dari belakang.
"Makkk, hantu kau !!! Budak bertuah ni, pergi masuk van dulu."
"Taknak !"Cyl berlari menuju ke arah Van dengan membawa sebelah kasut milik Markus. Markus menjerit gila.
"Woi dik...Kasut aku !"
Markus terpaksa mengejar Cyl dengan langkah dan larian yang kurang sempurna.
"Adik bertuah ! Basah stoking abang tahu tak ?" Marah Markus.
"Ada aku kesah.Siapa suruh lambat ?" Cyl menjelir lidah kepada Markus.SKIP
(Ellen Pov)
Dari mula mula aku masuk ke dalam van, kulihat Cyl hanya melihat keluar tingkap. Markus duduk didepan kami berdua. Sesekali dia menoleh melihat adiknya di belakang bersamaku.
"Duduk dekat sikit, taklah kau sakit tengkuk hadap tingkap tu aje." Tegur Markus.
"Tengkuk aku tak sakit. Yang sakitnya tulang hitam aku nie, sejuk sangat !" Ujarku dalam hati.
Tiba tiba aku terasa sedikit hangat. Aku menoleh ke tepi melihat Cyl. Cermin tingkap van sudahpun dikecilkan keluasannya. Aku tersenyum sendiri lalu ku betulkan posisi dudukku dari mengiring ke menyandar. Markus yang seperti dipinta segera menoleh ke belakang.
"Macam tu la ! Adik aku tak makan orang. Jangan takut !" Sengih Markus.
"Aku berhati hati aje !" Kataku perlahan.Sampai sahaja disekolah, Markus keluar terlebih dahulu. Tinggallah aku bersama adiknya, Cyl yang baru sahaja melangkah keluar van.
"Cyl !" Aku cuba menegurnya.
"Hm ?" Ujar Cyl dingin.
"Erm, nak jadi kawan kau boleh ?"Aku kini berjalan seiring dengan Cyl.
"Okey !"
"Betul ke ?"Cyl hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Aku pula tersengih seorang diri.
"Bella tu girlfriend kau ke ?"
Soalan daripada Cyl sebentar tadi membuat sengihanku mati.
"Bukan. Teman Tapi Mesra aje. Kenapa ?" Kataku jujur tapi menipu.
Entah mengapa, aku merasa diriku harus berkata jujur kepada Cyl. Aku hairan dengan diri aku untuk seketika.
"Oh. Kalau itu ?" Kata Cyl lagi.
Cyl menunjuk ke arah kantin dan pandanganku mengikuti telunjuknya. Terasa degupan jantungku berhenti seketika melihat Angela bermesraan dengan lelaki lain. Perlahan pandanganku kembali kepada Cyl disebelahku, Cyl tersenyum sinis membalas pandanganku lalu berlalu naik ke kelas.
"Kenapa aku rasa Cyl tahu yang Angela tu girlfriend aku ? Apa benar Cyl tahu semua itu ? Apa Cyl memang tahu sikapku seperti apa ? Jika benar... Tidak ! Tidak ! Tak mungkin si Cyl tu tahu." Aku bermonolog didalam hati.
Aku melihat lagi kearah kantin namun Angela dan lelaki itu sudah tiada disitu. Aku meneruskan langkahku menuju ke kelas. Tiba di tangga teratas mencapai beranda kelasku, Angela sudah bercekak pinggang menungguku disitu. Serta merta perasaan marahku muncul, aku mendengus.
"Oh kata tak kenal, tak tegur pun perempuan tu tapi boleh pulak turun sekolah sama sama. You ada hubungan eh dengan perempuan tadi tu ?" Sergah Angela.
"Takda apa." Ujarku selamba.
"Kalau takda kenapa siap senyum senyum dengan perempuan tu ?"
"Senyum aje pun bukan apa apa."
"Masalahnya, you dah tipu I. You kata tak kenal dia, tak nak tegur dia tapi tetiba you turun sekolah sama sama dengan dia. You jangan ingat I tak tahu apa you buat belakang I ya !"
"Kau sendiri boleh. Kenapa aku tak boleh ?"
YOU ARE READING
Gadis Gengster Pilihan Hati
RomanceMengisahkan seorang playboy terkenal,Ellen yang bisa membuat para gadis jatuh cinta padanya namun siapa sangka semuanya akan berubah setelah muncul si gadis berhati beku bagaikan batu ais. "Ratu Ais ! Senyumlah sikit sayang. Tak mahulah muk...