BAB - 1

2.7K 8 0
                                    

Tit! Tit! Tit!

Jam berbunyi menandakan hari sudah siang. "Eyyyahhhhh, aduh sakit badan lah ni mesti sebab badminton punya hal lah ni", menggeliat Zakri sambil merungut. Dia memandang ke sisi katil lalu tersenyum melihat satu-satunya adik perempuannya Seriam masih asyik dibuai mimpi.'Besar sungguh tanggungjawab kau Along untuk membesarkan seorang adik yang mengalami masalah autisme tanpa kedua ibu bapa disisi', bisik hati Zakri sebelum berlalu pergi menuju ke bilik air.

Usai mandi, Zakri terus menuju ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi. " Hari ni Along nak masaklah makanan kesukaan adik Along ", omelnya sendiri sambil tangannya ligat mencapai bahan-bahan yang diperlukan. Setelah 20 minit bersilat pakai kuali, akhirnya sarapan sudah sedia untuk dihidang. Makanan kegemaran Seriam ialah Nasi Goreng Cili Padi. Ditutup sajian dengan tudung Saji, dengan pantas Zakri menapak anak tangga menuju ke bilik tidurnya.

" Seriam, bangun sayang. Dah pagi ni jom kita pergi mandi 'and' sarapan ok", pujuk Zakri sambil menampar-nampar manja pipi Seriam. "Tak ok, Adik nak tidur.Along pergi makan dulu. Nanti Along nak pergi kerjakan", halau Seriam tanpa membuka matanya. " Hari ni Along cuti sayang Oi ", kata Along sambil mencucuk-cucuk badan Seriam dengan jari telunjuknya. Mau tak geram selamba badak dia jer halau aku. " Aik sejak bila warden Juvana ada cuti? " Soal Seriam yang terus bangun lalu duduk bersila dihadapan Zakri. "Hadui,Seriam... Seriam... Apa awak ingat warden Juvana ni robot ker tak der cuti", kata Zakri lalu mencubit manja telinga adiknya itu. " Adoi, Along sakit lah... Hmmm, tak mau kawan.Pergi kawan ngan pokok", rajuk Seriam. Dia menghentakkan kakinya sepanjang menuju ke bilik air sebagai tanda protes. Zakri hanya mampu tergelak kecil.

Setelah Seriam siap dipakaikan baju, mereka turun meniti tangga untuk ke meja makan. "Ehhh, kejap. Macam kenal bau ni. Along masak... ", kata-kata Seriam terhenti saat tudung Saji diangkat. " Maceh Along masakkan. Susah-susah jer", katanya sambil memeluk Zakri. "Tak susah pun", lafaz Zakri lalu memeluk tubuh adiknya itu. 'Susah juga lah nak masak, sampai kena tanya Mak Cik Google', bisik mindanya. Suapan pertama dimulakan oleh Seriam , raut wajah berubah terus menjadi girang menandakan bahawa nasi goreng ini menjadi. Sedikit terharu hati Zakri melihat wajah adiknya yang suka akan masakannya.

Tanpa berlengah lagi, Zakri pun menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Tak sampai sesaat pun dia menunjukkan riak wajah yang berubah, bukan girang seperti adiknya tetapi kepedasan  yang melampau. Terus ditebuk segelas cawan air di sisi pinggan makannya itu. " Along, nak tanya Angah ngan Acik tak balik ker? Adik Rindu lah kat diorang ", soal Seriam. " Along dah telefon diaorang. Diaorang kata kalau ada rezeki minggu depan diaorang nak balik", kata Zakri dengan nada yang teruja. "Along esok kerja? ", soal adiknya lagi. " Kerja lah, dah jangan tanya banyak sangat soalan depan nasi tak baik taw", kata Zakri yang fokus ingin makan terganggu dek kerana soalan yang ditujukan oleh Seriam. "Esok adik nak ikut Along pergi kerja ", katanya sambil menonong membawa pinggan dan gelasnya ke singki. 'Waduh, gawat ni. Dia ingat Juvana ni 'funfair' agaknya', luah hatinya yang berasa sedikit cemas.

AKU SERIAMWhere stories live. Discover now