"Amri, baik kau bagitahu aku, mana Seriam pergi", kata Warden Zakri sambil mengacukan jari telunjuk pada hidung Warden Amri.
"Aku tak tahu Zakri, dia kata dia nak pergi tandas..... tapi tu lah sampai sekarang tak balik-balik lagi", seloroh Warden Amri bagi mengelakkan diri.
Warden Zakri erung ke luar tingkap yang dibasahi dengan jernihnya air hujan dan langit gelap menghiasi luar pejabat. Matanya dikerlingkan melihat jam di dinding menunjukkan sudah pukul tujuh tiga puluh malam.
'Kau memang nak kena, aku dah bagi amaran tapi kau degil juga nak jumpa budak sial tu. Balik nanti tahu lah aku ajar kau',gumam hati Warden Zakri dengan amarah yang membuak-buak walaupun 'aircond' sudah sejuk tetapi tidak mampu menyejukkan hati yang membara.
"Jadi tak malam ni nak parti kat rumah kau. Beberapa menjak ni aku tengok kau ni macam tak ada 'life'?", tanya Warden Amri setelah melihat Warden Zakri duduk di kerusinya.
"Apa pun yang terjadi. Memang akan jadi, kau jangan risau. Entah lah Am , kau faham-faham lah Seriam tu banyak akalnya. Tahun ni kalau ikutkan umur dia 20 tahun dah tapi 'still' tidur ngan aku.... Kau rasa", luah Warden Zakri sambil menaip di laptopnya.
"Hahahaha, aku faham bro... tapi budak tu kan istimewa... kena bagi perhatian lebih sikit", kata Warden Amri sambil ketawa sedikit.
"Kau tahukan Fikri ngan Kasri tu kerja apa.... Kalau tak, aku memang tak jaga budak ni.... Seriam tu manja betul ngan Fikri",kata Warden Zakri.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu kedengaran. Warden Amri bangun untuk melihat siapa disebalik papan kayu yang menghalang seseorang dari keluar dan masuk. Pintu dibuka dengan riak wajah yang terkejut. Warden Amri mempelawa kedua makhluk Tuhan itu masuk. Warden Zakri terkejut lalu duduk tanpa mampu mengeluarkan sepatah kata-kata ketika melihat dua sosok manusia itu. Warden Amri memberikan mereka berdua tuala. Mereka duduk di sofa sambil memegang secawan teh o panas. Warden Zakri mahu menghampiri mereka tetapi di halang oleh Waden Amri .
"Kalau kau nak mengamuk sekarang, ini bukan masanya Ri", bisik Warden Amri ke telinga Warden Zakri. Tubuh Warden Amri di tolak tanpa belas. Muka Seriam di pegang pada bahagian rahangnya.
"Kau cakap kat aku sapa buat SERIAM!!!!!!", teriak Warden Zakri sambil menguatkan genggamannya. Seriam yang mendengar teriakan abang sulungnya itu hanya mampu menangis takkala Warden Zakri melihat ke arah Haziq.
PANGGGGG! PANGGGGG!
Dua tamparan hinggap di pipi Haziq menyebabkan jejaka itu jatuh daripada sofa.
"Ri, aku rasa baik kau balik dulu... Pasal budak ni kau serah je kat aku", halau Warden Amri bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini terjadi.
"Kau ikut aku balik sekarang", amuk Warden Zakri sambil menjambak rambut Seriam masuk ke dalam perut keretanya. Seriam menangis sambil kedua tangannya memegang tangan yang menjambak rambutnya itu. Haziq hanya mampu memandang sayu keadaan Seriam yang dibuat begitu oleh darah dagingnya sendiri. Kereta Mers merah hati itu hilang di balik deraian hujan yang lebat.
Setibanya di rumah, Seriam berlari memasuki rumah, Warden Zakri turut berlari memasuki rumah untuk mengejar Seriam. Pintu hendak ditutup tetapi dapat dihalang oleh kaki Warden Zakri yang masi berboot kerja. Tubuh Seriam diangkat dan dihempaskan ke atas tilam.
"Aku tak ajar kau jadi penyedap kat tempat kerja aku taw betina!!!", amuk Warden Zakri sambil melibas-libas tali pinggangnya ke badan Seriam dengan sepenuh hati.
"Along, sakit long....Seriam sakit!!!", teriak Seriam yang dalam kesakitan. Kata-kata Seriam tidak dipedulikan oleh Warden Zakri. Dia terus melibas sehingga meninggalkan kesan di tubuh putih Seriam.
YOU ARE READING
AKU SERIAM
Actionmengisahkan seorang perempuan(Seriam) yang mempunyai 3 orang abang: Zakri(Along) = Warden Juvana Fikri(Angah) = Tentera Darat Kasri(Acik) = Tentera Laut Gadis ini menghidap penyakit Autisme, pelbagai kesukaran dilalui oleh dirinya sehingga terbitn...